抖阴社区

Part 26

2.9K 143 3
                                    


  Izz yang sedang membelek fail itu terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello ma.."

"Izz. Malam ni datang rumah Dato Syarif. Mereka jemput datang rumah, katanya ada makan makan sikit. Ammar pun ada nanti" kata Datin Suzi

"Okey mama, nanti Izz datang terus dari office" kata Izz sambil membelek jam di tangannya.

"You better come okey! Jumpa malam nanti ye. Assalamualaikum"

"Iya ma. Waalaikummusalam" jawap Izz dan menamatkan panggilan.

Izz menyandar badannya pada kerusi mewah di dalam bilik pejabatnya itu. Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Kebanyakannya pekerja pekerjanya sudah pulang.

Izz mengemas mejanya yang bersepah itu. Kot bajunya yang disangkut di kerusi itu dicapai. Tidak sabar ingin berjumpa dengan sahabatnya itu. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Ammar.

________________________________

"Aisyah"

Aisyah yang ingin menuju ke biliknya itu terhenti langkahnya apabila Datin Hazira memanggilnya.

"Wear something nice." kata Datin Hazira

"Didn't my outfit always nice?"

"What i mean nice is wearing something that not show too much skin" perli Datin Hazira

"Okey mama. Nanti Aisyah pakai baju kurung" kata Aisyah dan mula bergegas menuju ke biliknya menyelamatkan diri.

"Aisyah!!" jerit Datin Hazira.

Kedengaran gelak ketawa dari Papa dan abangnya. Aisyah tergelak kecil sambil mengelengkan kepalanya. Tengahari tadi mamanya suruh pulang ke rumah, katanya kawan baik papanya datang ke rumah. Disebabkan itu Aisyah terus ke rumah keluarganya dari pejabat.

Wardrobe miliknya dibuka. Aisyah mencapai skinny jeans berwarna hitam dan blouse maroon miliknya. Bajunya disini tidak banyak, maklum la kebanyakkannya semua sudah dibawa ke rumahnya.

Aisyah menuju ke bilik mandi ingin membersihkan diri dan bersiap.


"Aisyah! Keluarga Dato Hisham dah sampai. Mama suruh turun!" laung Abang Am di luar pintu biliknya itu.

"Okey!" laung Aisyah kembali.

Aisyah memakai lipbam nya itu dan rambutnya diikat style pony tail. Aisyah tersenyum kecil. Perfect!

Dia mula bergegas menuju ke ruang tamu. Ini kali pertama ia berjumpa dengan Dato Hisham sekeluarga. Disebabkan dia yang sibuk belajar di luar negara dan jarang pulang ke sini membuat dirinya sukar mengenali kawan baik papanya itu.

"Oh Syarif! Ini ke anak dara kau yang belajar di luar negara tu?" kata Dato Hisham.

"Haa ini la anak bongsu aku. Baru je balik Malaysia" kata Dato Syarif pula.

Aisyah tersenyum kecil dan mula menuju ke wanita yang berdiri disebelah Dato Hisham itu. Dia mula menyalam wanita itu tetapi dirinya ditarik ke dalam pelukan wanita itu. Aisyah tergamam seketika sebelum membalas pelukannya itu.

"Lawanya anak awak Hazira! Betul betul ikut muka awak!" kata Wanita itu selepas melepaskan pelukannya.

"Miya pun dah besar dah. Makin lawa sama macam awak Suzi" kata Datin Hazira

Aisyah memandang gadis kecil yang muda beberapa tahun daripadanya itu.

"Hai"

"Omg lawanya kakak Aisyah! Hai nama saya Miya!" kata Miya teruja dan memeluk Aisyah erat.

Aisyah tergelak kecil dan membalas pelukan Miya itu.

"Mana anak lelaki kau Hisham?"

"Kejap lagi sampai la tu. Dia ada hal kat office tadi katanya" jawap Dato Hisham.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikummusalam. Izz!" kata abangnya Ammar yang laju menuju ke pintu rumahnya itu.

Aisyah yang mendengar nama Izz itu terus menoleh memandang ke arah mereka. Aisyah tergamam melihat Izz yang juga sama tergamam melihat dirinya itu.

Wait.. papanya pernah bagitahu dirinya yang Dato Hisham ada anak lelaki bernama Izz. Wait what?! Macam mana dia boleh lupa yang Izz anak Dato Hisham?!

'What a luck day huh..' kata Aisyah dalam hati.





UPDATE ! UPDATE !

Wah! Nampaknya keluarga mereka saling kenal mengenali! Apa agaknya akan berlaku nanti ye? Hm..

Jangan lupa Vote dan tinggalkan Komen korang untuk bab ini okey!

*

Miss Nerd & Encik Berlagak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang