"SarSar" panggil Syamie sambil menguis nasi yang berbaki. Masa rehat tinggal 5 minit. Terlalu cepat pula masa jalan.
"Ya?" Sahut Sarra, dengan mata fokus ke makanannya. Tinggal sikit, dia perlu habiskan agar tidak membazir.
Sudahlah mahal.
"Petang ni nak ke studio musik aku tak?" pelawa Syamie sambil mengalihkan pandangan kearah Sarra.
Sarra terdiam lalu berkerut. Pandangannya dialih kearah lelaki tersebut.
"Biar betul? Tadi cakap hari sabtu, sekarang petang?" Sarra membuat muka cemberut. Lelaki di hadapannya itu ingay dia mempunyai masa terluang ke?
Jalan sana sini macam tiada benda nak buat di rumah.
"Okay, okay. Hari sabtu tu cancel. Petang ni nak tak?" dengan pantas Syamie membatalkan date hari Sabtu itu.
"Petang ni memang free pun. Tapi, betul ke ni? Pandai nyanyi?" Sarra menahan daripada terukirnya senyuman.
"Pandailah sikit. Taklah macam Andi Bernadee tu" dengan rendah hati Syamie bercakap. Sarra hanya tergelak kecil.
"Okay, 3 petang" Sarra mengatur masa untuk bertemu. Tak sabar pula.
"I pick you" sambung Syamie sambil tersenyum senang. Tak henti betul senyuman jejaka tersebut bekerja.
Boleh kejang pipi dibuatnya jika berterusnya seperti itu.
Masa rehat hampir tamat. Athiyah, Eva, Sarra, Amy, Waniey dan Dayyan meminta diri untuk kembali ke kelas.
Kalaulah sehaluan, boleh sama-sama. Ini tak, bertentangan. Jadi terpaksa berpisah di tangga.
Lelaki meraung sedih saat mereka berenam berjalan menuju ke kelas mereka. Jujur, perasaan untuk hantar pelajar tersebut melimpah ruah.
Tiba di kelas, sekumpulan pelajar menutup laluan masuk ke kelas 1 Diamond 2AK.
"Biar betul ni? Sejak bila pengetua suruh orang jadi pintu?" soal Waniey kearah Dayyan yang berada di sebelah.
"Ehem, jadi nilah yang berani kacau pelajar lelaki hot kelas 3 tu kan?" Soal seorang perempuan yang berada di tengah kepada rakannya sebelah kanan.
"Indalah, tunggul" Athiyah berloyar buruk dengan muka cemberut.
PAKK!
Suatu tamparan mengena ke pipi Athiyah. Pedas, tetapi sekarang ini, hati Athiyah yang lebih panas mendidih.
"Jangan kau berani kacau diorang enam. Kalau tak, kena kau dengan kami!" Ugut perempuan tersebut lalu menunjal kepala Athiyah.
Dengan pantas, Athiyah menangkap pergelangan tangan perempuan tersebut. Kuat genggamannya, mahu terputus saraf tangan.
"Ouch!" Raung perempuan tersebut dengan muka menahan sakit.
"Woi, lepaskan dialah!" Marah kawan perempuan tersebut yang berambut pendek paras leher.
"Kau jangan nak menyibuk kalau tak nak kena sepak dengan aku" pesan Eva, menolak perempuan tersebut, menjauh daripada Athiyah.
"Ihh kau lah ni yang kacau Emir tu kan? Berani kau ni!" Marah perempuan tersebut lalu menolak bahu Eva ke belakang.
"Bukanlah, hantu yang kacau dia tadi" ayat belakang menjadi halus. Satu langkah ke depan. Perempuan tersebut mengurangkan langkah ke belakang.
"Sebab hantu tu adalah aku" bisik Eva lalu melepaskan tendangan di paha perempuan tersebut.
Urghh, rasa macam terputus kaki. Perempuan tersebut terduduk sambil memegang pahanya.
Mungkin sahaja terhadap kesan lebam.

ANDA SEDANG MEMBACA
[S1] 6 GENERATIONS ?
Teen Fiction? *?-1st peonylimette land-?*? #1 TEEN [210119] 6 GENERATIONS. Cantik ? Nakal ? Tak jadi halangan untuk dilamun cinta dengan burung merpati. 6 King of Castle Kacak ? Pandai ? Hello, tak salah nak berbalas surat dengan burung helang kan? Ta...