Waniey POV
"Waniey, aku sejuk gila kat sini" adu Ian, sambil memeluk tubuh. Dahlah aircond, malam lagi!
"Makanan dia pun lambat sampai, nak tunggu luar?" cadang Waniey, meletakkan telefonnya di beg kecil.
"Boleh gak" setuju Ian. Mereka berdua menuju ke meja ibu bapa mereka untuk meminta izin.
"Jangan nak menggatal ya Ian. Kalau nak tu, cop cepat-cepat" pesan ibu Ian, sambil menampar belakang anaknya lembut tapi,
Pedas weh, dengan rempah spicy dia lagi. Perghhh savage!
Mereka berdua akur lalu keluar daripada restoran hotel tersebut untuk mengambil udara segar.
Sempat jugak Ian meminta Daniel untuk mesej dia kalau makanan dah sampai.
"Italian food took to many time to cook" rungut Waniey, sambil melepaskan keluhan.
Lapar kut.
"Be patient Waniey. Ni, pakai jaket aku, tutup. Nanti kena dengan orang lain" Ian memberikan jaket motornya kepada Waniey.
Tebal gila.
"Kau?" Soal Waniey menerima huluran tersebut.
"Okay je. Kan pakai suite, taklah menggigil macam korang berenam tadi" balas Ian sambil menyandarkan badan di tiang.
Hening menguasai seketika. Tak tau nak cerita apa. Masing-masing kunci mulut, tak mahu menjadi orang yang berbicara terlebih dahulu!
"So Waniey Nafhira, kau suka aku?" Soal Ian, membuka mulut.
"Huh?" Waniey seperti salah dengar. Suka?
Benerlah dia ni!
"Entahlah, mungkin kot" jawab Waniey sambil memeluk tubuh.
"Kalau gitu, nak jadi gf aku?" Ajak Ian lalu mengalihkan pandangan kearah Waniey di sebelahnya.
"Huh?" Lagi sekali, perkataan itu jugak yang keluar.
"Kalau tak ready takpe, aku tunggu" sambung Ian mendekat kearah Waniey.
"Huh?" Waniey berkerut sebelum dia melangkah setapak ke belakang.
Si Ian jalan setapak ke depan, si Waniey ni jalan setapak ke belakang sampai terlanggar dinding.
Jalan mati.
Kedua belah tangan Ian menghalang jalan. Kini, Waniey di dalam kurungan Ian.
"Tak ada perkataan lain selain 'huh'?" Soal Ian, berbisik kearah Waniey.
"Akuu-" Belum lagi dimatikan ayatnya, Ian menekup mulut Waniey sambil tersenyum nakal.
"Don't worry. Kalau tak ready cakap je, aku okay" sambung Ian, melepaskan kurungan tersebut. Dia cuba senyum tetapi tawar.
Tiada garam ataupun ajinamoto!
Ian meminta diri untuk masuk semula ke restoran, tetapi terasa tangannya ditarik seseorang. Terdorong badannya ke belakang.
Waniey melepaskan genggaman di tangan Ian. Pandangan dialihkan ke lantai. Menutup muka yang merah gila bapak kalah ceri!
"Ka-lau ak-u te-ri-ma, ma-cam man-a?" Tergetar-getar suara Waniey mengujar.
Ian yang mendengar ujaran Waniey, berpura-pura batuk. Cuba menahan malu. Walaupun tergetar dan tersangkut, Ian faham yang disampaikan oleh Waniey.
"Kalau kau terima Iam totally be the great men in this world" jawab Ian sambil mendepakan tangannya seluasnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[S1] 6 GENERATIONS ?
Teen Fiction? *?-1st peonylimette land-?*? #1 TEEN [210119] 6 GENERATIONS. Cantik ? Nakal ? Tak jadi halangan untuk dilamun cinta dengan burung merpati. 6 King of Castle Kacak ? Pandai ? Hello, tak salah nak berbalas surat dengan burung helang kan? Ta...