Athiyah dengan selambanya bersuara kuat, menarik perhatian lima lelaki yang bertubuh sasa tersebut.
"Korang siapa?!"
"Siapa apa? Kitaorang manusia jugak dengan dua tu. Takkan siput sendut ada kaki kut" balas Eva, dengan reaksi punya main selamba.
"Oh, kau anak bangsawan kaya tu ek?!"
"Taklah, maid. Kenapa?" Pamit Amy, menjungkit kening tanda 'lu ape hal?'
"Bodoh, aku ingat sorang je!"
"Taklah, 10" Waniey berloyar buruk, dengan riak wajah mintak kaki.
"Aku tumbuk jugak dia ni kang!"
"Teray lah, aku belum pernah rasa kut" cabar Dayyan, meniup kukunya yang runcing dan panjang.
"CARI MATILAH KORANG!" jerit mereka berlima, mengepal penumbuk, maju ke depan untuk melayan mereka berlima
Oh ma god!
BUK!
Lelaki yang menyerang Eva, terduduk menahan sakit di wajahnya. Libasan kuat hujung cemeti membuatkan wajahnya mahu terbelah dua!
Eva dengan selambanya bertindak kejam, melibaskan hujung cemeti kearah kepala lelaki tersebut
"Aduh!"
"Mati, mati, mati!" Jerit Eva, dengan seronok melibas cemetinya kearah tubuh lelaki tersebut.
Ganas weh, lelaki tu macam kena libas persis binatang.
•••••
Amy menunduk lalu mengelak daripada penumbuk depan lelaki yang menyerangnya. Senang je ni, kacang hijau masin.
Biasanya, pihak lawan akan tumpukan kepada kepala, jarang kat tempat lain.
Lelaki ni pun satu, sama je dengan pihak musuh yang pernah menyerang Amy dahulu.
Amy dengan cekap mengeluarkan pisau lipat kesayangannya lalu menikam pinggang lelaki tersebut.
Terbuka kan?
Amy melompat saat melihat lelaki itu terkaku. Ha, baru kau tau rasanya tu kan?
Amy dengan agresif melompat 180 darjah, menghayun kaki kanannya tepat kearah lelaki yang terduduk itu.
BUKK!
Lelaki tersebut nyawa-nyawa ikan mahu pengsan. Pasrah ke?
•••••
Waniey menghalakan kayu besbolnya, tepat kearah kaki lelaki yang menerkamnya.
Rasa dia apa? Ayam goreng ke i-yam goreng?
Nazmi lanets! Pinjam I-yam kau kejap.
Lelaki tersebut terlompat-lompat menahan sakit di kaki. Waniey yang terlihat banyak peluang keemasan, menendang muka lelaki tersebut, menggunakan hujung kakinya yang tajam
BUKK!!
Lelaki tersebut terlantar di dinding, dengan muka boleh tahan hodoh jugak lepas kena bagi kaki.
Rasanya, kalau bagi buku lima, mungkin lelaki tu takde muka kut.
•••••
Dayyan menggertap giginya saat lelaki di hadapannya itu mencekik lehernya. Boleh tahan kuat jugak ek musuh dia ni?
"Kau cari mampos!"
"Ta-k ka.-u ya-ng ca-ri pas-al" bantah Dayyan, tersenyun meleret dengan mata mulai merah, kekurangan nafas.

ANDA SEDANG MEMBACA
[S1] 6 GENERATIONS ?
Teen Fiction? *?-1st peonylimette land-?*? #1 TEEN [210119] 6 GENERATIONS. Cantik ? Nakal ? Tak jadi halangan untuk dilamun cinta dengan burung merpati. 6 King of Castle Kacak ? Pandai ? Hello, tak salah nak berbalas surat dengan burung helang kan? Ta...