抖阴社区

4.4

29 1 0
                                        

Kotak yang dikirim oleh Tasya dah sampai ke tangan Shakila. Hatinya berbunga baca nota yang terlukis kat kotak tu, walaupun ringkas dan tak romantik sangat. Sambil mengunyah biskut Famous Amos tu, Shakila berkira-kira untuk membalas SMS terakhir dari Tasya yang berjanji untuk beri ciuman kalau Shakila berjaya teka dengan betul apa hadiah yang terkandung dalam kotak tu.

"I'm guessing Famous Amos cookies!" dia membalas SMS Tasya. "I've already opened it.. I don't deserve your kiss."

Tasya dalam kelas masa tu. Dia tak sabar nak baca SMS tu sampaikan dia minta izin nak ke tandas. Tangannya berpeluh nak jawab, tak dapat fikirkan ayat yang sesuai, akhirnya dia tunggu dulu sampai habis kelas.

Kemudian dia bertanyakan Zana tentang apa yang patut dia jawab, jenis ayat yang boleh dikarang supaya tak tersalah cakap dan buat Shakila kecil hati atau merajuk lagi.

Zana merasakan meminta maaf adalah langkah terbaik. Lagipun Tasya yang berterusan biarkan Shakila sangkakan dia lelaki.

"I'm sorry.. if you give me a chance, I'll spend the rest of my life making it up to you."

Shakila amat terharu. Rasa nak peluk Tasya masa tu juga.

"I'm free this weekend," balas Shakila. "Just so you know."

Tasya cepat-cepat fikir apa nak buat kalau ajak Shakila keluar. Dia bukan banyak duit sangat nak bawa Shakila pergi tempat yang mahal-mahal.

Tengok kat website ada movie How to Lose a Guy in 10 Days. "I can take you to Sunway Pyramid," kata Tasya. "We watch a movie."

"Okay," Shakila excited dan nervous pada masa yang sama. "When and where to meet?"

Disebabkan mama Shakila tak bagi travel naik LRT seorang diri, Tasya offer nak ambil di Subang Parade sebab tu paling dekat dekat rumah dia. Nanti nak balik, dia akan hantar Shakila situ juga, tunggu sampai mama dia sampai.

Sabtu tu Tasya keluar awal sikit sebab dari Bangi ke Subang Parade tu makan masa, kemudian dari situ ke Sunway Pyramid pula. Shakila masa tu dengan baju tanpa lengan berwarna kuning dengan skirt pendek jeans warna hitam. Kaki dia seksi betul. Rambut panjang sampai bawah bahu, beralun cantik.. memang jenis jaga penampilan.

Tasya pula dengan checkered shirt terbuka dan singlet hitam kat dalam. Seluar jeans Ladylike jenis bootcut. Rambut pendek bob hairstyle, tapi belah tepi dan terpacak sikit kat atas.

Benda pertama yang Shakila komen tentang Tasya adalah ketinggian. "You're shorter than me," dia cakap, kemudian tertawa kecil. Tasya anggap Shakila ni gemuruh sangat sampai cakap pun merepek. Sebenarnya, Shakila terlepas cakap. Dia dah terbiasa beri komen tentang rupa paras seseorang sebab mamanya sentiasa letak dia nombor satu. Orang lain ni tak secantik Shakila.

Shakila nampak reaksi wajah Tasya masa tu tapi dia terlalu malu untuk meminta maaf.

Tapi Tasya lebih malu lepas tu sebab ketawa dengan kuat masa adegan yang ada 'Princess Sophia' padahal tak lawak sangat dan orang lain dalam panggung tu tak ketawa pun. Shakila pula rasa Tasya comel gila masa tu.

Kemudian, dia malu lagi sebab salah jalan balik ke Subang Parade, tapi ego dan taknak tanya pakcik yang kat dalam kaunter pertanyaan tu walaupun Shakila yang cadangkan.

Dan yang paling malu buat kedua-dua mereka adalah masa rambut Shakila yang rapi je awal tadi tiba-tiba mengerbang sikit sebab angin kuat, dan Tasya secara spontan sentuh pipi Shakila sebab nak betulkan rambut tu. Shakila terkejut dan pandang tempat lain.

Namun, masa dah sampai rumah dan kampus, Shakila SMS yang dia tak sangka Tas yang dia bayangkan lelaki kasar dan ganas dengan semua orang tu adalah seorang perempuan yang lemah-lembut tapi sangat tegas dan berani.

"You're also cute like Eun-suh in Autumn in My Heart," tambahnya. "Just imagine Eun-suh with short hair."

Tasya bahagia sangat hari tu. Dia pasang plan untuk ajak Shakila keluar lagi tapi tempat lain pula. Shakila ni rupanya bukan jenis merayau sekitar KL ni sangat, nak pergi mana pun takkan seorang diri tanpa mama atau papa. Bahkan nak ke party mana-mana pun ada orang hantar dan ambilkan.

Mereka masih belum berani untuk sebut pasal couple. Jadi setakat ni, mereka kekal sebagai kawan yang masih dalam proses berkenalan walaupun dah tahu hati dan perasaan masing-masing.

Tak lama kemudian, mak Tasya mula menyuruh Tasya temankan dia di Ipoh sebab Maya kini sibuk dengan hal sekolah dan terpaksa tinggal di asrama. Malangnya, kawasan perumahan yang didiami maknya itu agak terpencil dan reception teruk. Kena keluar rumah dan berdiri di sebelah jalan utama baru boleh dapat signal.

Tapi disebabkan maknya dah kurang meroyan sejak ketiadaan abah ni, Tasya pun tak kisah sangat hujung-hujung minggu duduk dalam rumah saja sambil layan Final Fantasy 9. Itu saja harta peninggalan Maya ketika itu. Rumah tu perabot pun tak ada, cuma meja dan dua kerusi makan, dan dapur. Dalam bilik ada tilam. Tasya tidur atas toto.

Watak Princess Garnet dalam Final Fantasy 9 tu mengingatkan dia kepada Shakila, dan serta-merta dia rasa rindu sangat. Tertidur pun mimpikan Shakila, dengan berlatarbelakangkan lagu tema bandar Lindblum dari game itu kerana lupa nak switch off.

Dan bila rindu tu datang, Tasya rasa nak ceritakan kepada seseorang. Dan orang terdekat adalah maknya sendiri. Walaupun sebelum ni perbualan mereka selalu jadi pergaduhan, kini mak dah boleh dengar luahan hati anaknya itu tanpa mengecam.

Pada maknya, setiap orang akan lalui satu fasa dalam hidup di mana adanya perasaan sebegini terhadap kaum sejenis dan selalunya akan surut sendiri. Mungkin mak dah ada pengalaman dalam hal ni, Tasya tak pasti. Tapi yang pasti, dia berjanji nak kenalkan Shakila kepada maknya, dan dia yakin yang mak akan suka sangat dengan perempuan yang dia dah mula sayangkan tu.

Shakila tak kacau bila dia tahu Tasya nak balik Ipoh. Dia faham SMS atau call ni susah. Jadi, dia tunggu je sampai Tasya hantar SMS yang dia dah balik ke kampus. Kalau Tasya ada duit syiling lebih, dia akan call pakai public phone.

Masa ni, Rain yang bermasalah dengan ayah dia dan Ida tu dah tak hubungi Tasya buat sementara waktu tapi Tasya tak perasan pun yang Rain tu lesap sekejap. Sibuk dengan Final Fantasy 9 dan Shakila.

Namun, ada masanya dia akan ke cybercafe terdekat untuk layan Gunbound atau Counter Strike bila Aaron mengajak. Nak masuk Ragnarök pun takde minat sangat dah sebab boleh call Shakila dan dengar suaranya bila rindu.

DreamskyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang