Seseorang yang dah lama menghilang tiba-tiba muncul menjelma dengan berita yang sangat mengejutkan.
Asrol baru je lepas akad nikah dengan Suyin yang dari Taiwan tu.
Aku tepuk pipi aku banyak kali. Biar betul. Dengan laju aku cari duit syiling untuk call dia.
"Rileks la beb," Asrol gelak-gelak je. "Dah sampai seru. Lagipun dia ni anak orang susah."
"Aku rasa macam kita ni muda lagi," aku membalas, sambil berkira-kira dalam otak. Abah dan mak aku pun kahwin masa tahun pertama di universiti.
"Mungkin aku je yang rasa dah makin berumur," jawab Asrol, tenang. "Dah tak boleh nak screw macam dulu."
Screw.. screw.. kau faham ke pun maksud perkataan tu? "Tapi kau memang dari awal lebih matang berbanding kitorang ni. Aku tak sangka je. Lepas Erfan, sekarang ni kau pulak.."
"Eh, apa jadi dengan Erfan?" Asrol kedengaran risau.
Aku ceritakan ringkas hal Erfan, tanpa menyentuh perkara yang lebih peribadi. "Suyin kena convert la kan?"
Dengan bangga Asrol jelaskan betapa disiplinnya Suyin, atau kini dengan nama Islamnya Aishah, mendalami agama itu tanpa persoalkan apa-apa pun. Sungguh patuh dan tidak bermasalah langsung ketika diajarkan bertudung, bahkan pakaiannya kini lebih sopan berbanding dengan kebanyakan perempuan Islam lain. Semua surah dia dah hafal, dan sekarang dia sedang cuba untuk belajar bahasa Arab pula. Aku kagum. Pasti dia sudah lama fasih berbahasa Melayu.
"Family dia kat Taiwan tu bagi pulak kahwin macam tu je."
Ayat aku tu agak sensitif buat Asrol dan dia taknak ulas panjang. Mungkin ada sedikit konflik di situ yang aku tak perlu tahu, bahkan kenduri kahwin pun dia tak jemput sesiapa selain ahli keluarga terdekat.
Itulah perbualan kami yang terakhir buat beberapa bulan sebelum dia menghantar mesej sekali lagi dengan berita yang Aishah kini hamil enam minggu.
Kegiatan aku sepanjang tempoh Asrol menikmati kemanisan berumahtangga tidak banyak berubah, tapi banyak membuatkan aku berfikir. Mungkin salah satu cara untuk menangi hati Shakila sepenuhnya tanpa dia perlu curiga ataa setiap tindakan aku adalah dengan membuktikan yang aku betul-betul serius. Sejak berurusan dengan IMVU Inc. dan segala kerja maintenance untuk website mereka, upah yang dibayar dengan matawang USD tu aku belikan sebentuk cincin emas putih untuk Shakila. Bila dia cuti semester nanti, aku nak propose dia sebagai tunang aku.
Tak perlu kahwin macam orang lain, sebab aku tahu realitinya kami akan kekal tanpa sebarang ikatan yang sah. Aku tak peduli semua itu. Aku cuma nak Shakila bersama aku.
Masalahnya sekarang aku tak tahu bagaimana caranya untuk memujuk Shakila sejak aku panggil dia 'psycho' hari tu. Dia jadi terlalu takut untuk hubungi aku, atau bermanja seperti dulu. Risau kalau tabiatnya yang clingy tu merimaskan aku lagi walaupun sebenarnya aku sangat rindukan dia.
Aku pula bimbang terlepas cakap lagi, tambahan pula email terakhir dari Shakila berbunyi sedih seolah-olah dirinya tak layak. "I'm not as innocent as you think.. I've done many things I shouldn't, with many different people," katanya, tetapi tidak pula dijelaskan apa yang hendak disampaikannya itu. Aku harap dia faham yang aku tak peduli segala benda buruk yang dia pernah buat di masa lalu. Aku sendiri pun macamlah baik.
Murah sangat kot cincin yang aku beli ni. Aku mengeluh. Tapi itu saja yang aku mampu sekarang ni. Nak terus poskan ke dia, tapi bahaya, nanti kena curi.
Rain cuma hantar satu SMS setiap dua atau tiga minggu, sekadar untuk dengar khabar. Kami dah tak bercakap di handphone lagi kerana mendengar suaranya saja boleh buat aku panas hati. Intonasinya sentiasa sinis, seolah-olah dia dipaksa untuk masih menghubungi aku. Seolah-olah aku yang beri tanggungjawab itu kepadanya hingga jadi satu beban, padahal aku yang dari awal lagi tolak cinta dia tu. Sungguh aku tak faham pemikiran lelaki walaupun aku lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Bezanya Rain dengan lelaki lain yang aku kenal, dia ni kuat membebel dan merajuk, sampai pernah aku terpanggil dia 'pondan' dengan tidak sengaja. Bila marah pula, dia akan hempaskan apa-apa benda yang sempat dicapai, contohnya souvenir mug yang kami beli sepasang ketika di Genting Highlands. Mug aku selamat lagi, terletak elok dalam almari kaca di Taiping. Mug dia pula, setelah dipenuhi dengan habuk hitam dan jelaga dari rokok yang kononnya adalah kerja si Amri, kini telah pecah berkecai dan dibuang terus.
Tapi aku tahu dia kesal selepas tu. Sama seperti kesalnya dia setelah menuduh aku menulis nombor telefonnya di dalam bas.
"Amboi.. senyumnya dia," tegur Aaron ketika menemani aku di KFC tengahari tu. "Any good news?"
Aku sedang tak sabar-sabar Shakila mula cuti semester. Menunggu hari. "Probably nothing good.. yet. Just hoping."
"From how rarely you're excited this way," kata Aaron. "It looks promising."
Tak semestinya. Boleh jadi Shakila akan tinggalkan aku terus. Apa pun keputusan Shakila nanti, ianya akan jadi noktah buat segala perasaan yang terbuku selama ini. Akan hilanglah segala teka-teki. Aku memang tak pandai untuk karang ayat romantis dan bersikap sensitif seperti yang Shakila nak. Kalau dia setuju, aku bahagia. Kalau dia tak setuju, aku tumpang bahagia untuknya.
"Speaking of promises," Aaron menambah, tiba-tiba, tapi wajahnya memandang ke lain. "You must know that I've had feelings for you, for such a long time now, but I never asked because you're a Malay girl, and I'm Chinese."
"Also because you're like a younger brother to me," aku berkata. "My didi."
"I know," Aaron tersenyum. "You spend time with me whenever I feel alone. But soon, maybe I won't be alone anymore."
"What do you mean?" Aku kerut kening.
Lalu Aaron menceritakan tentang ibu dan ayahnya yang telah senyap-senyap berjanji dengan rakan mereka untuk menyatukan anak perempuannya dengan Aaron. Dengan cara ini, syarikat yang dimiliki mereka boleh digabungkan kerana kedua-dua keluarga ini akan saling bekerjasama.
"I did tell my mom about you before," Aaron berkata lagi. "But she said nanti I takut kena potong."
Aku ketawa bersama-samanya. Bersunat tu bukannya wajib. "Even worse, later your name will change from Aaron to Ahmad, tau!"
Kalau sungguh pun Aaron berkahwin dengan aku, aku takkan paksa dia meninggalkan agama dan budayanya. Namun, semua itu bukanlah di tangan aku.
"Invite me to your wedding, okay?"
"I have to meet her first," balas Aaron. "But I will let you know, of course."

ANDA SEDANG MEMBACA
Dreamsky
FanfictionBerkenalan hanya dari alam maya, namun dia terpaksa memilih satu antara dua; ikut kata hati atau jaga maruah ibu dan bapa. Mampukah dia buat pilihan tanpa melukakan perasaan sesiapa?