E-mail yang datang dari Tasya ni membuatkan Rain tertanya-tanya sama ada Tasya rindu nak jumpa dia lagi. Tiba-tiba dia mengajak berjumpa di Alberta dalam Ragnarök sebab nak pulangkan barang. Seingat Rain, Tasya tak pernah pinjam apa-apa dari dalam game tu.
Namun demi Tasya, Rain pergi semula ke rumah sewanya di Seremban yang sudah separuh kosong tu untuk tunggu Tasya di Alberta seperti yang dijanjikan.
"Katar awak," Tas buat request untuk trade. "Cepat sikit, kredit dah nak habis ni."
Wajah ReYnN berubah masam. "Ini ke yang awak fikir tentang saya?"
Dia dah lupa pun fasal katar tu sebab niatnya nak bagi terus kepada Tas supaya memudahkannya training.
"I want you to stop this bullshit," Tas membalas dengan tegas. "And stop stalking my girlfriend. Or else I'll report you."
"Oh all that trouble for one bitch," ReYnN bengang betul masa tu hinggakan dia cancel je trade request dari Tas. "Apa yang dia dah korbankan untuk awak, hah? Has she done more than what I did for us?"
"What us?!" Tas pula yang bengang. "Kau yang syok sendiri. Aku dah cakap kan, aku tak suka lelaki."
Macam sengaja ReYnN tak mahu Tas pulangkan katar tu supaya ia kekal jadi penyebab untuk mereka berhubung lagi. Ketika Tas sedang mengarang ayat panjang untuk memaki ReYnN, skrin itu terpadam dan kembali ke login, memaksanya untuk tambah kredit.
Fuck!
Menggigil-gigil jarinya menekan butang di handphone, namun Rain dah hantar mesej terlebih dahulu.
"Saya nak kahwin dengan kawan saya dari sekolah rendah. Anak yatim. So I hope, jangan contact saya lagi."
Sebenarnya, dia taip macam tu sebab nak naikkan kemarahan Tasya dan kalau bernasib baik, buat Tasya cemburu juga. Namun respon dari Tasya amatlah mengecewakan.
"Oh wow, congratulations!" SMS itu berbunyi. "Sori saya tuduh awak stalker, mesti takde masa pun kan? I'm happy to hear that you found someone else."
Dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Semakin membara kemarahan Tasya ketika mendengar suara Rain yang rileks macam orang takde masalah tu, sedangkan dia di sini sedang berperang dengan perasaan sendiri. Patutlah pindah menyewa di Seremban, mesti sebab nak dekat dengan ayah dia yang kurang ajar dan sombong tu. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Fine, Shakila. I lied.
Mungkin itu saja yang Shakila nak dengar sangat ketika itu. Mungkin itu saja pengubat untuk segala masalah ni, sekaligus tak payah fikir langsung dah macam mana nak yakinkan dia yang Tasya ni bukanlah seperti yang Shakila selalu anggapkan. Tasya tak curang, bahkan dah cuba untuk halau syaitan yang bernama Rain tu. Sekarang ni, sejak terpisah jauh begini, Tasya dah kehabisan idea untuk buktikan yang dia setia. Banyak kali juga dia terfikir yang Shakila hanyalah berniat baik, jujur mengambil berat soal aweknya tu. Masalahnya cara bahasa Shakila tu seolah-olah curiga dan membuatkan Tasya berasa seperti dirinya tak boleh dipercayai langsung.
I want to quit this stupid game.
Rain menekan-nekan butang di keyboard dan menggerakkan kursor, memilih untuk uninstall Ragnarök dari komputernya itu. Selesai. Lepas ni kalau Tasya cari lagi, dia akan rasa malas nak login sebab nak install balik game tu akan makan masa yang lama, dan game updates pun panjang. Taknak ada apa-apa urusan lagi dengan perempuan yang degil dan tak mengenang budi tu.
"Wait, so now it's completely over?" Gabriela bertanya setelah diceritakan tentang kejadian hari itu. Matanya masih mengantuk kerana awal pagi di Jerman ketika tengah malam di Malaysia. Tidur tak cukup.
"I'm not sure," Tasya menambah. "I still don't know how to explain these things to my girlfriend."
Gabriela setuju. "She will think that all this time you were really hiding things from her, just as she thought."
Tasya garu kepala. Ketika itulah bahunya ditepuk oleh Maya yang menyelinap masuk ke cybercafe tu setelah keluar sekejap untuk membeli burger McDonald's.
"Wei.. mak geledah barang-barang kita," suaranya sedih bercampur takut. "Kotak cincin yang kau simpan untuk Shakila tu mak dah jumpa dan bagi ke abah. Semua surat-surat dengan buku conteng aku mak baca."
"Mana kau tahu ni?" Tasya bertanya, harap Maya cuma bergurau untuk melihat reaksi kakaknya.
"Aku balik kejap tadi, tapi depan pintu je," Maya menceritakan. "Nak balik asrama pun dah lambat giler ni. Yang pasti, tak boleh balik rumah. Aku sorok rokok bawah bantal tu."
Tasya terdiam kerana masih memikirkan hal cincin yang sudah diketahui oleh abah dan mak. Kemudiannya, dia membalas, "Rokok kau dah habis. Nanti aku pulangkan."
Giliran Maya pula terdiam. "Kau pun smoke ganja ke?"
Kedua-dua mereka berkerut kening. Tasya membuka mulut untuk bercakap, namun teringat yang rokok itu memang membuat dirinya mengantuk, berlainan dari rokok biasa. Dia menyangkakan itulah yang pernah dikatakan oleh Rain dulu, "Rokok Marlboro ni keras, tak sesuai untuk orang perempuan."
"Aku ingatkan sebab jenama je lain," akhirnya Tasya berkata. Dia dah terbiasa dengan jenama Davidoff berperisa menthol. "Tapi bila ingat balik, mana ada logo apa pun atas tu."
Maya tepuk dahi. "Aku smoke masa nak study Maths je."
"Still," Tasya mula berasa marah. "Kau sekolah lagi la bahalol! Siapa yang supply benda tu?"
"Tak penting," Maya cuba mengelak dari menjawab persoalan itu. "Aku takut nak balik rumah. Kau pun tak boleh balik rumah. For sure diorang dah ready nak panggil polis untuk tangkap kau. Lesbian ni satu jenayah tau, rasa seratus sebatan jugak kalau masuk lokap."
"Aku kena ambik balik cincin tu," Tasya berdiri, sambil memberikan kunci kepada Maya. "Pegi tidur kat motel tu. Cakap la kau adik aku."
Walaupun dah kantoi, Tasya beranikan diri untuk berdepan dengan abah dan mak. Dia tak faham kenapa mak tiba-tiba pentingkan sangat hal agama sedangkan selama ini tanggungjawab sebagai isteri pun diabaikan. Wajah abah dah menyinga di depan pintu, tapi tangannya tak memegang rotan. Kedengaran mak sedang membebel panjang di belakang.
"Abah nak hantar kamu ke sesi kaunseling," suara abah meninggi, tak dihiraukan tengah malam atau jiran yang dengar. "Dah teruk sangat terpesong kamu ni. Pegi minum air Yassin tu, bertaubat, lepas tu besok abah nak panggil ustaz supaya betulkan balik otak yang dah rosak tu."
Sekilas pandang Tasya ternampak kotak cincin itu di atas meja kecil bersebelahan mak. Buku dan kertas-kertas Maya juga ada di situ.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dreamsky
FanfictionBerkenalan hanya dari alam maya, namun dia terpaksa memilih satu antara dua; ikut kata hati atau jaga maruah ibu dan bapa. Mampukah dia buat pilihan tanpa melukakan perasaan sesiapa?