Berkenalan hanya dari alam maya, namun dia terpaksa memilih satu antara dua; ikut kata hati atau jaga maruah ibu dan bapa.
Mampukah dia buat pilihan tanpa melukakan perasaan sesiapa?
Ada sesuatu yang tak kena dengan Suyin aka Aishah ni. Sejak berbadan dua, dia yang dahulunya mesra dan suka bercerita, kini jadi pendiam dan agak murung. Mungkin emosinya tak stabil. Namun ketika masuk trimester ketiga, kemurungannya itu menyebabkan dia lebih banyak menyendiri di dalam bilik hingga tak mahu makan langsung. Asrol semakin risau.
Telah banyak kali dia mencuba untuk ajak berbual, tetapi Aishah cuma senyum sedikit dan kemudiannya meminta diri. Tak siapa tahu apa yang dipendamkan di dalam hati. Pada masa yang sama, dia juga tak mahu merisaukan ibunya dengan soalan yang mencurigakan sebegini.
Akhirnya dia bertindak untuk menghubungi Tasya dan bertanyakan pendapatnya. Sahabatnya itu beranggapan yang Aishah rindukan kampung halaman. Ianya normal memandangkan dia kini mengandung dan dalam pemikirannya pasti penuh segala kemungkinan yang bayinya ini tak akan langsung dapat mengenali budaya dan adat resam orang sana.
"Lagi satu, aku nak tanya," Tasya menambah. "Kau rasa orang boleh track aku ke kalau cuma tahu nombor handphone atau nama aku je?"
Dengan yakin Asrol menjawab, "Mestilah boleh. Masa kau daftar simcard tu, kedai tu ada minta IC, kan? Semua details tu ada, alamat pun sekali. Kalau orang tu ada surat dari polis, dia boleh dapatkan semua rekod calls dan SMS yang kau dah buat. Kadang-kadang tak payah dari polis pun. Kalau orang tu kenal orang dalam Maxis ke Celcom ke, itupun dah cukup. Kau pun tahu kan surat lawyer ni datang tiba-tiba kata kau berhutang padahal kau dah lama tak pakai nombor tu, tu lah cara network provider ni jual data kau."
Terduduk Tasya setelah mendengar penjelasan penuh dari Asrol itu. Dari rekod itu, Rain boleh dapatkan nombor handphone Shakila dan dari situlah dia boleh tahu lokasi dan tempat tinggal Shakila.
Fuck fuck fuck fuck fuck!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alberta - Port City
Ketika terduduk tu, character yang baru dibuat pun terduduk di tengah-tengah pekan Alberta, betul-betul depan kapal ke Izlude. Asalnya, Tasya nak train satu merchant khas untuk vending memandangkan sekarang dia lebih kerap di Taiping dan boleh AFK sepanjang malam menggunakan komputer di rumah sambil siapkan kerja freelance yang lain. Erfan dah tak ada untuk uruskan hal duit dalam game, dan ReYnN yang dahulunya selalu belikan macam-macam, kini tidak lagi dan terpaksalah Tas beli pakai duit sendiri.
Dengan segera dia off handphone dan tanggalkan simcard, hinggakan Asrol kehairanan kenapa tiba-tiba Tasya menghilang dari sebelah sana.
Lebih menghairankan lagi, Aishah merungut-rungut ketika menyenaraikan nama-nama yang sesuai untuk anak mereka. Banyak nama perempuan yang indah dalam Islam, takkan tak ada satu pun yang dia berkenan?
Betul, jantina anak mereka sudah diketahui kerana Aishah berdegil nak tahu juga walaupun Asrol kalau boleh nak perkara itu jadi kejutan bila bayi itu dilahirkan. Aishah anggap lebih baik tahu dari awal supaya senang untuk beli barang-barang yang sesuai dan senang nak mengarang nama yang cantik. Dan dia bersungut pun kerana ada di kalangan nama-nama yang dikatakan indah itu membawa maksud buruk dalam bahasa Cina.
Isu ini nampak kecil, tetapi jika dilihat dari sudut Aishah yang ingin membahagiakan keluarganya di Taiwan juga, perlulah buat pilihan dengan hati-hati supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Asrol pula tidak terfikir sejauh itu. Dia merasakan kalau anaknya itu berwarganegara Malaysia, haruslah bawa nama yang melambangkan kebudayaan Malaysia. Kalau letak nama pelik-pelik nanti jadi bahan ketawa di sekolah pula.
Lagipun, bukankah anak mereka ini akan membesar di Malaysia? Aishah sendiri bersetuju untuk terus hidup di sini dan pulang ke Taiwan sekali-sekala saja ketika musim perayaan atau sambutan hari lahir. Dia datang untuk bekerja di Malaysia pun kerana hendak menyara keluarganya di sana, dan gajinya kini mampu menampung semuanya sekali. Asrol akan tanggung sepenuhnya kehidupan mereka di rumah itu, bahkan sudahpun membuat perancangan untuk menjual motorsikalnya dan membeli kereta yang boleh memuatkan tiga orang termasuk stroller bayi. Aishah takkan perlu bersusah-payah membonceng motorsikal buruk itu lagi.
Asrol faham yang Aishah tak sabar untuk pindah keluar dari rumah yang dikongsi dengan ibu mertuanya itu. Tak ada privasi untuk bersembang dan setiap pergerakannya terbatas seolah-olah diperhatikan walaupun ibu Asrol bukanlah jenis yang mengawal. Disebabkan itulah Asrol bekerja keras untuk pastikan mereka pindah ke rumah baru sebaik saja anak mereka lahir nanti, dan pada masa yang sama, kebajikan ibunya tetap terjaga.
Mujurlah ibunya masih ada, jadi Asrol tak risau sangat meninggalkan Aishah di rumah ketika dia sibuk keluar mencari client baru. Dia percaya ibu akan menjaga isterinya itu dengan baik. Namun, niat baik Asrol itu disalahertikan kerana Aishah tidak suka dirinya bergantung dengan ehsan orang lain. Dia sebolehnya hendak bekerja semula seperti dulu tetapi doktor menyarankan dia lebih elok berehat dan bekerja dari rumah sahaja. Tak sihat buat wanita mengandung untuk kerap sangat naik motorsikal Asrol tu.
Banyak benda yang boleh diselesaikan sebenarnya, tetapi inilah fasa yang dilalui oleh setiap pasangan yang baru berkahwin. Tempoh ini sangat sensitif buat kedua-dua pihak kerana masing-masing masih saling mengenal sikap dan tabiat mereka, masih ingin cuba untuk tidak menghampakan sesiapa. Akhirnya ia jadi sesuatu yang mustahil untuk dicapai, terjadilah salah faham dan pertengkaran.
Bayi yang diberi nama Adlynne Lee itu, dengan mengekalkan nama keluarga Lee bagi menghormati keturunan Aishah, namun berbintikan Asrol dan beragama Islam, lahir dengan sihat tanpa cacat-cela. Asrol tak sabar untuk kembali ke hospital lagi dan membawa kedua-dua buah hatinya itu pulang ke rumah selepas Adlynne berusia dua hari, tetapi alangkah terperanjat apabila mendapati Aishah dan bayi mereka sudah keluar dari hospital itu terlebih dahulu. Beg galas yang disediakan penuh dengan barang keperluan ketika berpantang sudah dibawa pergi dan Aishah tidak muncul-muncul lagi walaupun Asrol menunggu dengan penuh harapan.
Masuk saja hari ketiga, Asrol pun membuat laporan polis menyatakan bahawa isteri dan anaknya telah hilang dan dipercayai dilarikan.