Berkenalan hanya dari alam maya, namun dia terpaksa memilih satu antara dua; ikut kata hati atau jaga maruah ibu dan bapa.
Mampukah dia buat pilihan tanpa melukakan perasaan sesiapa?
Aku pandang Ida tu atas bawah je, takde komen. Cantik, tinggi persis model. Bahkan lebih tinggi dari Rain yang tengah cuak gila kat sebelah dia tu. Patutlah ayah dia nak sangat buat menantu.
"I tak tau pulak you minat perempuan boyish macam ni," kata Ida, tergelak kecil. "Anyway, Tasya.. I dah takde ape dengan balak you ni."
"Okay," aku jawab. "So now, everyone happy?"
Rain tak happy pun. Bukan itu yang dia nak. Aku buat bodoh je dan blah ke cybercafe. Rain tak ikut sebab dia tahu aku mood tengah tak baik.
Aku nak lepak cybercafe sampai malam. Ada banyak duit lebih berbaki dari walkman yang baru aku beli pakai duit yang abah bagi. Abah sekarang rajin masukkan duit ke dalam akaun aku, takde sebab. Tapi aku syak abah ni rasa bersalah macam dialah punca mak duduk jauh.
Sedangkan aku dan Maya okay je.. kami rasa senang nak balik rumah bila mak takde. Rumah pun dah tak kotor macam dulu lagi.
Erfan dah tunggu di Geffen tapi belum bersedia dengan equipment. Aku cakap lepak dulu sebab nak tengok guild.
Geffen ni port untuk magicians. Orang macam kami takkan datang sini melainkan hal MvP atau side quests. Aku pernah datang sini dengan Shakila dan magician dia sebab saja nak tengok tempat ni. Kalau jalan atas sikit, ada banyak port menarik untuk dating, tapi aku tak pasti lagi status aku dengan Shakila ni.
Dulu-dulu dia suka menggatal dengan aku, sekarang dia steady je. E-mail yang ada scenes seksi dari manga pun dia dah tak hantar pada aku. Segan kot, sebab dah jumpa face to face kan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Geffen
Dah lama dah aku nak buat guild sendiri tapi takde duit. Ni je cara terbaik untuk elakkan sesiapa invite aku ke guild lain, terutamanya KAOS. Sekurang-kurangnya bila aku dah ada guild sendiri, automatically semua invitation lain takkan sampai ke aku.
Guild ni aku namakan Dreamsky. Orang pertama yang aku akan invite masuk adalah Shakila, tapi dia tak online hari ni.
Kemudian, aku logout dari account tu dan login masuk ke Selenax. Terus aku bawa character tu ke Geffen untuk tunggu Erfan bersiap, lambat sangat macam makcik yang nak ke pasar. Aku suruh cepat sikit sebab lepas tu aku nak main Gunbound dengan Aaron.
Erfan pun bagi aku clip yang ada Smokie card untuk hiding skill, in case of emergency. Lama betul kami kat dungeon tu, cari dan tunggu MvP Doppelganger. Aku bosan, so aku duduk je dekat spot yang selamat sikit, biar Erfan, WiraKeramat, dan tanker lagi seorang tu yang cari. Sejam lebih, aku sempat juga order nasi goreng kampung dari kedai sebelah.
Sambil makan, mata aku tak lepas dari monitor, nak pastikan tak terlepas mesej dari sesiapa. Deria pendengaran aku tengah sibuk dengan muzik dari album Holy Wood, Marilyn Manson. Takdelah best sangat tapi roommate aku bagi pinjam.
Kemudian aku nampak Rain masuk ke cybercafe tu dan pilih PC yang paling jauh dari aku. Patah balik ke sini apahal? Aku buat tak tahu je, lepas tu aku follow Erfan ke lokasi Doppelganger. WiraKeramat dan si tanker dah ada situ.
Tak menang tangan aku dengan supportive skills, nak heal tiga ekor tu, lepas tu aku sendiri pun. WiraKeramat asyik mati je, dah revive banyak kali pun mati. Habislah blue gems aku. Lagi satu, WiraKeramat ni seratus peratus harapkan healer, macam tak boleh telan potions sendiri.
Dalam kelam-kabut tu, kami tak perasan ada lagi dua ekor setan yang menanti je kat tepi, nak curi MvP kami.
"Eh, tu bukan kawan kau ke Tas?" tanya Erfan, dan aku pun tengok sana dengan perasaan geram.
Rain ada di situ dengan sepupunya aMRi. Walaupun banyak benda dia tak setuju dengan aMRi tu, bila masuk bab gaming, dia macam takde member lain. Loser.
"Kau bawak je MvP tu ke diorang," aku cakap. "Bagi mampos dedua tu sekali."
Erfan pun dengan rela hati ikut apa yang aku cadangkan tu. Tak mati, tapi merayu minta healing sebab HP dah merah. Macamlah aku nak bagi sangat.
Lepas tu aku sendiri yang bawa Doppelganger ke dua ekor tu, agak-agak dah dekat, aku pun pakai skill hiding dari Smokie card tu dan biarkan Doppelganger kejar aMRi yang lepas tu bergerak ke arah Rain. Dua-dua mencicit lari. Aku gelak je, aku yakin Rain boleh dengar betapa kuatnya aku gelak masa tu.
Penyudahnya aMRi mengamuk dan mulalah panggil aku, ajak gaduh. "Setakat pakai priest pinjam boleh laaa.."
Priest pinjam apa plak lancau, aku mencarut dalam hati. Lagipun, dengki ke?
"Dah la, jom naik atas," kata Rain yang tersungkur situ takde orang revive.
"Betina ada cipap tapi berlagak macam ada batang, kahkahkah!!" sambung aMRi. "Tukar la imej tu Tasya, takde jantan nak kawen dengan kau nanti."
Aku dengan gembiranya tekan butang screenshot. Lepas ni aku nak hantar dekat GM supaya aMRi setan ni masuk jail.
Akhirnya Doppelganger tu berjaya dibunuh oleh guild KAOS yang datang lepas tu. Walaupun Erfan tak puas hati sebab kami bazirkan masa dan resources tapi MvP dapat ke orang lain, dia juga buat keputusan lepas ni taknak bawa WiraKeramat yang lembik dan mudah penyek tu. Mungkin boleh pakai untuk MvP lain tapi bukan Doppelganger.
Aku pun logout lepas tu dan belek YM kejap. Zana sekarang ni letak status sendu je. Rain pun online situ, semata-mata nak tayang status lagu-lagu orang putus cinta dari Winamp playlist dia. Tapi bila aku tanya Zana tentang masalah dia, dia kata takde masalah. Suruh aku jangan risau. Lagilah aku risau. Aku fikir nanti cuti semester aku nak lepak kejap rumah dia, temankan dia.
Gunbound ni aku main sampai ke petang sebab jumpa geng yang boleh harap. Hackers ramai dalam ni, sebab tu aku login kalau ada kawan je. Aku takkan menang kalau lawan hackers.
Rain berdiri dari seat dia. Aku ingatkan dia nak berambos, tapi rupanya dia lepak luar kejap, nak smoking. Agak-agak dia dah masuk balik, aku pun keluar smoking juga.
Balik tu aku nampak Shakila online. Terus aku invite dia masuk guild walaupun dia agak reluctant sebab rupanya dia nak satu guild dengan kawan dia yang bernama Sensei tu. Aku cakap takpelah, tak paksa. Dia pula rasa macam aku kecil hati, jadi dia pun join masuk dengan magician dia.