.
.
.
"kau tahu ke apa maksud ni, Yongseung?" Yeonho membelek kertas kecil yang berisi tulisan tersebut.
"Be o k am? nama drama ke?" celah Haechan.
"Mengarut lah kau. drama tu panjang tajuk dia.. ni maybe nama lagu idol kot."
"korang dua-dua sama je mengarut. apa kaitan nota ni dengan drama dengan lagu pulak??" Yongseung mengambil kertas itu dari Yeonho dan menatap tulisan pada kertas itu lama.
"aku rasa dia boleh je tahu apa maksud kertas tu. dia genius kan.." Haechan menongkat dagu dan mengeluh.
"kalau aku, dah nak malam macam ni otak aku letih la, dia nak rehat. tak boleh berfungsi sepenuhnya. macam mana otak dia ni berfungsi penuh 24 jam? " tambah Yeonho. pandangan mereka berdua jatuh pada Yongseung yang mencoretkan sesuatu dalam buku notanya.
"..aku tahu dah. cuma aku tak yakin lagi betul ke tak."
"my gosh, bapak cepat kau dapat jawapan?! aku 10% pun belum lagi." mata Haechan terbeliak bila Yongseung menutup buku notanya dan bersandar ada kerusi sambil berpeluk tubuh.
"betulkan aku cakap tadi? otak dia 24 jam berfungsi penuh." jawab Yeonho tenang. well dia dah faham betul perangai kawan baik dia so dia tak terkejut sangat.
"okay. Hipotesis Yeonho diterima."
"aku tak terkejut pun kalau Yongseung dapat jawapan terus. aku dah kenal dengan dia dah lama. dia memang pandai so yeah.."
"tapi..kenapa waktu exam kau tak dapat ranking 1?" tanya Haechan.
"..hyung aku pesan yang jangan paksa diri aku sangat. jawab apa yang mampu, dan jangan overconfident."
"Jadi kau sengaja jawab salah lah dalam exam?" soal Yeonho. Yongseung mengangguk.
"macam soalan 23 exam lepas yang korang ramai jawab salah tu. aku tahu ramai yang akan tertipu sebab soalan tu berbelit and tricky."
"ARGGHH.. jangan mention balik please, stress aku ingat. konsep soalan dia macam ni tau.. (jarak dari rumah ke sekolah adalah 12km. berapa purata umur pelajar sekolah itu) " seloroh Haechan, dan Yeonho mengangguk laju. setuju sangat la tu.
"..takpe la tu. dari silap tu kau tahu mana kau lemah, so kau ada masa untuk perbaiki.."
"Pelajar bijak memang ah cakap macam tㅡ"
"ARRRRGHHHHHHH!"
percakapan Haechan terhenti bila ada satu suara jeritan lantang datang dari luar kelas.
lebih tepatnya luar bangunan.
"Omo kamchagiya aisshh.." Haechan mengurut dadanya.
"apa tu?"
disebabkan jeritan itu, automatik semua pelajar yang mendengarnya, menjenguk ke luar tingkap dan ada yang keluar kelas, melihat apa yang terjadi.
termasuk lah mereka bertiga.
tiba saja mereka di tempat tersebut, ramai pelajar yang sudah mengerumuni tempat kejadian, dan juga guru-guru yang cuba menenangkan keadaan.
"tumpang lalu japp~" Haechan mencelah masuk kerumunan pelajar tersebut, manakala Yeonho dan Yongseung berdiri sedikit jauh dari kerumunan pelajar.
Setelah beberapa minit, keadaan mulai agak tenang dan mereka berdua dapat melihat sedikit apa yang berlaku dari celah ruang diantara pelajar yang bersesak-sesak.
sekilas mereka dapat melihat ada seorang pelajar lelaki yang terbaring berlumuran darah di atas laluan.
"..ada yang jatuh ke?" tanya Yeonho, lebih pada soalan retorik. Haechan kemudian keluar dari kerumunan orang dan menghampiri mereka berdua.
".. ada yang jatuh dari rooftop. dan dari apa yang aku dengar, dia pelajar yang dapat ranking paling rendah."
Yeonho dan Yongseung mengangguk kecil. Jadi betul lah, pelajar dengan ranking tertinggi dan rendah akan ditimpa nasib malang.
"..Yongseungie~!"
automatik mereka bertiga menoleh ke arah sumber suara. itu Minchan, dan dia datang bersama Hoyoung.
"oh hyung..."
"apa jadi tu?" tanya Hoyoung.
"kau tahu lah apa jadi, hyung.." Yeonho mengeluh.
"ada yang jatuh lagi?" Hoyoung dapat menangkap maksud dari ayat Yeonho tadi.
"hmm..apa nak jadi lah. Dapat no 1, jatuh sakit. dapat nombor last, kena macam ni."
"hyung.. " Yongseung mengubah topik. dia merasa tak selesa bila membahas hal itu.
merasa terpanggil, Minchan menoleh.
"kelas kau ada dapat notis tak? pasal pertandingan menari tu..kalau aㅡ"
"tak boleh!" potong Minchan pantas.
"aku tak habis cakap lagi hyung~"
"tak boleh. aku cakap tak boleh tu, maksudnya tak." Minchan menegaskan suaranya.
"alah, hyung.. boleh lah." Yongseung menggoyangkan lengan Minchan, seperti anak kecil minta mainan.
"No, andwae, tak boleh..MUKTAMAD." Minchan berlalu dari situ dan diikuti Yongseung dari belakang, meninggalkan Hoyoung bersama Yeonho dan Haechan.
"Bersungguh betul Yongseung nak masuk tu..?" Hoyoung memandang Yeonho.
"ha'ah. dia bersungguh-sungguh nak join. dia cakap dia akan pujuk Minchan hyung sampai Minchan hyung izinkan."
Hoyoung tersenyum nipis. " tak pernah aku nampak dia bersungguh macam tu pujuk Minchan. selalu dia ikut je cakap Minchan.."
"alah, dia nak juga rasa seronok menari lagi. dia kan memang minat menari dari dulu lagi?"
"Minchan risau sangat pasal dia la kot, tu yang sampai dia tak suruh Yongseung ikut sukan, ikut mana-mana aktiviti yang banyak gunakan tenaga." Hoyoung berpeluk tubuh.
mereka mengorak langkah pergi dari situ bila guru-guru menyuruh pelajar bersurai.
.
.
.
.
.
"alah hyung.. boleh lah, pleaseee~~"
Minchan menghela nafas berat dan memandang adiknya lama. "Yongseung. aku cakap tak boleh, maksudnya tak boleh. nanti kalau kau sakit macam mana?"
"aku janji, aku jaga diri. aku takkan sakit punya. boleh lah hyung~"
"tak boleh. kau tak boleh buat aktiviti lasak sangat." Minchan menghampiri lokernya dan mengambil beberapa buah buku dari situ. Dia cuba mengabaikan Yongseung yang dari tadi mengikutinya dan memohon.
"alah hyung.. betul. aku janji, aku takkan sakit. aku boleh jaga diri, aku tak lasak sangat waktu menari. janji.." Yongseung mengangkat jari kelingkingnya.
"kau ni nak sangat masuk kenapa?"
"hehe.. dah lama tak menari. aku nak menari lagi." Yongseung tersenyum lebar, sehingga matanya melengkung, membentuk bulan sabit.
"aku tak izinkan." Minchan menutup lokernya dan mengabaikan Yongseung.
"Hyung~~ alah boleh lah~"
"tak boleh." Minchan melajukan langkah kakinya.
"pleasee~"
"TAK BOLEH."
Yongseung menahan lengannya dari belakang. "boleh lah~"
"kenapa degil pulak kali ni?"
" boleh lah hyung~ Okay, aku janji ni first and last..lepas tu aku takkan ikut lagi, aku ikut cakap hyung. kali ni je aku nak join..please?"
Minchan menghentikan langkahnya dan memandang wajah adiknya lama. dia dapat lihat raut wajah adiknya bersungguh-sungguh kali ini. Dia mengeluh berat.
"..okay fine. kali ni je tau?"
"yeay~ thanks hyung!" Yongseung menepuk lembut bahu Minchan dan beredar meninggalkan Minchan sambil melompat kecil.
Minchan tersenyum kecil dalam diam. "kan bagus kalau kau sentiasa happy macam tu?" monolognya sebelum mengatur langkah pulang ke kelasnya.
Yongseung pula berhenti di lorong laluan yang menghubungkan bangunan senior dan junior.
ada sesuatu yang menarik perhatiannya di lantai lorong itu. tanpa ragu dia mengutipnya.
"apa lagi ni? "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC