抖阴社区

饾悐饾悇饾悂饾悇饾悕饾悁饾悜饾悁饾悕 [饾悓饾悎饾悕饾悞锟...

By bbodaramjji

53.7K 2.3K 664

Melihat sang ayah dibunuh depan mata oleh Han Seungwoo, ketua mafia dari Korea yang tak diundang menyebabkan... More

1
PENTING
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
SEQUEL!!!

13

868 44 15
By bbodaramjji

"Papa!"

"Enough Minho. Papa dah mati." Kento membentak adiknya. Dah dua hari kematian Huro, dua hari juga adiknya tak habis-habis bermimpi sang papa. Lama-lama muak jugak Kento.

Kento tak sedikit pun tunjuk rasa sedihnya. Hei, jauh di sudut hatinya dia senang dengan kematian ayahnya. Sekarang dia dapat ambil alih kumpulan yakuza mereka.

Jasad Han Seungwoo menjadi amukan Minho. Dua hari tubuh kaku tak bernyawa itu disimpan di rumah mereka.

PPANG

Wajah Minho ditampar kuat abangnya.

"I said enough is enough!! Sekarang ni, kau nak balas dendam atas kematian papa ke tak?" Dagu adiknya dicengkam kuat.

Dengan tangan menggempal, Minho mengangguk.

"Aku ada plan, kau penggal jasad ni, gantung depan khemah pengganas tu, so orang-orang Han kat sana akan agak pengganas-pengganas tu yang bunuh ketua diorang. Biarkan diorang saling bertarung dan kau ambil kesempatan tu hapuskan semua anggota keluarga Han yang tinggal."

Minho terdiam. Not bad. Dendamnya pada keluarga Seungwoo sangat tebal. Han Seungwoo menembak mati ayahnya depan mata Minho sendiri.

Setelah menjalankan aksinya, Minho mengincar anak-anak Han namun sayang, jejak mereka tak lagi dapat dikesan. Apa yang diketahui dari orang suruhannya, Brian menyembunyikan dia dan adiknya, Han Jisung dari kejaran 'pengganas'.

"Maaf Brian, sia-sia usaha kau selama ni bersembunyi dari kejaran 'pengganas'."






-

"Ji, huwaaa aku tak percaya kau dah nak nikah." Tubuh kecil Jisung dipeluk Jaemin.

Pagi tadi, satu sekolah kecoh dengan edaran kad jemputan pernikahan mereka. Jisung sedaya upaya mencegah Minho mengedarkannya, tapi Minho berkeras nak satu sekolah tahu. Entah apa motifnya.

"Diamla Min, kau tu jangan lupa datang." Jisung mengingatkan.

"Tapi serius Ji, macam mimpi je semua ni. Macam baru semalam kau dengan Minho gaduh kat padang tup tup dah nak kahwin." Wooyoung mencelah.

"Excuse me, kat padang haritu bukan aku dengan Minho eh, yang gaduh tu si teruk Felix ni dengan Changbin." Felix yang dikutuk depan-depan hanya mampu putar bola mata.

"Entah-entah lepas ni kita dapat kad dari diorang pulak." Hyunjae mengusik Felix yang sedari tadi berdiri di samping Jiung.

"Haah, aku ngan Changbin esok. Kau tak tahu?" Felix hanya melayan kawan-kawannya.

"Wahhh seriuslah Lix?!"

"Tapi boong."

"Tak guna." 

Felix berlari dari kejaran kawan-kawannya.

Di sebalik kemeriahan kelas yang sibuk meraikan Jisung, ada sepasang mata yang sedari tadi menahan rasa.








-

"Minho hyung."

Minho yang tengah termenung di rooftop sontak menoleh. Mengetahui sang pujaan hati yang memanggil, senyuman lebar diberikan Minho.

Namun si pemanggil hanya diam menatap Minho. Tahu ada yang tak beres, Minho segera tarik tubuh kecil tersebut ke dalam pelukannya.

"Kenapa ni?"

"Macam tak percaya je, hyung betul-betul akan nikah dengan Jisung."

"Hei, Minnie. Kan dah banyak kali hyung cakap, pernikahan tu pura-pura. Hati hyung akan selalu ada nama Kim Seungmin dalam tu tau. Tak ada dan takkan pernah ada nama Han Jisung dalam ni."

"Tapi aku yakin hyung mesti lupakan aku jugak nanti. Hyung ngan dia hidup kat Jepun tu berdua je nanti. Mesti akan ada rasa sayang hyung untuk dia."

Minho yang melihat wajah mendung Seungmin menggunakan jari telunjuknya seraya mendonggakan wajah si puppy untuk memandangnya.

"Listen sweetie, hyung akan buat hidup dia menderita, Minnie tau kan bencinya hyung dengan dia tu?" Seungmin mengangguk.

"Lepas hyung rasa dah puas seksa dia, hyung akan ceraikan dia dan kahwin dengan Minnie." Selamba Minho berkata begitu. Seungmin yang mendengar hanya terdiam.

Tak tipu, dia rasa tak sedap hati mendengar kekasihnya ini akan ceraikan Jisung nantinya, walau macammanapun, Jisung pernah menjadi kawan baiknya, kenangan mereka banyak, tapi kerana dendam dia tega membenci Jisung dan merampas Minho.

Namun tak boleh salahkan Seungmin, perasaannya pada Minho dah lama ada, semenjak pertama kali mereka bertemu di padang dulu. Dan perlakuan lembut Minho pada Jisung membuatkan Seungmin sedikit iri. Semasa mendengar dari Bangchan kalau Minho dan Jisung akan menikah, dia segera menemui Minho dan menyatakan perasaannya. Tak disangka Minho pun menyukainya jugak dan menjelaskan rancangannya untuk menyeksa Han Jisung.

Bila ditanya kenapa Minho sangat membenci Jisung, alasan Minho berikan padanya

"Sebab dia ngan abang dia dah buat hidup Minnie menderita."

Minho masih menyimpan rahsianya dengan selamat. Tapi, sebenarnya Minho berkata jujur, perlakuan Jisung dan Brian pada kekasih gelapnya ini pada Minho sangat keterlaluan sehingga Seungmin terpaksa merempat di apartmennya.






-

"Hyung, kau dah sampai sana telefon aku tau." Jisung peluk tubuh abangnya erat dengan inai yang masih di jari.

Ye, Jisung dan Minho dah selamat menunaikan pernikahan mereka tiga jam yang lalu, dan kini mereka menghantar Brian yang akan ke Kanada.

"Ye Ji. Aku janji telefon kau nanti. Kau jangan nakal-nakal kat Jepun nanti. Minho, kalau dia nakal kau ketuk je kepala dia." Minho hanya tergelak kecil.

"Brian!!!" Dari kejauhan kelibat Felix dan Jeongin berlari-lari ke arah mereka.

Sampai sahaja, terus tubuh tegap Brian dipeluk Felix.

"Huwaa Briannn kau niiii, aku ingat kau pergi besok. Nasib baik Ji telefon aku." Felix merungut.

Brian menggeleng dengan tingkah manja adik sepupunya itu. Felix dah dijaga sejak kecik, Brian dah anggap Felix macam Jisung, adiknya yang sangat disayangi.

"Aku pergi sebulan je Lix."

"Ishh still lama." Felix tak tipu. Sejak mereka tinggal bertiga setelah kepergian Han Seungwoo dan isterinya, Brian tak pernah berpisah lama dengan adik-adiknya itu. Hanya saja, setelah Felix menginjak usia 17, dia tinggal berpisah dengan Brian dan Jisung. Di kediaman lama ibu bapa Felix. Tu pun setiap hari Felix akan berkunjung ataupun dia dan Jisung yang akan berziarah.

Setelah puas menenangkan Felix, Brian beralih ke Jeongin. Tubuh mungil si rubah ditarik ke pelukannya.

"Jaga diri elok-elok Je. Jaga kumpulan kau baik-baik. Tolong tengok-tengokkan si Felix ni nanti. Dia ni bukan ada sesiapa nak jaga." Jeongin balas pelukan Brian erat. Ketuanya yang sangat dia hormati.

Seorang demi seorang Brian ucapkan salam perpisahan dan dia beralih kembali ke Jisung. Air mata yang bergenang di tubir mata adiknya diusap lembut.

"Jaga diri elok-elok dik. Jangan lawan Minho, janji dengan hyung?"

Jari kelingkingnya disambut Jisung. Tubuh adiknya dipeluk erat.

Sebulan. 

Hanya sebulan tapi ada perasaan tak enak yang hadir dalam hati keduanya.

"Hyung, kau kena balik sini cepat-cepat tau. Janji dengan aku."

"Ye sayang, hyung janji. Hyung ada satu lagi permintaan untuk kau." Jisung pandang wajah abangnya lama. Sebuah kucupan di dahi diterima Jisung, tak lama terasa basah di wajah si manis. Brian...menangis?

"Hyung?"

"Tetap hidup untuk hyung Ji. Apa jadi sekalipun, hyung harap Ji kuat." Rantai hitam dikalungkan pada leher Jisung.

"Kento, dia dah berlepas."




Setelah menghantar Brian, Minho dan Jisung pulang ke rumah. Setelah sekian lama, akhirnya Minho berjaya menjejakkan kaki ke rumah keluarga Han.

Perkara pertama yang Minho lakukan adalah mengagumi rumah besar yang terletak di tengah-tengah hutan itu. Minho makin senang, kekayaan si manis dia dapat, anggota Han juga di bawah pengaruhnya kini.

Setelah menyusun kesemua pakaian yang akan dibawa ke Jepun, Minho alih perhatiannya pada sosok mungil yang dari tadi ke hulu ke hilir tak tentu arah.

"Sungie, kenapa gelisah semacam ni?" Tubuh kecil Jisung ditarik merapat.

"Kenapa kat luar langsung takde pengawal?" Itu yang dihairankan Jisung dari tadi. Sebelum ni, lebih kurang 7 orang pengawal yang terdiri dari anggota Han akan berkawal di kawasan rumah mereka tapi sejak balik tadi tiada seorang pun yang kelihatan.

"Aku yang suruh diorang balik." Jisung terkejut mendengar kata-kata Minho.

"Kenapa?"

"Sebab aku tak nak diorang kacau privasi kita, honey." Bahu Jisung yang terexpose dikucup pelan.

"Tapi, diorang tak kacau pun hyung."

Muka Minho berubah mencuka.

"Kau nak melawan aku ke apa? Kau lupa ke aku ketua diorang sekarang?" Minho tersenyum miris.

Jisung tersentak.

 Sejak dia rasmi bernikah dengan Minho, dia kena terima hakikat, kedudukan Minho yang kini ketua tertinggi anggota Han. Patutla pengawal mereka senang-senang ikut cakap Minho.

"Sorry, aku lupa."

"It's okay Sungie. Lets have a rest. Esok kita nak naik flight." Penerbangan ke Jepun untuk Minho dan Jisung dijadualkan pada pukul 8 pagi esok. Tangan Jisung ditarik agar berbaring di sampingnya. Tapi, Jisung menolak.

"Aku nak tunggu Brian call." Brian janji dengan dia tadi nak call kalau dah sampai.

"Sungie, I said rest, rest. It's okay. Put your phone on ringtone. Nanti Brian call, aku kejutkan."

Jisung akhirnya mengangguk. Dia pun memang dah mengantuk.

Minho tepuk perlahan lengannya mengisyaratkan agar Jisung menjadikan lengannya sebagai bantal, Jisung menurut. Tak sampai 20 minit, dengkuran halus terdengar dari bibir mungil Jisung.

Minho berbisik perlahan di telinga Jisung.

"Tidur nyenyak sweetie. Abang kau tak akan telefon."

Pelukan di tubuh Jisung semakin dieratkan dengan senyuman senang yang terpancul dari wajah seorang Lee Minho.




-

Minho terbangun saat dirasakan ada pergerakan dari tubuh Jisung. Matanya berkerut menahan rasa sakit ketika hendak membuka mata.

Jisung di sampingnya bergetar, berpeluh-peluh. Minho pandang aircond, masih terbuka dengan suhu yang sangat sejuk. Kenapa si tupai berpeluh?

Nampaknya Jisung bermimpi buruk. Nama Brian meniti di bibirnya. 

Minho hanya memandang. Telefon di mejanya dicapai. Nama Kento ditekan.

"Dah settled ke Kento?"

"Dah."

Minho tersenyum. Panggilan dimatikan. Air mata yang mengalir di pipi Jisung Minho usap lembut. Bibir Jisung dikucup. 'Bising betul mulut kau ni." Akhirnya Jisung kembali lena. Entahlah disebabkan mimpinya kendur atau perlakuan lembut Minho membuatkan dirinya kembali tenang.

Continue Reading

You'll Also Like

24K 1.5K 37
Han Jisung yang hatinya dah pun tertutup untuk sesiapa tiba-tiba dipaksa menggantikan sang kakak yang lari di saat hari pernikahan mendekat. Jisung y...
51.1K 3.1K 41
[Challenge accepted / Bakal Edit] Informasi : 抖阴社区 problem, Bab 28 & Bab 29 Error. Nur Hanisah ; seorang gadis kampung yang tinggal dengan ibunya...
11.3K 439 24
COMPLETED Satu malam yang mempertemukan takdir kita bersama.. KSM & LMH "Kalau awak perlukan duit..just one night for me and marry with me." "Apa? Sa...
2.2K 89 10
"aku tidak akan sesekali membunuh lelaki manis seperti Winwin Hyung .. dia adalah Hyung yang aku sayang .. tolong percayakan aku" "dunia ini kenapa t...
抖阴社区 App - Unlock exclusive features