ถถา๕ษ็ว๘

JANJI DALAM DUKA

By Una-wr

553 50 0

Yana bukan gadis biasa. Dalam kelembutan wajahnya, tersembunyi ribuan luka yang tak pernah sembuh. Cinta pert... More

EPILOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 26
Part 27
Part 28
Note author
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 34
Part 33
Part 35
Part 36
Part 37

Part 25

13 1 0
By Una-wr

"Arghh..."

Afqar tiba-tiba menekup mulut Yana lalu mengangkat tubuh isterinya itu naik ke atas katil. Pelukannya erat, seolah-olah tak mahu melepaskan.

"Abang ni kenapa?" tanya Yana sambil menepuk lembut lengan suaminya.

Afqar tidak menjawab. Pelukannya malah menjadi semakin kuat.

Yana yang mula menyedari ada sesuatu yang tak kena, perlahan-lahan mengusap rambut suaminya dengan penuh lembut. "Abang... abang okay tak ni?"

Tiada jawapan.

Namun, tak lama kemudian, Yana terdengar bunyi esakan halus. Dia segera menunduk, dan matanya bertentang dengan wajah Afqar yang basah dengan air mata.

"Hey... are you okay?" bisik Yana lembut, sambil tangannya memegang pipi Afqar.

"Ma... mama..." suara Afqar kedengaran lemah, tersekat-sekat.

Yana tersentak, tetapi dia terus mengangguk perlahan, seolah-olah mengerti sepenuhnya.

"Are you missing your mom?" soalnya perlahan, penuh empati.

Afqar mengangguk.

"It's okay, abang... I'm here, alright? Kalau abang rindu mama, abang boleh peluk Yana sekuat yang abang nak." balas Yana sambil mengusap rambut suaminya lagi.

Dia lalu menghadiahkan satu ciuman hangat di pipi Afqar. Suara esakan semakin perlahan, dan Afqar akhirnya menutup mata sambil membiarkan dirinya tenggelam dalam pelukan dan belaian isteri tercintanya itu.

Yana terus membaringkan Afqar dan menyelimutinya. Yana menepuk punggung Afqar untuk mendodoikannya. Yana meletakkan penguin berwarna merah jambu di sebelah Afqar mewakili dririnya dan terus keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.

Yana turun ke tingkat bawah dengan wajah yang kosong. Dia menuruni setiap anak tangga dengan perlahan. Rina yang melihat itu terus kebingungan. "Kenapa dengan akak ni?"

Rina berjalan menuju ke Yana dan terus berdiri di hadapannya. Yana yang hanya melihat ke arah lantai,hampir sahaja terjatuh akibat Rina yang sedang berdiri tegak di hadapannya. "Astaufiruallah Rina,hampir akak nak jatuh" Kata Yana sambil memegang bahu Rina.

"Hehe, sorry akak," kata Rina sambil menggaru belakang tengkuknya. "Akak kenapa ni? Monyok je Rina tengok." Dia terus duduk di atas sofa, bersebelahan dengan Yana.

"Akak okey je lah," balas Yana sambil mengukir senyuman. Namun, jelas senyuman itu palsu.

"Tipu," balas Rina, menggeleng perlahan. "Takpe, cerita je... Rina sanggup dengar semuanya."

"Bukan pasal akak..." Yana menunduk. "Tapi pasal abang Afqar."

Rina terus memandang serius. "Kenapa pulak dengan along?"

"Abang Afqar rindukan arwah mama dia..." jawab Yana perlahan. Mendengar nama Datin Rania, riak ceria Rina terus berubah menjadi muram.

"Mama..." Rina bersuara perlahan. "Mama seorang yang sangat pendiam, tapi dalam diam dia... ada terlalu banyak yang dia simpan sendiri. Sampai kami semua tak tahu pun."

"Apa maksud Rina—"

"Suatu hari," Rina memotong kata-kata Yana, "kami nampak mama rebah di dapur masa tengah cuci pinggan. Kepala mama terhantuk kuat... darah keluar dari ubun-ubun. Papa terus call ambulans. Masa sampai hospital... doktor sahkan sesuatu."

Rina menahan sebak. Air matanya mula mengalir.

"Ma... mama disahkan ada barah rahim," katanya perlahan, diselangi esakan. Yana pantas hulurkan tisu. Rina menyambut dan mengelap air matanya yang kini mengalir deras.

"Lepas lahirkan Rina, mama dah kena barah rahim tahap awal. Doktor dah nasihatkan untuk buang rahim... tapi mama tolak. Dia kata, dia nak terus menyusukan Rina. Dia takut kalau buang, dia takkan rapat dengan anak dia sendiri..."

Rina menarik nafas perlahan.

"Mama simpan semua tu sorang-sorang. Dia ingat benda tu tak serius. Tapi kanser tu merebak, kak... Sampai ke paru-paru. Lepas tu, mama mula batuk berdarah... susah nak bernafas. Badan dia makin lemah."

Air matanya terus jatuh.

"Papa dah pujuk berkali-kali suruh pergi hospital... tapi mama tetap tolak. Dia takut semuanya terbongkar. Dan... itulah sebabnya mama pergi buat selamanya..." Kata Rina dan terus menekup mukanya menggunakan bantal.

Yana menggosok belakang badan Rina dengan lembut, perlahan-lahan dalam gerakan bulat, seolah-olah cuba meredakan sebak yang sedang bergelodak dalam dada adik iparnya itu.

"Takpe... akak tahu, kehilangan tu memang menyakitkan," bisik Yana, suaranya lembut seperti angin malam yang menyapa perlahan.

Rina hanya tunduk, matanya masih bergenang. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan.

"Tapi, Rin..." Yana menarik nafas dalam. "Disebabkan kehilangan itulah... kita belajar hargai orang yang ada. Kita belajar peluk lebih lama, cakap 'sayang' lebih kerap, dan... kita jadi lebih kuat walaupun kita tak pernah minta untuk kuat."

Rina memandang ke arah Yana, matanya merah. Yana menyambung lagi dengan senyuman yang hambar, namun tulus.

"Akak percaya mama Rina... dia tinggalkan kasih sayang yang tak akan pernah hilang. Dekat hati abang Afqar, dekat hati papa, dan dekat hati Rin sendiri. Dia tetap hidup, Rin. Dalam setiap doa, dalam setiap kenangan."

Rina menggenggam jari-jemarinya erat, menggigil.

"Rina rasa rindu sangat... kadang Rina fikir, kenapa mama tak beritahu kami? Kenapa dia pilih untuk diam...?"

Yana menggeleng perlahan. "Kadang, orang yang paling kita sayang... pilih untuk diam sebab dia tak nak kita risau. Dia sanggup tanggung semua sakit tu, sorang-sorang, semata-mata nak tengok kita senyum."

"Macam mana nak hidup tanpa dia, akak? Hari-hari Rina rasa kosong..." suara Rina mula bergetar lagi.

Yana memeluk Rina erat. "Peluk akak kalau rasa kosong. Nangis kalau rasa tak kuat. Tapi jangan lupa... mama Rina tak pernah tinggalkan Rin sendiri. Dia ada dalam setiap kekuatan Rin sekarang ni."

Mereka terdiam seketika. Hanya suara kipas siling yang berputar perlahan dan dengusan hidung Rina yang masih sesekali tersedu.

Yana menyandarkan kepalanya ke sofa, memandang siling rumah yang kosong. Ada sesuatu yang mula meresap ke hatinya. Kata-kata yang dia sendiri luahkan buat Rina tadi—semuanya mula mengalir kembali ke jiwanya sendiri seperti gelombang yang tak dapat dibendung.

Pelukan kehilangan.

Kekuatan yang dipaksa hadir.

Rindu yang tidak pernah selesai.

Semua itu membawanya kembali kepada satu nama... satu wajah...

Ibu.

Yana segera bangun. "Akak... akak ke dapur kejap ye, nak buat air panas," katanya, cuba menyembunyikan riak wajahnya yang mula berubah.

Rina hanya mengangguk perlahan. "Okay, akak..."

Yana melangkah perlahan ke dapur. Setiap langkah terasa berat, seperti ada sesuatu yang sedang menekan dadanya. Tangannya menggigil ketika membuka kabinet mencari cawan. Bibirnya terketar menahan sesuatu yang sedang mahu pecah dari dalam.

Dia capai uncang teh, letakkan ke dalam cawan dan tuangkan air panas. Tapi air matanya sudah lebih dulu mengalir sebelum air mendidih itu menyentuh uncang.

Perlahan-lahan, tubuh Yana terjelopok ke lantai dapur.

Dia menangis.

Hening dan sunyi. Hanya esakan halus yang terpantul pada dinding-dinding kosong dapur itu.

"Kenapa ibu...?" suara itu keluar dalam nada bergetar. "Kenapa ibu tinggalkan Yana...?"

Dia menekup mulut sendiri. Tak mahu Rina dengar. Tak mahu Afqar tahu.

"Ibu... orang kata ibu meninggal sebab lahirkan Yana... tapi Yana tak pernah percaya..." ujarnya perlahan.

"Yana rasa... kalau ibu sayang Yana, kenapa ibu pergi?"

Tangisnya semakin menjadi. Hidungnya tersumbat, suaranya tenggelam dalam sedu-sedan yang menyesakkan dada.

Yana melutut dan menyembamkan muka ke lutut. "Yana rindukan ibu... Yana nak peluk ibu..."

Selama ini, dia sentiasa berlagak kuat. Berpura-pura tabah di hadapan Daniel, di hadapan keluarganya dan kini- dihadapan Rina dan Afqar

Tapi malam ini, setiap kata-kata yang dia ucapkan buat Rina tadi, sebenarnya juga ditujukan buat dirinya sendiri.

Dia pun rindu.

Dia pun kosong.

Dia pun tak kuat.

Tangannya menggenggam cawan yang masih panas. Dahi disandarkan ke kabinet dapur. Air matanya jatuh tanpa henti.

"Maafkan Yana, ibu... kalau betul ibu pergi sebab lahirkan Yana, Yana tak pernah minta pun... tapi Yana janji, Yana akan jadi anak yang ibu boleh banggakan... Yana akan jadi kuat... demi ibu..."

Saat itu, suatu jeritan terdengar dari arah ruang tamu

"Akak dah siap ke belum..."

Yana tersentak. Cepat-cepat dia lap air mata.

"Da-dah Rina kejap akak bawa" Kata Yana dan terus mengesat air matanya lalu terus membawa secangkir teh itu ke ruang tamu untuk diberikan kepada adik iparnya itu

Yana berjalan sambil membawa secangkir teh di tangan kanannya manakala di tangan kiranya memegang helaian tisu yang sudah basah akibat air matanya.

Yana meletakkan cawan itu di atas meja dan terus duduk bersebelahan dengan Rina. Rina yang menyadari akan kemunculan akak iparnya terus mengalihkan pandangannya dari telefon. Mata akak iparnya. "Akak mengangis ke?" Tanya Rina sambil mengangkat keningnya. Mana tak peliknya,mata merah,tisu ada dekat tangan, senyuman pun palsu.

Yana menggeleng perlahan. "Akak tak menangislah Rina" Balas Yana sambil berpura-pura tersenyum. "Tipu,habistu kenapa mata akak merah semacam" Kata Rina tidak percaya. "Ni sebab masuk habuk lah" Balas Yana.

"Emm akak keluar dulu tau," Pamit Yana dan terus keluar membawa telefon bimbitnya bersama dengannya. Yana keluar sambil memegang telefon bimbitnya disebelah kanan manakala disebalah kirinya,dia membawa sebungkus tisu.

Yana duduk di atas bangku yang menghadap ke arah ladang sawah padi. Susana di situ sangatlah tenang. Angin petang meniup lembut, membuatkan tudung biru Yana berkibar perlahan. Langit yang gelap menjadi cerah, menambahkan lagi sayu dalam hatinya.

Dia memandang telefon di tangan. Skrin gelap, tapi bayangan wajahnya yang letih dan mata yang bengkak jelas terpancar. Nafasnya ditarik perlahan, dan dilepaskan bersama rasa yang begitu berat.

"Aku kuat... aku kena kuat..." bisiknya sendiri, tapi suara itu goyah.

Dia memegang dada, tempat yang paling sakit saat ini. Bukan kerana fizikal. Tapi kerana rindu. Rindu yang tak pernah sempat ditafsirkan pada seseorang yang tak pernah dia kenal... ibunya.

Yana menutup matanya rapat serapatnya, dia berharap agar semua dukaan atau ujian yang Allah beri ini akan terbuang jauh di dalam gelap segelapnya seperti bayang-bayang.

Dia dapat merasakan hembusan nafas yang tenang namun berat untuk dilepaskan disebelahnya. Yana membuka matanya perlahan dan melihat Afqar sedang elok duduk di bangku sebelahnya sambil melihat langit yang biru.

Afqar tidak bersuara. Dia hanya duduk di bangku itu, tenang namun jelas tergambar keresahan yang tersembunyi di wajahnya. Bahunya sedikit jatuh, tubuhnya bersandar ke belakang, dan pandangannya kekal terpaku pada langit yang terbentang luas di atas sana. Langit biru yang tenang itu seolah-olah menjadi tempat dia mencurah segala rasa yang selama ini terkurung dalam diam.

Matanya kelihatan kosong, namun ada sesuatu yang mendalam di sebalik renungan itu — seperti sedang mencari sesuatu yang tidak pasti. Mungkin kenangan, mungkin harapan, atau mungkin seseorang yang telah jauh daripadanya. Angin petang menyapa lembut wajahnya, menyentuh hujung rambutnya yang sedikit kusut, namun dia tidak berganjak walau sedikit pun.

Afqar kelihatan seperti seorang pungguk yang setia memandang bulan — menatap dari kejauhan, berharap pada sesuatu yang tidak pernah pasti. Rindunya bukan calang-calang, bukan biasa-biasa. Ia rindu yang diam, rindu yang tak bersuara, tapi dalam diam itu, hatinya menjerit. Dia kelihatan tabah, tetapi di dalam dirinya ada badai yang tak mampu dijelaskan dengan kata-kata.

Dia memandang langit seolah-olah di situlah terletaknya semua jawapan yang dia cari. Seolah-olah jika dia menatap cukup lama, bulan itu akan menoleh padanya, memberi harapan bahawa rindunya akan terbalas. Tapi dia tahu, bulan itu terlalu jauh. Dan dia hanyalah pungguk — menunggu dalam sunyi.

***

Daniel duduk di atas bangku, memandang langit yang kelihatan kosong namun luas. Matanya sedikit mengecil menahan cahaya matahari senja yang menyusup perlahan di balik awan. Tiba-tiba, dadanya terasa sesak — ada satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan, satu rasa yang mengganggu tenangnya hati.

Tangannya perlahan menyentuh dadanya.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni..." monolognya sendiri, suaranya lirih dan perlahan.

Dia tunduk, memejamkan mata seketika. Rasa itu semakin kuat — rasa rindu yang menggigit ke dasar jiwa. Rindu pada seseorang yang sudah lama pergi, tapi tidak pernah hilang dari ingatan. Rindu pada wanita pertama yang dia cintai... ibunya.

Dengan langkah perlahan dan berat, Daniel bangkit dari bangku itu. Dia melangkah menuju ke meja kecil yang terletak di sudut bilik tidurnya. Meja itu tampak biasa, tapi di dalamnya tersimpan sesuatu yang sangat berharga buat dirinya.

Tangannya menghulur ke arah laci, lalu dibukanya perlahan. Di dalamnya, tersimpan sebuah album lama yang sudah diselaputi debu dan habuk. Daniel menyapu perlahan debu yang melekat di permukaan kulit album itu, seolah-olah sedang menyentuh kenangan silam yang telah lama terkubur.

Album itu jarang sekali disentuh. Hanya apabila rindunya sudah tidak tertanggung, barulah dia berani membukanya.

Helai pertama dibuka.

Gambar pertama — seorang wanita muda mendukung seorang bayi lelaki. Senyuman di wajah wanita itu jelas terpancar penuh kasih, dan bayi itu... adalah dirinya. Daniel menghela nafas perlahan. Tangannya menggigil sedikit apabila menyelak helaian berikutnya.

Gambar kedua — wanita yang sama sedang duduk di tepi katil, memegang perutnya yang besar. Hamil, dan menanti kelahiran. Air mata Daniel jatuh tanpa dipinta.

Tangannya menyentuh gambar itu dengan penuh hati-hati, seolah-olah memegang sesuatu yang sangat rapuh dan bernilai.

"Mama... Mama tak rindu abang ke? Mama tak rindukan papa?" suaranya mula bergetar. "Dan yang paling penting... Mama tak rindu ke Yana?"

Air matanya menitis tanpa henti. Hatinya terlalu penuh.

"Anak yang Mama tak sempat sentuh... Tak sempat cium... Tak sempat dengar walaupun sekali panggilan 'Mama' dari bibir kecil dia..." Sambung Daniel lagi mengesat air matanya yang keluar dari tubir matanya menggunakan tisu yang berada berhampiran dengan dirinya.

Daniel menggenggam album itu erat-erat, seakan-akan tidak mahu melepaskannya. Pandangannya kabur dek linangan air mata.

Yana... Adik yang tidak pernah mengenali wajah ibunya. Adik yang selalu menangis dalam diam, merindui seorang ibu yang tidak pernah sempat mendakapnya. Daniel tahu semuanya. Dia pernah melihat — dari celah pintu, dari sudut koridor, dari tangga yang sunyi. Yana tidak tahu, setiap kali dia menangis memanggil mamanya, Daniel hanya mampu duduk diam di luar pintu, menekup mulut agar tidak sama-sama menangis.

Dia cuma mampu berdoa... dan terus berdoa agar Yana kuat.

Continue Reading

You'll Also Like

123 11 12
Pernah mengikat cinta dan kasih kepada seorang lelaki sewaktu sekolah menengah. Siapa sangka, sahabat sendiri menjadi lelaki pertama yang berjaya men...
742 76 20
[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, ak...
6.7K 666 42
Rindu datang tidak bertamu. Menagih kasih yang kian berganti luka. Saat dirinya mulai menerima hadirnya si peneman hati, ribut sekali lagi membadai j...
36.7K 1.7K 60
โ†ณ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang ke...