"Bestnya lahai dia mandi kolam. HAHAHA!" Ejek mereka lagi.
"Kau— Umph!!" Kakinya ditarik dari dalam air secara tiba-tiba tanpa sempat pun dia mengambil nafas. Rupanya mereka sudah perangkap Adam untuk masuk ke dalam kolam supaya mereka boleh melemaskannya.
Adam menyepak muka lelaki yang menarik kakinya sehingga pegangan tangannya terlepas sebelum dia naik mengambil nafas. Namun belum sempat udara dihirup secukupnya, seorang lagi lelaki menolak kepalanya masuk ke dalam air.
Seorang lagi terjun masuk lalu memeluk perut Adam dari bergerak. Adam semakin lemas. Dia perlukan udara tetapi badannya dipegang kemas. Alat sulit lelaki yang memeluk perutnya dilutut kuat dan tangannya menumbuk perut lelaki yang sedang menekan kepalanya kuat. Adam naik. Nasib baik dia sempat menghirup udara.
"Sudahlah! Apa yang korang tak puas hati sangat dengan aku ni!" Jerit Adam sambil tangan meraup wajah.
"Kau tu anak haram tak berguna! Kau patut mati je! Menyusahkan hidup semua orang!" Tengking Amdan sehingga bergema satu halaman itu. Amdan memandang dua orang kawannya.
Bagai faham isyarat mata Amdan, mereka tersenyum lalu masing-masing melompat masuk ke dalam kolam. Adam di tengah-tengah dihampiri. Mereka menumbuk perut Adam dari bawah. Ada yang menyorok lalu menyepak belakang badan Adam dengan kuat dalam diam. Adam tak mampu melawan 6 orang lelaki sekali gus walau dia cuba melawan sedaya upayanya.
"BERHENTI !!!!"
Suara kuat milik Encik Azmi menghentikan perbalahan mereka. Masing-masing senyap. Nafas tercungap-cungap kerana lelah. Adam keluar dan terbatuk-batuk kerana banyak tertelan air kolam.
"KELUAR!"
Semua segera berenang keluar dari kolam termasuk Adam.
"Kecuali kau," ujar Encik Azmi kepada Adam yang baru sahaja mahu naik.
Adam terdiam dan memandang ayahnya pelik. Yang lain sudah diberikan tuala oleh Puan Ros dan diarah masuk ke dalam.
Adam berkerut. Kenapa dia seorang saja tak boleh keluar? Kenapa sekarang dia yang bagaikan dihukum sedangkan dia menjadi mangsa mereka?
"Ayah, dia tak puas hati dengan Am dengan kawan-kawan Am sebab suruh dia kemas ruang tamu hari tu. Dia yang ajak gaduh kat sini. Am ikut jelah," adu Amdan selamba.
Adam alih mata memandang Amdan pula. Dari dulu sampai sekarang, tidak pernah serik lelaki ini memfitnah dia.
"Eh, kau nak menipu pun agak-agaklah! Kau yang ajak gaduh tadi kan!" Marah Adam tidak puas hati difitnah.
"Kau senyap. Tak payah sibuk kau nak cakap. Aku tak nak dengar apa-apa keluar dari mulut kau," kata Encik Azmi kejam sambil jari telunjuknya dihala tepat ke arah Adam.
Adam mengepal buku lima dalam air. Wajah Encik Azmi yang berdiri tegap di hadapannya dipandang tajam.
"Mentang-mentang kau dah pandai berlawan, semua orang kau nak ajak bergaduh. Kau ingat kau dah hebat sangat?" Soal Encik Azmi lagi.
Amdan tersengih di belakang. Ada antara kawannya yang gelak mengekek, mengejek Adam.
"Ayah tak nampak ke siapa yang salah? Siapa yang pukul siapa?"
"Kau—"
"Adam kena tarik dalam kolam ni, kena belasah ramai-ramai, ayah tak nampak? Apa ayah cakap tadi? Adam ajak bergaduh? Ayah ingat Adam hebat sangat ke nak ajak bergaduh sorang lawan enam?"
Adam diam seketika menenangkan diri sendiri. "Ayah tak nampak atau ayah pura-pura buta?"
Encik Azmi diam. Gigi dikacip ketat menimbulkan tulang rahang di pipinya.
"Malam ni kau tidur luar. Aku tak izinkan kau masuk rumah," putus Encik Azmi sebelum dia berjalan masuk ke dalam rumah. Amdan dan kawan-kawannya ketawa jahat sebelum mereka turut berlalu meninggalkan Adam yang masih berendam di dalam kolam.
Pintu dikunci rapat oleh Amdan dari dalam. Kelihatan Puan Atikah cuba melawan namun dihalang oleh rakan-rakan Amdan. Adam melompat keluar dari kolam dan duduk di atas lantai. Angin malam mula menyapa badan dinginnya.
"Boleh demam aku macam ni." Badan Adam mula terketar. Tangannya memeluk tubuh dengan harapan ia boleh sumberkan haba pada badannya.
Mata dikerling ke arah pintu yang tertutup rapat. Nampaknya dia memang dilarang masuk. Tiada apa yang boleh dia lakukan sekarang selain berserah. Adam menggeleng kepala perlahan.
Asyik-asyik benda sama.
Badan dibaringkan di atas lantai. Bajunya yang basah menambahkan lagi kesejukan malam. Langit yang penuh bintang direnung lama.
Kenapalah bila dia dah mula nak rasa gembira sikit saja, pasti ada masalah akan muncul? Atau sebenarnya dia memang tak layak nak bahagia seperti kata mereka?
Lengan dilapik di belakang kepala. Kesejukan pada badannya ditahan. Bagaimanapun dia tidak boleh buat apa selain berputus asa. Harapnya emaknya datang esok awal pagi.
Bila difikirkan balik, apabila dia sudah jumpa kembali Harum Kasturi, dia terpaksa kelaparan. Bila dia sudah punya teman, dia dihalau keluar dari bilik dan disuruh tidur di stor. Sekarang, bila dia sudah mula sukakan perempuan, dia dihalau dari rumah pula.
Mata dipejam rapat. Haihlah, selepas ini, apa pula? Entah-entah dia tidak boleh lakukan apapun dalam hidupnya sendiri. Tidak boleh membuat keputusan sendiri. Semua mahu paksa bagaikan dia ini tidak pernah punya harga diri.
Kalau beginilah hidup dia hari-hari, asyik dilayan seperti hamba, lebih baik dia mati. Hati semua orang akan puas! Tidak perlu susah payah menyeksa dia begini lagi. Sial pun tidak akan masuk dalam rumah ini sebab dia sudah tiada. Kan?
Adam mengambil nafas dalam. Dan yang paling penting sekali...
Adam baring mengiring sambil tangan di bawah kepala. Melapik kepalanya.
...ayahnya tak akan malu lagi kerana punya anak sial seperti dia.
Lantas, matanya perlahan-lahan terpejam.
Harum Kasturi yang melihat semuanya dari jauh terasa sebak. Dia mahu menolong namun dia risau jika Adam yang terkena tempiasnya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membawa Adam pulang ke rumahnya. Memberi lelaki itu bajunya dan mengizinkannya tidur di rumahnya dengan selesa.
"Uncle tak tahu nak buat apa, Adam. Uncle nak buat Adam rasa bahagia. Rasa happy. Tak perlu terseksa sampai macam ni sekali. Tapi, uncle tahu, ayah Adam takkan lepaskan Adam."

ANDA SEDANG MEMBACA
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『????? ??????? ??????』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...
30 | SIAL
Mula dari awal