抖阴社区

45 | YUNA

181 16 4
                                        

"Hari ni jom makan kafe?" Ajak Nayli sebaik mereka bertiga masuk ke dalam kelas 5 Albert. Terangkat wajah Tiara mendengar ajakan itu.

"Jo–"

"Tak nak. Aku tak suka tempat tu," potong Adam belum sempat Tiara mahu buka mulut. Tangannya sibuk menyimpan alat-alat tulis ke dalam kotak pensil.

Senyuman Tiara terus saja mengendur. Nayli pula menjeling lelaki itu, menyampah. Selalu saja tak setuju mamat kayu ni.

"Okey. Kalau macam tu, kau tak payah pergilah. Biar kitorang je makan situ. Kau duduk sini sorang-sorang," balasnya, sengaja mahu tarik Adam.

"Pergilah," jawab Adam tanpa perasaan. Dia tidak kisah pun. Dia tidak mahu jadi penghalang mereka mahu makan di situ. Dia tetap dengan pendirian dia bahawa dia tidak sukakan tempat itu.

Nayli berdecit sebelum dia duduk di kerusi di depan Adam. Pensel di tangan Adam dirampas.

"Adam! Kau ni selalu macam ni!" Marahnya. Susah dapat kawan yang tak ada perasaan ini. Kita yang sakit hati.

Mata Adam naik memandang gadis itu lalu penselnya kembali dirampas dari tangan Nayli.

"Dah kenapa pula kau ni? Kau nak makan situ, kau pergilah. Aku tak halang pun." Pensel kembali disimpan ke dalam kotak pensel.

"Tapi aku ni ada hati yang baik. Ada rasa belas kasihan. Aku tak boleh tinggalkan kau sorang-sorang kat sini."

"Aku tak kisah punlah. Kau pergi je dengan Lukman, Fiqri sekali. Ni, Tiara ni pun suka makan situ. Aku boleh urus diri aku sendiri," balasnya sedikit dilembutkan sedikit ton suaranya. Cakap kasar-kasar dengan Nayli memang takkan jalan.

"Tapi, aku tak nak biarkan kau makan kat sini sorang-sorang," sahut Lukman pula. Dia berdiri di sebelah meja Adam sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Kenapa berdendam sangat kau ni dengan kafe tu?" Soal Nayli, pelik dia dengan sikap Adam ni. Padahal berderu-deru pelajar mahu bersarapan dan makan di situ kerana kemewahan sudah capai tahap restoran lima bintang.

"Kafe tu makanan dia mahal-mahal. Korang kaya korang bolehlah. Aku ni kena jimat." Adam dalam diam mengeluh. Terpaksalah dia tarik kad miskin dia supaya mereka berhenti mendesak dia.

"Mana lagi kejam? Korang biarkan aku makan kat sini sorang-sorang, atau kau biarkan aku tengok korang makan makanan sedap-sedap depan mata aku sedangkan aku hanya mampu makan roti dua ringgit?" Keningnya diangkat sekali.

Masing-masing akhirnya terdiam. Timbul rasa bersalah kerana tidak fikirkan nasib Adam yang fakir itu. Adam pula melihat mereka sudah terdiam, dia tahan senyum. Cepat-cepat dia kembali menyusun bukunya.

"Kalau macam tu, Fiqri belanja Adamlah," celah Fiqri membuatkan perbuatan Adam serta merta terhenti.

Adam angkat kepalanya semula. Biar betul budak ni?

"Tak payah nak–"

"Air kau aku boleh belanja. Kau nak air apa yang paling mahal kat situ. Bukan selalu aku belanja kau. Amacam?" Lukman mencelah.

Adam berkerut memandang tidak percaya. Dah kenapa semua bersungguh sehingga sanggup belanja dia makanan paling mahal di situ? Mengarut!

"Tak, korang tak perlu bersusah payah nak belanja aku. Aku cakap, aku okey makan sorang je."

"Ala, sekali sekala kita makan kat kafe apa salahnya?" Pujuk Nayli lagi. Dia tak tahu kenapa Adam benci sangat kafe mewah itu. Nak cakap lelaki ini terasa kerdil, Adam bukan jenis kisahkan pandangan orang sekeliling pada dirinya.

"Jomlah." Bibir dicebik manja dengan harapan Adam akan tertipu dan kasihan.

Adam senyap seketika. Dia mengeluh. Dia mula berfikir. Patutkah dia makan di sana bersama mereka ini?

【C】SABAR SEORANG LELAKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang