Nayli labuhkan duduk di meja Adam. Adam yang malas nak berbalas mulut dengan perempuan ini, hanya mengambil tempat di depan meja Tiara. Nayli membuka plastik ais krim sambil memandang mereka semua.
"Korang, hujung minggu ni korang free, tak?"
"Free. Kenapa?" Tanya Tiara sedikit teruja. Dalam hati sudah ada harapan kecil untuk keluar jalan-jalan.
"Rumah aku ada buat parti hari jadi ibu aku hari Ahad nanti. Aku nak ajak korang datang," ujar Nayli sambil menjilat ais krimnya.
"Aku on je," balas Lukman. Tangan sibuk membuka bekas sushi yang juga dibelinya tadi. Terliur pula dia tengok tadi, itu yang terus dibelinya.
"Fiqri pun boleh."
"Saya pun! Nanti saya minta papa." Teruja dia mahu tengok bagaimana rumah Nayli. Pasti besar dan mewah.
"Kau, Adam?" Nayli memandang Adam pula. Hanya lelaki ini yang tidak jawab.
"Tengoklah macam mana," jawabnya sambil menyedut minuman. Dia tidak mahu ayahnya tahu saja sebenarnya. Dia masuk dalam rumah ketua polis, macam-macam nanti disoalnya.
"Tak nak tengok je! Aku nak semua orang datang."
"Hm, insyaAllah. Kalau aku rajin," jawab Adam. Kalau dah merengek begitu, nak tak nak kena pergi juga. Orang dah ajak, takkan dia mahu tolak. Walaupun ia akan mengganggu masa hujung minggu dia yang sangat berharga itu.
"Kau sengaja sebenarnya kan? Kau nak aku melutut di kaki kau, pujuk rayu kau macam raja." Nayli menjeling. Aiskrim digigit.
"Aku cakap tengok macam mana. Bukan aku cakap tak nak pergi." Selalu saja perempuan ni salah tafsir. Jahat sangat ke muka dia ni?
.
.
"SILAKAN masuk tuan putera dan puteri sekalian," jemput Nayli dengan gaya pembantu diraja.
Adam, Lukman, Fiqri dan Tiara melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarga Nayli. Kelihatan sudah ramai ahli keluarga Nayli sedang berbual dan bergelak tawa bersama-sama.
"Ibu, ni kawan Nay." Nayli memanggil ibunya yang sedang berbual. Puan Nafisah berdiri lalu menghampiri mereka. Tiara terus tunduk menyalami wanita separuh abad itu.
"Happy birthday, auntie." Fiqri hulurkan hadiah yang dibalut. Mereka mengumpul duit dan beli bersama hadiah untuk ibu Nayli.
"Terima kasih... Kawan-kawan Nayli semua ni?" Puan Nafisah menyambut hadiah.
"Ya, saya Lukman." Tangan diletak ke dada.
"Kamu tak payah! Terlebih kenal dah." Puan Nafisah ketawa sambil menepuk bahu Lukman. Dia kenal dengan keluarga Lukman. Dia juga tahu anaknya pernah bercinta dengan budak lelaki ini. Dia pun selesa dengan Lukman yang beradab dan sopan.
"Ni, Fiqri. Ni, Adam. Dan ni, Tiara." Nayli memperkenalkan mereka seorang demi seorang.
"Oh, semua ni sekelas?"
"Tak, diorang dua ni kelas Albert. Yang ni, Robert. Yang ni, Isaac. Fiqri ni yang dapat 4 flat yang Nay cerita tu ibu." Gembira Nayli menceritakan perihal kawan-kawannya.
"Ha, ada kawan pandai-pandai semua. Tapi, kamu banyak main dari belajar. Tak belajar sekali ke? Tanya mereka apa yang tak faham?"
"Ibu ni. Nak bebel bukan sekaranglah, ibu," bisik Nayli.
Ibu dia ni memang tak menyempat nak ceramah dia pun. Lagipun siapa kata dia tak belajar? Dia selalu tanya kerja sekolahnya pada Fiqri kerana Fiqri kalau dah mengajar, lembut saja. Menenangkan hati berbanding Adam si mulut puaka itu!

ANDA SEDANG MEMBACA
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『????? ??????? ??????』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...