抖阴社区

4 | RINDU

419 34 1
                                        

Adam merenung lama duit di dalam dompetnya. RM50. Encik Azmi hanya memberinya RM100 untuk sebulan. Dan kini hanya tinggal RM50 selepas kos perbelanjaan makan selama hanya dua hari! Tambah dengan membayar denda RM20 atas bukan kesalahan yang dia lakukan.

Adam mengeluh. Nak merungut pun, bukannya duit dia akan datang balik. Dia akan tetap perlu menanggung kemiskinan selama dia berada di sini.

Memikirkan dia ialah anak haram, tak hairan kenapa Amdan diberi wang belanja sebanyak RM20 000 setiap bulan. Itupun masih tidak cukup. Sedangkan dia pula hanya RM100 sebulan untuk perbelanjaan di sekolah yang terkenal dengan makanan 'cekik darah'.

"Nak beli makanan pun tak cukup ni. Kena puasalah nampak gayanya." Dompet diletak di bawah bantal. Dari posisi duduk, Adam menghempaskan tubuhnya berbaring ke atas katil. Lengan diletak ke atas mata yang dipejam rapat.

"Bilalah drama ni nak habis? Aku dah penat sangat dah," gumam Adam perlahan.

Ikutkan hati mahu sahaja dia lari dari semua ini. Lari bersama emak. Jauh dari masalah! Tetapi malangnya, dia masih perlu bergantung pada Encik Azmi.

Sejujurnya, dia langsung tidak memerlukan khidmat ayah kandungnya kerana dia yakin dia boleh mencari duit sendiri. Namun, dia tak mahu emaknya pula yang hidup susah.

Dia masih budak sekolah. Nak cari kerja, bukan senang. Kalaupun dia dapat kerja, gajinya tak banyak untuk menampung mereka berdua. Lagipula, dia masih perlu bersekolah. Banyak tanggungjawab.

"Aku mesti bertahan demi mak."

Tiba-tiba, telefon bimbitnya di sebelah kepala bergetar. Adam mencapai telefon dan melihat nama pemanggil.

Syurga
calling...

Terus saja dia menyeret tanda hijau untuk menjawab panggilan emaknya.

"Assalamualaikum, mak."

"Waalaikumussalam. Anak mak apa khabar?"

"Adam sihat. Mak?"

"Mak pun sihat je."

"Auntie Ros ada buli mak tak?"

"Tak ada pun. Ni kenapa dengar suara Adam macam penat je ni?"

"Adam ada buat kerja sikit tadi." Adam melapik lengan di bawah kepala. Memang taklah dia nak beritahu pada emaknya yang dia dituduh tadi.

"Oh, rajinnya anak mak."

Adam tersenyum. "Ni kenapa mak telefon malam-malam ni?" Sekilas dia melihat jam di dinding. Pelik betul emak tak tidur lagi jam 12 tengah malam begini.

"Saja. Mak tengah siap-siap nak tidur. Sebelum tu, nak dengarlah suara Adam sekejap. Kenapa Adam tak tidur lagi? Esok sekolah, kan?"

"Adam tak mengantuk lagi. Lagipun kejap lagi Adam nak study sikit."

"Yalah, jangan tidur lambat sangat. Nanti dalam kelas esok, mengantuk."

Adam mengangguk. "Baik bos."

"Ha, ni. Mak nak tanya. Duit belanja Adam cukup tak?"

Adam terdiam sekejap. Ini yang risau ni. Emak dia memang ada kuasa psikik.

"Er, cukup. Mak jangan risaulah."

"Mak bukan apa, mak dengar makanan kat sana mahal-mahal. Ayah pula bagi RM100 je. Mak takut tak cukuplah."

"Cukup je, mak... Ada banyak lagi duit Adam ni," bohongnya.

Bukan dia tidak tahu, makanan sekolah ini hampir mencecah RM10 harganya. Jika setiap hari RM10 terbang melayang, macam mana dia nak makan untuk minggu-minggu seterusnya? Itu tak termasuk lagi dengan minuman yang setiap darinya berharga RM5.

【C】SABAR SEORANG LELAKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang