"I nak minta maaf dengan you. I'm so sorry about that night."
Adam gelak sinis. Dia tiba di warung mamak saat Flora sudah memesan minumannya. Adam sengaja pilih warung ini kerana dia yakin tiada pelajar sekolahnya akan terserempak dengannya di sini.
"Kau rasa maaf kau tu boleh ubah apa yang kau dah buat tu ke? Dapat redakan sakit hati aku? Dapat hilangkan luka kat muka aku ni? Meh aku nak cakap sikit dekat kau. Hati aku ni banyak kali terluka. Aku dah biasa sangat kena tuduh macam tu."
"Tapi, kau tahu tak? Malam tu, kalau kau tak mengaku aku yang bersalah, semua tak jadi kacau bilau tau. Aku tak kisah kalau kau nak diam. Tak bagitahu apa-apa. Tapi, yang buat aku rasa sakit hati, kau tuduh aku yang bawa balik kau. Sedangkan Amdan yang angkut kau. Kau faham tak?"
Air mata Flora semakin bergenang. Dia tidak dapat tahan lagi. Satu persatu mutiara jernih menitis.
"Perasaan aku. Kau tahu aku rasa apa? Kau tak tahu. Jadi, lebih baik kau tak payahlah nak jumpa aku. Nak minta maaf bagai. Sebab kau tu hanya akan menyusahkan aku je."
"Adam, I minta maaf! I menyesal sangat sebab tuduh you! I dah cuba betulkan keadaan, tapi ayah you tak kisah."
Adam bersilang tangan sambil bersandar pada kerusi.
"Memang pun. Aku tahu. Aku dah kenal sangat dengan bapak aku tu. Aku betul ke, aku salah ke, dia tetap nampak aku yang salah. Tapi, at least, kalau malam tu kau tak mengaku yang kononnya aku tidur dengan kau, dia takkan hina aku macam-macam. Dia takkan sakitkan hati aku."
Adam memandang Flora tajam.
"Satu kau perlu tahu pasal bapak aku. Sekali kau dah tuduh aku, kau betulkan pun dah takde guna. Dia akan nampak aku yang salah. Sebab tu, sebelum nak bercakap, kau fikir pakai otak! Sebelum nak tuduh aku, kau kena kenal dulu siapa family aku."
Flora tunduk. "I faham apa yang you rasa."
"Faham? Apa yang kau faham sangat?" Adam berpaling tidak ingin memandang wanita berlagak mangsa ini. Faham konon.
"I pun senasib dengan you. I pun anak luar nikah."
Kali ini, Adam terdiam mendengar pernyataan itu. Matanya lantas tepat memandang wanita di hadapannya. Sedikit lingkaran hitam di bawah mata tanda dia tidak cukup tidur. Wajahnya juga tampak sembap seperti selalu menangis.
"I dihina, I dicaci. Sampai I cuba nak bunuh diri waktu sekolah dulu bila semua orang tahu pasal I." Air matanya sekali lagi jatuh menitis.
"Family I? Masa I dilahirkan, I dibuang dalam sungai oleh ibu kandung I sendiri. Pihak rumah anak yatim ambil I. Lepas tu, family angkat I pula ambil I. Diorang layan I baik. Tapi, bila diorang dapat tahu yang I ni anak pelacur, diorang buang I. Diorang halau I keluar rumah."
Flora semakin teresak mengenangkan nasibnya yang tidak pernah baik dari dulu. Hidupnya juga tidak pernah tenang. Dia terasa seperti ada sesuatu yang kosong dalam hatinya.
"Hidup I pun teruk, Adam. I jadi pelacur bertaraf tinggi. Hanya orang kenamaan je yang boleh langgan I. Termasuk Amdan. I terpaksa layan lelaki-lelaki tua atau muda sebab I nak cari duit. I tak tahu macam mana lagi nak buat untuk tampung hidup I seorang. Sebab tu, I buat keputusan untuk kerja macam ni."
Adam senyap. Tidak dapat tidak, terbit rasa kasihan dalam dirinya pada wanita ini. Kehidupannya ternyata lebih teruk darinya. Sehingga terpaksa menggadaikan harga diri.
"I minta maaf, Adam. I minta maaf sebab tuduh you. I tak nak Amdan marahkan I sebab pecahkan rahsia dia. I tak tahu macam tu sekali you dilayan dalam rumah tu. Kalau I tahu, I takkan buat macam tu. I'm so sorry." Flora menunduk tanda dia sungguh menyesal dengan apa yang dia buat.

ANDA SEDANG MEMBACA
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『????? ??????? ??????』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...