"Tak nak." Buku nota disumbat ke bawah laci. Tak nak, dia tak nak. Dia serik dan dia malas! Dia serabut! Dia menyampah dengan semua orang yang berlagak macam mereka itu anak sultan.
Tiba-tiba, mejanya diketuk dengan pensel. Adam mengerling memandang sebelah. Senyuman Tiara terukir indah di bibir.
"Adam."
.
.
ADAM merengus kasar. Wajah ceria rakan-rakannya yang sedang berjalan di depan, dipandangnya tanpa perasaan sebelum matanya teralih melihat pintu kafe yang tak jauh dari mereka. Kemudian, anak mata mengerling pula Tiara di sebelahnya. Sengihan tak pernah lekang dari bibir merahnya itu.
Ya, betul tu. Seperti biasa, Tiara berjaya memujuknya. Hanya dengan berwajah manis pula tu! Dengan guna senyuman yang comel itu, mana dia tak kalah. Kepala digeleng perlahan sambil jari naik menggaru kening.
"Asallah aku suka dekat perempuan ni," keluhnya perlahan. Memang salah diri sendiri juga sebab mudah jatuh suka pada perempuan yang sudah mula mempengaruhi setiap keputusannya. Dia orang yang berpendirian tetap tetapi bila berhadapan dengan perempuan ini, runtuh semuanya.
Tiara yang seperti terdengar sesuatu keluar dari mulut Adam, pantas menoleh. "Awak cakap apa, Adam?"
Tanpa memandang wajah gadis itu, Adam menggeleng kepala. Tak apa, kali ni dia mengalah. Kali ini saja dia menjejakkan kaki ke tempat durjana ini.
Sebaik sahaja mereka mengambil tempat di meja makan, mereka terus memaksa Adam untuk memesan makanan. Katanya, hater kafe ini kena pergi beli. Buat Adam jadi lagi benci pada kafe ini.
Namun, dia hanya menurut saja. Memang hari ini giliran dia untuk belikan makanan. Tujuan Nayli buatkan giliran itu sebenarnya kerana koperasi sekolah buat diskaun 20% untuk pembelian lebih dari 5. Tapi, itu koperasi. Bukan kafe! Mereka saja mahu buli dia sebenarnya. Serabut betul.
Adam melangkah ke kaunter pesanan sambil diekori Tiara dari belakang. Katanya, mahu tengok buku menu. Adam memandang gadis itu sekilas sebaik gadis itu berdiri di sebelahnya.
"Kau nak apa?"
Tiara merenung papan menu di hadapan. Dia berfikir sejenak. Sementara itu, Adam memesan makanan mereka yang lain.
"Kau jangan nak lama-lama. Cepat cakap." Adam beri amaran. Bukan dia tak kenal dengan budak ni. Kalau memilih tu, lama sungguh. Asyik dilema saja.
"Kejap... Awak ni tak pandai sabar ke?" Tiara larikan jari ke menu.
"Amboi?" Adam pandang jengkel. Pandai menjawab dah budak ni? Belajar dari siapa?
Tiara sengih sambil mengerling Adam. "Janganlah marah. Nak ni." Jari telunjuk menunjuk nama makanan itu.
Adam melihat nama pelik makanan yang dimahukan Tiara sebelum dia memesan makanan tersebut kepada pekerja di situ.
"Bukan kau selalu bawa bekal ke?" Soal Adam selepas membayar makanan mereka semua. Selalunya selepas ini mereka akan kira dan bayar semula.
"Saya nak makan ni. Terliur," jawab Tiara dengan wajah tak bersalah.
"Bekal bawa tak?"
"Bawa."
"Lepas tu? Habis ke? Membazir pula kalau tak habis."
"Awaklah yang habiskan."
Adam menjeling tajam. "Banyak cantik muka kau." Adam menyambut huluran baki duit dari pekerja itu. Satu alat bercahaya merah dihulur padanya. Alat itu akan berbunyi jika makanan mereka sudah siap.

ANDA SEDANG MEMBACA
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『????? ??????? ??????』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...
45 | YUNA
Mula dari awal