Adam mengeluh. Wajah sembap Flora dipandang tepat. Mahu atau tidak, dia perlu maafkan juga. Dia tidak suka berdendam. Memaafkan akan tenangkan hati dia yang dua tiga hari ini tersangat kacau.
"I nak berhenti jadi pelacur." Flora menyeka air matanya.
"Hari tu, I ada jumpa Tan Sri. Sebab nak minta pembelaan untuk you. I nak jelaskan hal sebenar supaya I dapat tebus balik semua yang I dah buat. Tapi..." Flora menunduk. Dia rasa malu. Dia sudah tidak mahu ingat lagi peristiwa yang rasanya sama seperti waktu pertama kali dia menyerahkan segalanya kepada pelanggan pertamanya pada umur 18 tahun.
Adam berkerut. "Kau jangan cakap yang dia..."
Flora mengangguk mengiyakan. Seperti tahu apa yang ada dalam fikiran Adam. Melihat reaksi Flora, mata Adam terus meluas. Ditegakkan badan dari terus bersandar.
"Without protection," sambung Flora lagi bersama esakan kecil.
Adam terpempan dan terkaku. Muka dan rambutnya terus diraup kasar sambil bibir beristighfar perlahan.
"Asal kau tak lari?" Serius Adam memandang Flora. Apa yang perempuan ini buat ketika itu? Serahkan begitu sajakah? Dia tahu ayahnya itu bukan jenis merogol. Bukan seperti Amdan. Jika perempuan itu tidak mahu, ayahnya tidak akan teruskan. Jadi, apa yang Flora lakukan sebagai perisai?
"Sebab I rasa itu sebagai hukuman untuk I sebab buat you macam tu. I nak tebus balik salah I pada you."
Adam bagaikan tak percaya dengan jawapan Flora.
"Kau tak perlu buat macam tu... Ya Allah." Rambutnya sudah kusut. Sama seperti fikirannya sekarang.
"Sekarang, macam mana? Aku pun tak tahu apa nak buat sekarang ni." Adam mengeluh. Menyusahkan sungguh! Sekarang otaknya pula perlu bekerja untuk fikirkan masalah yang baru muncul ini. Secara tak langsung dia rasa bersalah atas tindakan Flora ini.
"I dah fikir masak-masak. Lepas apa yang jadi, I don't want to be prostitute anymore. I akan lari dari sini, mulakan hidup baru. Kalau I mengandung pun..." Flora menahan air mata.
"I akan jaga anak ni. I takkan biarkan hidup dia jadi macam I."
"Aku tak tahu. Aku nak tolong kau pun, aku budak sekolah lagi. Nak suruh bapak aku tu bertanggungjawab, aku syorkan tak payah. Kalau kau mengandung, aku tak nak anak kau jadi macam aku. Apa yang kau tengok yang jadi pada aku malam tu, cuma sikit je."
Flora mengangguk. Dia pun tak mahu anaknya nanti didera dan diseksa di rumah itu. Lebih baik dia jaga sendiri.
"Tapi, I nak anak I jadi macam you. Baik dan mampu lindungi orang yang dia sayang. I kagum dengan you." Bukan dia tidak nampak bagaimana Adam masih mahu lindungi emaknya dari dihina biarpun keadaannya ketika itu teruk dibelasah. Dia mahu anaknya jadi seperti itu.
Adam menggeleng. "Aku rasa kau boleh makan apa-apa untuk elak dari mengandung. Entah, aku tak reti hal-hal macam ni. Kau tanyalah doktor ke sesiapa."
Flora menahan tawa melihat Adam. Macam dia pula yang mengandung.
"Okey, I akan cuba buat sedaya upaya I untuk elak dari pregnant. You doakan I."
Adam mengangguk. Dia berharap apa yang mereka fikirkan ini tidak akan berlaku. Susah kalau dah jadi. Memang sudah tak boleh diundur.
"I menyesal apa yang I dah buat, Adam," ujarnya perlahan. Entah kenapa dia mahu Adam tahu bahawa dia sudah lama mahu keluar dari ruang hitam yang menggelutnya selama ini.
"Baguslah kalau kau menyesal. Kau cuba berubah pelan-pelan. Aku akan doakan kau dari jauh."
Flora mengangguk. "Thank you, Adam. Thanks for everything. You maafkan I kan?"

ANDA SEDANG MEMBACA
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『????? ??????? ??????』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...
58 | TAKUT
Mula dari awal