[edited]
♪ ♬ Chapter Start ♬ ♪
Sedang mereka focus menyiapkan kerja yang Cikgu berikan, tiba - tiba loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun bermula.
Jinni menoleh ke belakang dan menyoal Bahiyyih "Hiyyih, kau nak rehat dengan kita orang tak?"
"Mesti lah nakk! Lagi pun aku tak ada kawan lain, malu la nk bercakap dengan dorang." balas Bahiyyih.
"Kau pemalu ke? Nampak macam tak." ujar Jungwon.
"Yelah! Dulu kat sekolah lama, aku tak ada ramai kawan. Ada sorang je, sebab aku betul - betul pemalu. Bercakap pun tak berani nak pandang mata." balas Hiyyih.
"Kau okay je aku tengok." balas Jinni.
"Sebab aku selesa dengan korang."
"Eh nak rehat ke tak ni? Jom la pergi kantin." ujar Sunoo sambil menarik ketiga temannya.
Mereka berjalan bersama - sama menuju ke kantin. Disitu, Hiyyih dan Jinni berjalan di antara Jungwon dan Sunoo.
"Korang memang sebelum ada aku pun Jinni jalan tengah eh?" soal Hiyyih
"Haah, supaya bila dia cakap kita orang akan dengar and dia tak rasa diketepikan." ujar Sunoo.
"Ohh, kira Princess lah ni?" balas Hiyyih sambil menolak sedikit bahu Jinni, sengaja mengusik.
Jinni pun tersenyum malu.
Jungwon yang melihat Jinni tersenyum, mula tersenyum nipis melihat kecomelannya. Kalau lah aku boleh bagi tahu yang aku suka dia...
Jinni yang perasan Jungwon berdiam dan sedikit menundukkan kepala mula pelik "Jungwon, kau kenapa diam je? Selalu paling excited bila ada murid baru." soal Jinni.
"Tak ada lah, rasa macam tak sedap badan je." balas Jungwon. Aku diam fikirkan kau lah, tu pun nak kena bagi tahu ke?
"Kau sakit ke? Pergi lah balik kalau sakit, nanti pengsan ke apa ke. Nak aku hantarkan ubat ke nanti?Or pergi beli sama - sama?" balas Jinni nada risau.
"Halah sakit sikit je pun, nanti elok lah tu. Tak yah lah risau macam tu sekali." ujar Jungwon tersenyum sambil mengusap kepala Jinni. Cute sangat lah kau ni.
"Korang ni couple jelah, tak baik sweet - sweet depan orang single." ujar Sunoo
"Lahh!" balas Jinni dan Jungwon bersamaan.
"Tengok, cakap pun serentak. Tak sangka pula baru pindah sekolah kena tengok orang sweet - sweet." ujar Hiyyih nada mengejek lagi.
"Dah lah, kita berdua ni single nak buat macam mana." balas Sunoo
"Jom lah couple kalau macam tu... ehh?" ujar Hiyyih dalam hati.
Habis waktu rehat, mereka pun belajar seperti biasa dan tanpa sedar loceng berbunyi lagi sekali menandakan waktu balik sekolah.
Sunoo menoleh kebelakang dan bertanya "Kau balik dengan siapa? Rumah kau kat mana? Senang kalau kau tak ada orang nak hantar balik, kita orang ada." ujar Sunoo kepada Hiyyih.
"Haah lah, abang aku tak boleh nak ambil aku hari ni!" balas Hiyyih. Sebenarnya, dia boleh sahaja meminta driver nya mengambilnya, tetapi Hiyyih ingin Sunoo mengantarnya pulang.
"Ha, balik dengan aku jelah." ujar Sunoo
"Okay, bye Jinni, Jungwon!" ujar Hiyyih.
"Byeee!!" balas Jinni dan Jungwon bersamaan sambil melambai.

ANDA SEDANG MEMBACA
I'M SORRY - ??
Teen Fiction[ Enhypen's 1st Fanfiction ] ~ yang jungwon, enhypen STARTED: 21032022 CURRENT STATUS: COMPLETED ENDED: 23122022 Menceritakan tentang kisah persahabatan antara Yoon Jinni dan Yang Jungwon pada zaman persekolahan yang berakhir menjadi kisah cinta yan...