抖阴社区

Twenty Two - Mom

32 5 1
                                    

♪ ♬ Chapter Start ♬ ♪

"You're actually loving Haruto because of looks. Jungwon was the one you truly love, not that fucking Haruto."

Kata - kata Jaehyuk itu terus bermain - main di dalam fikirannya hingga ia tidak sedar bahawa Cikgu Mina sedang memanggilnya.

"Jinnii... JINNIII !!" jerit Cikgu Mina.

"Ehh? Sorry cikgu." ujar Jinni selepas sedar dari lamunannya.

"Awak dengar tak apa yang saya ajar? Cuba ulang balik!" ujar Cikgu Mina dengan tegas.

"Sorry, cikgu." balas Jinni sambil menundukkan kepalanya.

"Disebabkan kali pertama awak macam ni, saya lepaskan awak kali ni... Tapi balik nanti jumpa saya di bilik guru." ujar Cikgu Mina.

"Baik, cikgu."

Loceng pun berbunyi, Jinni mengemas barang - barangnya lalu menuju ke bilik guru untuk bertemu dengan Cikgu Mina.

"Oh, dah sampai." ujar Cikgu Mina melihat Jinni sedang berjalan ke arahnya.

"Maaf cikgu sebab tak focus dalam kelas tadi." ujar Jinni.

"Saya bukan nak marah awak sebab tu, saya perasan dari awal kelas lagi awak tak senyum langsung, banyak tunduk, mengelamun. Mata awak pun nampak macam bengkak dan lesu. Awak ada masalah ke? Awak boleh cerita kat saya. Selama saya mengajar awak, awak tak pernah macam ni, awak selalu focus dalam kelas. Tapi lepas je Jungwon dengan Sunoo pindah, awak berubah jadi pendiam balik macam dulu. Kalau awak ada masalah dengan Jungwon, please jangan sampai jejaskan pelajaran awak. Ni tahun terakhir awak. Awak juga harapan sekolah kita tahun ni. Saya cakap ni untuk kebaikan awak juga. Belajar elok - elok, jangan banyak stress!" ujar Cikgu Mina panjang lebar.

"Baik, cikgu. Saya minta diri dulu ye." balas Jinni berusaha menahan air matanya dari mengalir.

"Kalau awak nak nangis, nangis je. Jangan tahan. Dengan cara mengangis pun boleh legakan hati." ujar Cikgu Mina.

Jinni sudah tidak boleh menahan air matanya. Ia menangis di hadapan Cikgu Mina. Dia bernasib baik tiada guru lain yang berdekatan dengan mereka. Cikgu Mina memberikan tisu kepada Jinni.

"Terima kasih, Cikgu." ujar Jinni.

"Tak ada apalah, saya sebagai cikgu hanya lakukan apa yang patut saya lakukan untuk murid - murid saya." balas Cikgu Mina.

"Awak selalu balik dengan Jungwon kan? Sekarang siapa yang hantar awak balik?" soal Cikgu Mina.

"Hm, driver saya ambil cuti seminggu. So, abang saya yang kena ambil, tapi dia terlalu busy dengan assignment. Saya balik naik grab jelah." balas Jinni.

"Tak apa lah, minggu ni saya hantarkan awak balik, tak elok balik naik grab ni. Takut apa - apa jadi." ujar Cikgu Mina.

"Tak apa lah, susah - susah je." balas Jinni.

"Tak apa, anggap je saya ni macam mak awak." balas Cikgu Mina sambil mengusap kepala Jinni.

Jinni adalah murid kesayangan Cikgu Mina. Cikgu Mina sudah berkahwin tetapi tiada rezeki untuk mempunyai anak. Dia sangat menyukai budak, oleh itu ia sangat menyayangi murid - muridnya seperti anaknya sendiri. Dulu, ia berkawan baik dengan Ibu Jinni. Disebabkan itu, dia tahu tentang keluarga Jinni dan lebih mengambil berat terhadapnya. Dia hanya ingin memastikan Jinni merasakan rasa kasih sayang seorang ibu tetapi melihat cara Jungwon dan Sunoo menjaganya, ia berfikir bahawa itu sudah cukup. Selepas Jungwon dan Sunoo pindah ke America, dia mula berfikir bahawa sudah masanya untuk dia menjaga Jinni pula.

I'M SORRY - ??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang