抖阴社区

Four - Rest

69 8 1
                                    

[edited]

♪ ♬ Chapter Start ♬ ♪

Mereka sedang berada di dalam bilik Doctor Heeseung, iaitu Uncle kepada Jungwon.

"Pergelangan kaki Jinni terseliuh ni. Uncle ambil ubat untuk Jinni sekejap. Jinni rehat lah dulu baring kat situ." ujar Heeseung

Jungwon hanya melihat Heeseung keluar dari bilik itu dari sofa. "Kau rehat lah kat situ dulu, aku nak baring kat sini." ujar Jungwon kepada Jinni.

"Okay." balas Jinni.

Beberapa minit kemudian Heeseung sampai dengan membawa ubat dan kerusi roda.

"Kerusi roda tu untuk apa?" soal Jungwon.

"Nanti nak balik tak kan kau nak angkat Jinni sampai ke kereta." balas Heeseung.

"Oh, tu ubat sapu ke tu?" soal Jungwon.

"Haah, kalau nak cepat elok tu kena lah urut hari - hari. Masa urut tu sapu lah ubat ni. Sebab kaki Jinni terseliuh biasa, tak ada yang teruk. So, ubat sapu macam ni je kena letak." balas Heeseung.

"Berapa lama nak elok kaki Jinni?" soal Jungwon lagi.

"Seminggu lah paling lama, kalau hari - hari urut cepat sikit elok." jawab Heeseung dan dibalas anggukkan oleh Jinni dan Jungwon.

"Korang nak rehat dulu kat sini ke nak balik terus?" soal Heeseung.

"Balik terus lah, sebab nak tidur terus kat rumah nanti." jawab Jinni.

"Okay lah. Jungwon tolong Jinni naik kerusi roda tu. Bawa balik elok - elok! Kau jangan bawa laju macam nak pergi racing pula!" ujar Heeseung.

"Jungwon tahu lah nak jaga anak orang! Jangan risau lah." jawab Jungwon.

"Okay lah, Uncle pergi dulu. Bye Jinnie, Wonnie!" ujar Heeseung sambil melambai keluar dari bilik.

"Dah, jom aku hantar kau balik." ujar Jungwon yang hanya dibalas anggukkan oleh Jinni.

♪ ♬ Time Skip ♬ ♪

"Weh, kenapa diam je dari tadi?" soal Jungwon

"Aku penat lah, mengantuk lagi." balas Jinni

"Okay lah." jawab Jungwon sambil mengangguk.

♪ ♬ Time Skip ♬ ♪

"Weh, dah sampai dah ni... Eh? Lah, tidur. Tidur pun comel eh kau ni." ujar Jungwon. Kesian pula nak bangunkan dia, aku angkat jelah.

Jungwon teringat bahawa kunci rumah Jinni berada di dalam beg sekolah Jinni. Tetapi, nasib baik dia mempunyai kunci rumah spare yang Jinni beri dahulu di dalam keretanya. Jungwon, Jinni dan Sunoo sudah berkawan lama, mereka sudah mempercayai antara satu sama lain. Jungwon dan Sunoo mempunyai kunci spare rumah Jinni di dalam kereta mereka kerana kadang - kadang Jinni terlupa membawa kunci rumahnya sendiri. Jinni juga tahu code password apartment Jungwon dan Sunoo iaitu birthday Jinni sendiri, 2710.

Jungwon mengambil kunci spare itu lalu mendukung Jinni membawanya masuk kedalam rumah. Dia membuka pintu bilik Jinni dan meletakkan Jinni ke atas katil. Comel je dia tidur.

Jungwon pergi ke sebuah bilik yang terletak di sebelah bilik Jinni. Itu adalah bilik kosong tetapi memandangkan tiada siapa menggunakannya, bilik itu dipenuhi dengan barangan Jungwon dan Sunoo. Mereka selalu tidur disitu kerana Jaehyuk selalu mengajak mereka bermain game atau menonton movie bersama Jinni.

I'M SORRY - ??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang