抖阴社区

Three - I Like Him ?

68 6 0
                                    

[edited]

♪ ♬ Chapter Start ♬ ♪

Semua murid di dalam kelas sedang berbual - bual sambil menunggu Cikgu Mina sampai. Tiba - tiba, Cikgu Yujin masuk ke dalam kelas.

"Okay kelas, hari ni kamu semua akan dibahagikan kepada dua kumpulan, saya akan sebutkan nama - nama murid di dalam group A dan group B, murid group B akan ke library bersama Cikgu Mina dan murid group A di bilik muzik bersama saya." ujar Cikgu Yujin.

Cikgu Yujin menyebutkan nama - nama murid kumpulan A dan B satu persatu. Hasilnya, Jungwon dan Jinni berada di dalam kumpulan A manakala Sunoo dan Hiyyih berada di dalam kumpulan B.

"Jungwon, Jinni! nanti jumpa kat kantin lepas habis kelas." ujar Hiyyih.

"Okay! " balas Jungwon dan Jinni.

Mereka pun berpisah ke bilik khas yang sudah diberitahu oleh Cikgu Yujin tadi.

Saat Cikgu Yujin sedang mengajar, Jinni kelihatan tidak focus kerana masih memikirkan tentang perasaannya terhadap Jungwon.

Jungwon perasan akan Jinni yang hilang focus mula bertanya. "Kau kenapa ni? Macam fikir banyak benda je."

"Aku masih tengah nak fahamkan apa yang kau cakap semalam, sampai tak boleh focus." jawab Jinni. Aku ni memang betul - betul suka Jungwon ke? Kenapa aku tiba - tiba makin gugup bila bercakap dengan dia sekarang ni?

Selepas kelas tamat, mereka pun turun tangga untuk ke kantin. Tiba - tiba, kaki Jinni terpijak kain nya dan terjatuh. Jungwon cuba untuk memegang tangan Jinni supaya dia tidak terjatuh, tetapi terlepas. Jungwon membawa Jinni ke Bilik Kesihatan dan mengubati luka di lutut Jinni.

Jungwon sudah memberitahu tentang Jinni kepada Sunoo dan Hiyyih. Selepas beberapa minit mereka pun sampai.

"Kenapa dengan Jinni?" soal Sunoo

"Aku tengah turun tangga, terpijak kain. Tu yang jatuh." balas Jinni

"Kau kenapa tak tolong tarik dia ke apa?" soal Hiyyih kepada Jungwon.

"Aku mesti lah tolong! Tapi masalahnya terlepas." balas Jungwon

"Dah lah, sikit je ni. Tak ada patah apa - apa kan?" soal Sunoo

"Halah, lutut luka sikit je sebab tahan guna lutut tadi, lebih - lebih je korang." balas Jinni. Masalahnya sebelum tahan guna lutut tu aku dah berguling dulu kat atas, tapi tak nak dorang risau je.

"Sebab aku sayang kau lah aku risau!" ujar Hiyyih

"Sayang juga kau kat aku eh." balas Jinni tersenyum.

"Memang lah! Tak kan lah aku tak sayang bestfriend aku ni." ujar Hiyyih sambil memeluk Jinni.

Jungwon dan Sunoo tersenyum melihat kedua kawan baiknya berpelukan dan agak bersyukur kerana Jinni bertemu kawan baru yang sangat menyayanginya selain mereka.

Jinni melihat Jungwon yang sedang tersenyum itu pun blush tambahan dengan dimple nya yang comel itu membuatkan dia semakin blush.

"Jom masuk kelas. Nanti kena marah dengan cikgu." ujar Jungwon dan dibalas anggukkan dari yang lain.

"Kau boleh jalan tak Jinni?" soal Hiyyih.

"Boleh, luka sikit je ni." balas Jinni sambil cuba untuk berjalan. Malangnya dia tidak boleh berjalan dengan betul, kaki sebelahnya harus diseret. Sebenarnya kakinya sangat sakit tapi dia cuba untuk kuatkan diri dan tahan sakit itu dan cuba berjalan. Sekurang - kurangnya mereka lihat dia masih boleh berjalan.

Jungwon yang melihat Jinni seperti separuh nyawa menahan sakit kaki nya supaya kawannya tidak risau pun membuka suara "Kau ni tak boleh jalan, aku hantar balik jelah."

"Kelas macam mana?" soal Jinni.

"Tak apa lah, sehari tak masuk kelas bukannya boleh jadi bodoh setahun! Aku nak minta izin kat Cikgu Mina sekejap. Sunoo dengan Hiyyih pergi lah balik kelas dulu." ujar Jungwon.

"Jaga Jinni elok - elok, kalau apa - apa jadi kat dia, aku sepak kau!" ujar Hiyyih kepada Jungwon.

"Aku tahu lah, fikir aku ni tak pandai jaga anak orang ke!" jawab Jungwon.

Sunoo dan Hiyyih pun keluar dari Bilik Kesihatan, meninggalkan Jinni dan Jungwon berdua. Jinni hanya membaringkan badannya manakala Jungwon mengeluarkan phone nya untuk message Cikgu Mina.

Cikgu Mina

Cikgu, saya nak izin balik dengan
Jinni boleh tak? Dia jatuh tangga tadi.

Teruk ke tu?

Ada luka sikit kat lutut, tapi
dia tak boleh jalan elok - elok
Kaki sebelah dia kena seret.

Bawak pergi Hospital lah, takut
apa - apa teruk jadi.

Kalau macam tu, saya hantar dia
pergi Hospital dulu lah baru hantar
dia balik.

Okayy, Hati - hati ya.

Baik, Cikgu.

Jungwon teringat bahawa beg nya dan Jinni berada di kelas. Dia terus menekan contact bernama Ddeonnu.

Ddeonnu

Weh, nanti bawak beg aku dengan
Jinni ke rumah Jinni tau.

Okayy.

Jungwon menyimpan phone nya lalu melihat kearah Jinni "Jom balik, aku dah tanya Cikgu Mina, dia bagi balik."

Jinni cuba untuk berjalan lagi dan hampir terjatuh. Kali ini dia tidak terjatuh kerana Jungwon sempat memegangnya. Mereka eye contact selama beberapa saat.

Jungwon yang tersedar itu pun berdehem. "Ekhem, nak balik ke tak ni?"

"Macam mana nak balik kalau kaki aku macam ni!" jawab Jinni.

"Sini lah aku dukung. Kalau kau nak aku dukung tu, cakap je lah. Tak payah buat - buat jatuh." ujar Jungwon.

"Heh! tak ingin aku!" jawab Jinni. Tapi, kalau kau nak dukung apa salahnya.

Jungwon buat - buat tidak mendengarkan Jinni dan terus mengangkatnya.

"Woi, terkejut aku!" ujar Jinni terkejut.

"Diam sebelum aku jatuhkan kau!" balas Jungwon.

Jinni pun diam memandang ke tempat lain. Beberapa saat selepas itu dia toleh semula memandang muka Jungwon. Kenapalah kau ni comel sangat.

Jungwon perasan bahawa Jinni memandang mukanya. "Aku tahu lah aku ni handsome, tak payah lah pandang lama - lama."

Jinni terus memandang ke tempat lain sekali lagi. Dia ni kadang - kadang annoying, rasa macam nak sepak je! Tapi aku sayang. Hm... aku betul - betul suka dia ke?

Jungwon hanya tersenyum melihat tingkah laku Jinni yang comel itu. Comel betul lah kau ni, macam mana aku tak sayang? Patut ke aku confess? Kalau dia reject, nanti jadi awkward pula. Macam Si Senah kena reject dengan Si Leman. Kesian aku tengok, dulu elok je kawan baik sekarang dah tak bercakap dah.

♪ ♬ Chapter End ♬ ♪

I'M SORRY - ??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang