♪ ♬ Chapter Start ♬ ♪
Jinni sedang berada di meja kerjanya sambil termenung memikirkan cara untuk meminta Jungwon menghantarnya kerumah.
Dia takut Jungwon tidak mahu menghantarnya pulang tetapi siapa lagi yang boleh menghantarnya pulang? Sunghoon sudah pulang ke rumah dan tinggal hanya beberapa orang pekerja yang belum balik. Semuanya pekerja yang ia tidak kenali.
Dia nekad untuk pergi ke ruangan Jungwon. Jungwon mempunyai ruangannya sendiri tetapi lebih kecil dari ruangan Jihoon.
Dia berjalan ke arah ruangan Jungwon lalu mengetuk pintu tersebut.
"Masuk."
Jinni menolak pintu itu lalu masuk ke dalam ruangan tersebut.
"Hm, kenapa?" soal Jungwon tanpa mengalihkan pandangannya dari dokumen - dokumen yang sedang ia siapkan.
"Sorry, tapi kalau kau okay aku nak minta tolong kau hantarkan aku balik rumah. Boleh ke? Kalau tak, tak apa aku balik sendiri."
"Uncle Yeonjun?" soal Jungwon seperti tidak mengetahui apa - apa. Pastinya dia sudah tahu kerana ia mendengar perbualan Jinni bersama keluarganya yang lain tadi, tetapi dia hanya ingin melihat Jinni panik.
"Emm... Papa tak boleh nak hantar balik... dia masih ada kerja." ujar Jinni sambil melihat ke bawah, tidak berani memandang matanya.
"Jae, Jeongwoo, Jay, Riki?" soal Jungwon lagi.
"Emm... dorang ada hal dorang sendiri."
"Sunghoon?"
"Dia dah balik... aku tak nak susahkan orang, ni first day aku kat sini."
"Habis, tak fikir ke kau menyusahkan aku juga?" soal Jungwon lagi yang membuatkan Jinni terdiam.
"Kalau aku menyusahkan kau tak apa, aku balik sendiri je. Sorry ganggu kau." Jinni ingin keluar dari ruangan itu tetapi dihentikan oleh Jungwon.
"Kejap, tunggu aku kemas barang - barang aku dulu. Aku tak ada lah jahat sangat nak biarkan perempuan balik sendiri lewat - lewat macam ni."
♪ ♬ Time Skip ♬ ♪
Mereka sedang berada di dalam kereta Jungwon. Tiada siapa yang memulakan perbualan, hanya sunyi sepi. Jinni memberanikan diri memulakan perbualan.
"Emm... aku nak cakap something..."
"Apa?" Jungwon tertanya - tanya apa yang ingin Jinni sampaikan.
"Emm... aku nak minta maaf lepas apa yang jadi selama ni. Aku tahu susah untuk kau maafkan aku, tak apa aku faham. Aku tak kesah kau nak marah aku ke, maki aku ke, aku tak kesah. Aku tahu aku patut kena."
Namun, tiada balasan dari Jungwon. Dia berfikir sama ada dia patut memaafkan Jinni ataupun tidak. Dia perlukan masa untuk memikirkan tentang hal ini.
"Jungwon? Kalau kau tak maafkan aku tak apa, aku tak minta kau maafkan aku sekarang pun. Aku just-"
"Boleh tak jangan cakap pasal ni? Aku serabut lah!"
"Sorry."
Keadaan menjadi sunyi kembali. Jinni tidak berani mengatakan apa - apa dan Jungwon tidak tahu ingin memaafkan Jinni atau tidak.
Selepas lama berdiam, Jinni membuat keputusan untuk mengeluarkan headphone nya lalu membuka playlist yang sudah bertahun ia guna.
Jungwon senyap - senyap melihat playlist yang Jinni guna. Dia merasa seperti tidak asing dengan playlist tersebut.
"Playlist tu... bukan ke playlist yang aku buat dulu?" soal Jungwon di dalam hati. Dia yakin bahawa itu benar - benar playlist yang dia pernah buatkan untuk Jinni. Tetapi, dia berfikir bahawa itu hanya kebetulan dan membuat keputusan untuk tidak memikirkannya lagi.
♪ ♬ Time Skip ♬ ♪
Jungwon berhenti di hadapan rumah Jinni. Ia ingin memanggil Jinni yang sedang tidur tetapi dia mengambil kesempatan ini untuk melihat wajah Jinni yang sudah lama dia rindukan.
Ini kali pertama dia melihat wajah Jinni sedekat ini selepas dia pindah ke America. Jujur, dia memang merindukan Jinni. Dia hanya melawan rasa rindunya selama ini kerana hatinya terlalu sakit.
Ia menghentikan lamunannya dan terus memanggil Jinni. Jinni pun terbangun melihat dia sudah berada di hadapan rumahnya.
Sebelum ia keluar dari kereta, dia mengucapkan terima kasih lalu melambai ke arah Jungwon.
*Jungwon POV*
Selepas Jinni hilang dari pandangannya, ia mengeluarkan phone menekan nombor ayahnya, Jihoon.
"Papa, Jungwon lupa nak bagi tahu yang harini Jungwon sleepover kat rumah Sunoo."
"Ye, tadi Sunoo dah bagi tahu."
"Okay lah, bye. Jungwon nak otw pergi rumah Sunoo."
"Aik, baru nak balik ke? Banyak sangat ke kerja tadi?"
"Tak, tadi Jinni minta tolong Jungwon hantarkan dia balik. Mula - mula ingat tak nak hantarkan tapi dah malam, bahaya."
"Bahaya ke sebab..."
"Yelah bahaya. Okay lah Pa, byee!"
Jungwon mematikan call nya bersama Jihoon. Dia terus melajukan keretanya menuju ke rumah Sunoo.
♪ ♬ Time Skip ♬ ♪
"Apa news yang macam penting sangat ni? Kau dah jumpa crush ke?" soal Sunoo tertanya-tanya apabila Jungwon tiba-tiba ingin sleepover di rumahnya mengatakan dia mempunyai berita baharu.
Sunoo yang selalunya paling laju bab - bab yang melibatkan gosip, pastilah ingin mengetahui berita tersebut.
"Jinni kerja kat company ayah aku." ujar Jungwon membuatkan mata Sunoo terbeliak.
"Whatt?!! Jinnii?!! Okay, explain."
"Jinni dengan family dia, sekali dengan Jeongwoo, Jay dengan Riki pindah sini. Ayah aku ambil Jinni kerja situ sebab dia kan memang bidang designer macam aku. Tapi ayah aku terlupa pasal aku dengan Jinni. Tadi ayah aku minta maaf and dia tak boleh nak ubah dah. Aku pun tak boleh buat apa. Ayah aku letak dia kat sebelah Sunghoon and even baru first day, dorang dah rapat gila. Jujurlah, aku jealous! Ayah aku pula suka ship kan dorang berdua. Ayah dia pun cakap yang Sunghoon tu pass type dia untuk Jinni. Aku macam... Aku benci dia tapi aku jealous bila dia dengan orang lain. Tadi jumpa dengan dia kat cafe, aku ada lah tanya - tanya sikit. Kau tahu lah kan, banyak benda aku tertanya - tanya pasal dia. Lepastu, Sunghoon masuk mula lah dia nak buatkan Sunghoon air bagai. Sunghoon pula tanya - tanya aku pasal Jinni. Dia cakap dia nak tahu pasal Jinni lagi. Sebelum aku datang sini, aku hantarkan dia balik rumah sebab family dia tak boleh ambil dia harini. Aku nampak macam dia guna playlist yang aku buatkan untuk dia dulu, tapi maybe tak. Then, dia minta maaf kat aku pasal dulu tu. Dia cakap, kalau aku tak maafkan dia tak apa dia faham and dia memang patut kena macam tu. Aku tak tahu nak maafkan dia ke tak, aku perlukan masa. AKU STRESS, AKU NAK BENCI DIA TAPI AKU TAK BOLEH!" jelas Jungwon panjang lebar. Tiada rahsia antara mereka berdua, mereka pasti akan meluahkan semua masalah mereka tanpa merahsiakan satupun.
"Okay, chill. First of all, aku nampak yang kau memang tak move on lagi. Kau just paksa diri kau untuk benci dia but hati kau still untuk dia. And it's up for you nak maafkan dia ke tak. Pasal Sunghoon i don't think people can love someone that easily. You can continue hate her or forgive her. Kau yang kena buat keputusan sendiri tapi jangan berharap yang dia still suka kau, maybe dia just rasa bersalah. Yang pasal Uncle Yeonjun cakap Sunghoon pass type dia untuk Jinni tu kan, idk lah aku rasa kau lagi sesuai HAHAHAHA."
"I mean, ikr? Aku lagi better HAHAHAHA."
♪ ♬ Chapter End ♬ ♪

ANDA SEDANG MEMBACA
I'M SORRY - ??
Teen Fiction[ Enhypen's 1st Fanfiction ] ~ yang jungwon, enhypen STARTED: 21032022 CURRENT STATUS: COMPLETED ENDED: 23122022 Menceritakan tentang kisah persahabatan antara Yoon Jinni dan Yang Jungwon pada zaman persekolahan yang berakhir menjadi kisah cinta yan...