抖阴社区

Twenty Seven - Jealousy

35 4 0
                                    

♪ ♬ Chapter Start ♬ ♪

Jinni sedang berada di dalam Cafe di office nya untuk membuat kopi. Dia minum sambil termenung.

"Patut tak aku tanya Papa kenapa dia hantar aku kat sini? Haih, buat tak tahu jelah."

"Tapi, macam mana kalau terserempak dengan dia? Tak nak lah!"

Tiba - tiba Jungwon masuk ke dalam Cafe tersebut.

"Kenapa dia ni ada kat sini pula!" ujar Jungwon di dalam hati.

Jinni hanya duduk di meja kecil yang tersedia di dalam cafe itu sambil melihat ke arah dinding, menutup mukanya.

Jungwon duduk di meja sebelah Jinni.

"Happy ke kau tak ada aku?" soal Jungwon secara tiba - tiba yang membuatkan Jinni terkejut.

"Entah lah, okay je kot?" balas Jinni. Dia memang tidak baik - baik sahaja selama ini disebabkan rasa bersalahnya kepada Jungwon. Tapi dia tidak ingin Jungwon mengetahuinya.

"Happy ke dengan Haruto kau?" soal Jungwon lagi.

"Macam tu lah." ujar Jinni tanpa memberikan apa - apa reaksi. Tapi, dia agak sedih mengingat masa - masa dimana dia masih bersama Haruto. Dia bersusah payah untuk cuba mencintai Haruto tapi tidak ada apa yang berlaku. Haruto juga memang tidak menyayanginya dan curang. Untungnya, Jeongwoo datang memberitahu Jinni sebab mengapa Haruto melakukan seperti itu kepadanya. Dia amat bersyukur sudah berjumpa dengan Jeongwoo, Jay dan Riki yang banyak menjaganya.

"Macam tu lah?" soal Jungwon. Dia tidak faham dengan apa yang Jinni katakan. Jinni juga memberikan raut wajah yang sangat tidak ia fahami. Seperti sedih tapi seperti tidak? Jungwon juga tidak mampu memahaminya. Tapi Jungwon pasti ada yang berlaku di antara Jinni dan Haruto.

"Boleh tak stop cakap pasal dia? Aku serabut lah." balas Jinni. Dia tidak ingin mengingat semula semua yang telah berlaku.

"Aku ada nampak post graduation kau dulu, kenapa ada Jeongwoo, Jay dengan Riki?" soal Jungwon. Dia sangat ingin tahu tentang itu.

"Jeongwoo yang selama ni banyak tolong aku, Jay dengan Riki tu rapat lepas tangkap gambar time graduation tu." ujar Jinni. Dia tidak tahu mengapa Jungwon menanyakan banyak soalan kepadanya.

"Jeongwoo, Jay dengan Riki ada kat sini duduk satu rumah dengan family aku." ujar Jinni.

"Dorang kerja kat mana?" soal Jungwon.

"Kat company Papa lah!" balas Jinni.

"Kenapa kau kat sini?" soal Jungwon.

"Dah aku sorang je bidang designer, yang lain business." balas Jinni.

Tanpa mereka sedar, Jihoon dan Sunghoon sedang memerhatikan mereka dari CCTV.

"Dah boleh pergi dah tu, Sunghoon. Buat Jungwon jealous tau, Uncle tengok reaction Jungwon dari sini." ujar Jihoon.

"Okay, Uncle." balas Sunghoon sebelum keluar dari bilik CCTV itu.

♪ ♬ Time Skip ♬ ♪

I'M SORRY - ??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang