抖阴社区

PROLOG

9.6K 303 7
                                    

"Tolong! Tolong!" Kaki berlari pantas masuk ke hutan. Jalan yang gelap membuatkan Leora sesat. Hutan yang tebal dengan semak samun. Kepala dipusing melihat kebelakang. Dia!

"Lari Leora, lari selagi boleh!" Lelaki itu wajahnya tidak jelas, namun Leora masih boleh melihat dia tersenyum sinis.

"Lari my supernova, kalau aku dapat tangkap kau, aku kurung sampai bila bila," Lelaki itu memusingkan badan, dan menaiki motor berkuasa tinggi

Tercungap cungap Leora mencari nafas. Kaki berlari lagi mencari jalan besar. Mata Leora samar melihat jalan raya besar. Senyuman dilakar. Dia selamat!

Leora berlari lagi dengan niat mahu berhentikan kereta. Dia mahu meminta tolong.

"Berhenti!" Leora menahan kereta Mercedes hitam yang lalu di jalan raya besar itu. Tangan mengetuk tingkap pemandu. Cermin kereta diturunkan

"Tolong saya! Ada.. ada orang kejar saya!" Lelaki yang memandu kereta itu mengangkat kening tinggi. Diajak Leora untuk masuk.

"Minum air dulu," Leora mengambil air botol mineral dari tangan lelaki itu. Diteguk kasar melegakan tekak yang sememangnya kering.

Dalam diam lelaki itu tersenyum miring. Kepala Leora pening. Dia melihat kawasan disekeliling nya berpusing.

"A-ap-a.. k-au.." Lelaki itu memandangnya sinis. Leora mula menutup mata. Dadah mula menguasai dirinya.

"Tuan," Pemandu kereta tersebut menundukkan sedikit badan kepada Tuan Muda nya.

Pintu kereta Mercedes hitam dibuka kasar. Senyuman ditarik sinis melihat Leora yang tidak menyedarkan diri.

"Sekejapnya lari, tak sempat nak rindu." Bisik lelaki itu dengan nada mengejek. Bibir dicebikkan. Tubuh kecil Leora diangkat masuk ke dalam rumah agam besar.

"Ikut sesuai perjanjian. Aku cuma mahu bagi kau 'penghargaan' je," Tubuh kecil itu dilemparkan ke atas katil.

Baju yang dipakai pada badan sasanya dibuka. Panas. Penghawa dingin dibuka suhu 25 darjah.

Leora diselimutkan dengan duvet tebal. Badan berbaring disebelah gadis kesayangan. Rambut ikal perang gadis itu diusap.

"Tunggu esok ye, my nova?"

My Supernova [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang