抖阴社区

BAB 14

4.2K 201 7
                                    

Leora baring melintang menghadap syiling biliknya. Mata masih tidak mengantuk. Dia mengereng ke kanan dan kiri, mata tidak dapat terkatup juga. Perutnya mula berkeroncong menandakan dirinya lapar.

Kaki berjalan ke arah dapur. Melihat bahan masakan segera.

"Makan mee segera ajelah," Guman Leora bersendirian. Tangan dengan pantas memasukkan bahan kedalam kuali.

Tidak sampai 15 minit, makanannya sudah siap. Leora mula menyuap makanan masuk ke dalam perut.

Matanya memandang layar skrin telefon yang menyiarkan cerita Kdrama.

Kadang dia ketawa, kadang sedih dan kadangkala juga tersenyum sendirian akibat menonton Kdrama.

Selesai sahaja siap makan, Leora bergerak untuk basuh peralatan yang dia sudah guna tika masak tadi.

Baru sahaja dia mahu naik ke bilik, matanya terarah kepada tingkap rumahnya.

"Aku tak tutup ke?" Leora memandang tingkap itu dengan kerutan di dahi. Pelik! Sangat pelik!

Pap!

Leora memandang ke arah datangnya bunyi itu. Peti sejuk rumahnya. Sticky note yang ditinggalkan seseorang.

"Im sorry im scared you, my love. And yes, kau tak lupa tutup pun tingkap tu."

Jatungnya kini berdegup laju. Kaki berlari naik ke bilik bersama telefon di tangan. Dia takut!

Leora terus menyelubungi dirinya dengan selimut. Perasaan takut mula hadir dalam dirinya.

Mata dipejam ingin melupakan hal sebentar tadi. Fikirannya masih bercelaru.

TING!

Telefon milik Leora bergetar menandakan ada mesej masuk. Dia membuka mesej tersebut, dari Ayyen.

"Leora? Kau okay, tak? Dah balik?"

Baru sahaja Leora membaca pesanan itu, telefonnya bergetar lagi. Panggilan suara dari Ayyen. Butang hijau ditekan.

"Assalamualaikum, Leora? Kau okey, tak? Dah sampai rumah?" Soal Ayyen bertubi-tubi. Jelas suara Ayyen risau akan dirinya. Leora diam sebentar.

"Waalaikumsalam, ustaz Ayyen. Aku okey je, dah balik pun," Balas Leora dengan tertawa kecil. Sempat dia mengusik Ayyen.

"Amboi usik aku ye? Suka sangat lah tu," Tutur Ayyen dengan gelengan. Kadang dia juga lucu melihat perangai Leora yang sentiasa mengusik dirinya.

Leora tertawa riang. Fikirannya hilang sudah tentang lelaki misteri tadi kini, hanya dipenuhi dengan gelak tawa.

"Kau dekat mana?" Soal Leora setelah penat dengan ketawa nya. Berbalik pula tentang Ayyen. Ayyen mengertap bibir.

"Kampung," Balas Ayyen ringkas. Niat hatinya tidak mahu Leora risau akan dirinya. "Kampung?! Kampung kau jauh, ada apa berlaku ke?" Soal Leora cemas.

Ayyen menghela nafas. "Ayah aku sakit, tenat." Balas Ayyen dengan nada yang kendur. Berita itu membuatkan Leora lagi berasa cemas dan risau.

"Kenapa tak bagitahu, boleh aku teman kau balik," Balas Leora lagi. Ayyen mendiam diri. Sebab inilah dia tidak mahu Leora tahu.

"Tak apa, aku dah sampai kampung dah pun," Tutur Ayyen lembut. "Iyalah, kalau ada apa-apa telefon jelah aku," Pesan Leora.

Ayyen yang disana hanya mengangguk mengerti. "Baiklah, selamat malam Leora," Ujar Ayyen. "Selamat malam, juga Ayyen," Balas Leora pula dan menutup panggilan itu.

Selimut mula ditarik menutupi badan. Dia letih. Manakala, Ayyen di kampung, berdiri di kawasan anjung rumah nya.

Tubuh berdiri, tangan diseluk ke dalam poket seluar. Kepala didongakkan memandang bintang yang bersinar.

"Nova.. she was like a star for me.." Gumam Ayyen. Mata tidak lepas memandang langit. Bulan dan bintang bersama menyinari.

Nova Leora, kalau gadis itu tidak hadir di dalam hidupnya.. mungkin dia tidak berdiri setinggi ini.

Mata dipejam rapat. Ayyen hanya mampu tersenyum membayangkan jikalau mereka berdua hidup bersama. Dia juga hanya mampu memendam perasaan. Perasaan yang dia sukar untuk terangkan.

●●●●●

Gabriel memecut Bugatti La Voiture Noire miliknya pergi ke lapangan terbang. Tujuannya mahu mengambil Qaiser dan Ethan. Dua orang itu tidak henti menyalak dan memesan kepada dirinya untuk mengambil mereka. Sangat serabut!

Dengan paksaan dan hati yang tidak rela, Gabriel keluar dari kereta sesampai sahaja di lapangan terbang. Kaki melangkah ke arah balai perlepasan.

Dia berdiri menunggu ketibaan dua insan itu. Tangan dimasukkan ke poket seluar nya.

Mata-mata orang di situ tidak beralih dari diri, mulut mereka seakan berbisik-bisik tentang kehadiran Gabriel disitu.

Qaiser dan Ethan akhirnya berkunjung tiba. Gabriel hanya memasang wajah tegang. Qaiser melambai-lambaikan satu tangan dengan riang kepada Gabriel. Manakal tangan sebelah menolak troli beg mereka.

Ethan pula hanya tenang berjalan. Mereka berdua mendekati Gabriel.

"Lambat," Tutur Gabriel memandang kedua mereka dengan mata helang. Qaiser tersengih bersalah.

"Maaflah, beg aku tak jumpa tadi." Pohon Qaiser. Gabriel hanya diam mendengar. "Muka tu janganlah terpaksa sangat," Sambung Qaiser lagi. Gabriel hanya membuat muka tegangnya lagi.

"I won again, bro!" Tutur Qaiser lagi. Belt ditunjukkan kepada Gabriel. Gabriel hanya mengangguk bangga. "Not bad corak perlawanan kau," Balas Gabriel bangga.

Qaiser memandangnya dengan reaksi terkejut. "Kau tengok?!" Riang Qaiser. Gabriel mengganguk kepala. "Wow!" Bagai mimpi baginya Gabriel melihat dia bertinju setelah sekian lama berserta dengan pujian!

"Makan jom! Aku lapar," Ajak Qaiser memegang perutnya. Bibir dicebikkan meminta simpati. Gabriel dan Ethan hanya mengangguk.

Mereka bertiga berjalan masuk ke kereta Gabriel dan dipandu ke restoran milik Gabriel sendiri.

Ketiga jejaka itu mula berpesan menu mereka.

"Apa jadi dengan budak yang kau bawa haritu?" Soal Ethan membuka topik tentang Asy. Gabriel memandang Ethan. "Kepala dia aku bagi tuan dia balik," Balas Gabriel tenang.

"War on?" Soal Qaiser pula. Kini, nada suaranya lebih tegas dan serius. "Yes," Balas Gabriel tenang. Qaiser dan Ethan mengangguk mengerti.

Ini bermakna mereka perlu membuat persiapan untuk diri mereka sendiri.

"Kita tak perlu risau, anak buah kita ramai," Tutur Qaiser. Mata memerhati setiap pekerja restoran disitu. Semuanya anak buah mereka, tiada orang asing bagi ketiga jejaka itu.

"Betul," Sokong Ethan dengan anggukan kepala. Gabriel mengerling mereka berdua.

"Aku yang akan bunuh dia hidup-hidup." Celah Gabriel tegas dan seram. Skye dan Sugar bakal meratah daging tidak lama lagi.

"Orang kanan dia yang setia sangat.. bagi aku yang ratah." Balas Qaiser seperti tidak sabar ingin membaham mangsanya. Ethan hanya diam mendengar.

Mereka tidak heran berbicara tentang hal ini di restoran itu. Pekerja semua disitu sudah lali dengan perangai 3 majikan mereka.

- T B C -

My Supernova [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang