"Damn it!" Pintu menjadi mangsa tendangannya. Hati membara kemarahan. Nota pelekat kecil yang ditampal digenggam kuat. Perasaan marahnya semakin memuncak naik.
"Sediakan seberapa ramai anak buah! Kita bertindak sekarang!" Laung kuat suara Gabriel memberi arahan tegas. Urat dileher mula muncul. Bergegas masing-masing membuat persiapan.
"Tuan Muda, kita gerak sekarang," Megat bersuara. Dibuka pintu untuk Gabriel memasuki perut kereta. Pantas kereta mereka bergerak dengan kelajuan yang tinggi ke markas Shauqif.
Ethan dan Qaiser juga turut serta. Gabriel semakin resah. Adakah Leora dalam keadaan baik-baik sahaja?
Pintu kereta dibuka kasar sendiri oleh Gabriel saat mereka sampai di lokasi. Pistol ditangan ditarik bersedia. Dia terus menceroboh masuk tanpa berbincang tentang plan seterusnya.
"Keluar lah sial!" Laung Gabriel ditengah markas itu. Shauqif dan Puan Rhida akhirnya munculkan diri dengan senyuman sinis diukir.
"Hero dah sampai..." Tutur Shauqif berjalan mendekatkan diri. Gabriel mengertap rahangnya. "Serah diri?" Soal Shauqif sinis.
"Apa kau nak?! Aku dah bagi harta orang tua tu dekat kau!" Bentak Gabriel kemarahan semakin memuncak.
"Setakat harta sekangkara tu apalah sangat," Sinis Puan Rhida menjawab. Tangan disilangkan ke dada.
"Apa kata kau mati, kami amik harta kau," Ujar Shauqif pula. Gabriel menggeleng tidak percaya. "Tak nak? Kau sama degil macam kesayangan kau!" Balas Shauqif.
"Nak tengok kesayangan kau tak?" Ejek Shauqif memprovok emosi Gabriel. Dia menyuruh anak buahnya mengheret Leora keluar dari bilik dengan paksaan.
"Jangan sentuh dia lah sial!" Bentak Gabriel tegas. Amarahnya seakan tidak terkawal lagi. Shauqif semakin melemparkan senyuman mengejek. Kakinya bergerak kebelakang mendekati Leora.
"Sentuh macam mana? Macam ni?" Soal Shauqif menyentuh pipi Leora dan menghelus pipi halus. Leora mengelak. Jijik.
"Sial!" Gabriel bertindak untuk menghalakan pistol ke arah Shauqif. Pantas lelaki itu memaksa Leora untuk berdiri dan berlindung dibelakang Leora.
"Tembaklah," Balas Shauqif. Badannya masih dibelakang Leora. Air mata gadis itu mengalir deras. Darah dihidung sudah kering.
"Kenapa tak tembak?" Soal Shauqif mengejek. "Mana kejantanan kau? Bersembunyi dibelakang perempuan?" Bidas Gabriel pula.
Shauqif berdecit dan menolak Leora jatuh ke lantai semula.
"Mana pula kejantanan kau main pakai pistol?" Bidasan dari Shauqif, Gabriel terus membuang pistolnya ke tepi. Shauqif tersenyum melihat tindakkan Gabriel.
"Mari."
Pergelutan yang berlaku di markas itu semakin kasar dan menumpahkan darah. Anak buah mereka semua juga ikut bergelut bersama.
Gabriel mengundur kebelakang. Bibirnya pecah mengeluarkan darah dikesar kasar. Shauqif tersenyum mengejek.
"Mengaku kalah?" Soal Shauqif. "Takkan sekali," Balas Gabriel tegas. Mereka melayangkan tumbukkan masing-masing. Gabriel dengan pantas mengeluarkan pisau yang selalu diselitkan di belakang pinggang nya, diambil peluang ini untuk menikam diperut Shauqif.
"Sial!" Carut Shauqif mengerang kesakitan. Gabriel tersenyum kemenangan. Tubuh Shauqif jatuh melorot ke lantai. Dengan drastik senyuman Gabriel pudar.
Datang seseorang menghalakan pistol tepat ke arahnya membuat dia terkedu sendiri. Gabriel berlaga mata dengan orang itu.
"Nova..." Seru Gabriel masih lagi tergamam. Leora menghalakan pistol tepat di hadapannya.
"Terkejut? Tak sepatutnya Gabriel.." Ujar Shauqif dibelakang. Leora memandang Gabriel tajam.
"Kau terlampau mempercayakan orang luar Gabriel.." Sambung Shauqif lagi. Nafasnya berderu kerana kesakitan parutnya ditikam.
"Nova..."
Jeda.
Leora menjatuhkan pistol ke bawah. Dia.. tak sanggup untuk teruskan!
Gabriel bertindak untuk memeluk tubuh Leora. Mata Leora membulat besar. Leora memeluk badan Gabriel dan memusingkan pelukkan. Mereka bertukar tempat.
BUM!
Gabriel pula membulat mata besar. Terasa pelukkan Leora semakin longgar. Badan kecil itu melorot ingin jatuh ke bawah pantas Gabriel mendakap erat.
Puan Rhida tersenyum sinis saat dia berjaya menembak belakang badan Leora dengan tepat. Qaiser terus berlari menumbuk Puan Rhida sehingga tidak menyadarkan diri. Pengsan.
Gabriel melepaskan pelukkan, wajah Leora dipandang dengan air mata bertakung. Leoda mengukirkan senyuman manis.
"Nova! Nova.. k-au akan se-lamat! Jangan pejam mata kau!" Tegas Gabriel memberi arahan. Namun, tangan kecil gadis itu naik menyeka lembut air mata Gabriel.
"J-ang-an na-ngis," Tutur Leora perlahan. Gabriel membaringkan Leora dipehanya. Air mata deras mengalir memandang Leora yang sedang kesakitan.
Tanpa berlengah, Gabriel terus mencepung tubuh itu membawa masuk ke dalam perut kereta. Kenderaan itu dipecut laju ke hospital.
Di dalam kereta, Gabriel mengelus rambut Leora lembut.
"Jangan tutup mata cantik kau, Nova.." Ujar Gabriel. Leora hanya tersenyum.
"Bagi aku tengok mata coklat cantik kau, Nova.." Sambung Gabriel lagi. Lirih hatinya hancur melihat Leora yang menanggung kesakitan.
●●●●●
"Macam mana keadaan dia?" Soal Qaiser melihat Gabriel di hadapan pintu wad. Gabriel menggeleng perlahan. Dia tidak tahu.
"Dah call family dia?" Soal Qaiser lagi. Dipandang wajah lesu Gabriel yang seakan tidak bermaya.
"Kau buat apa dengan diorang?" Soal Gabriel setelah lama mendiam. Wajah Qaisee ditatap.
"Aku dah kurung dekat bilik bawah tanah," Tutur Qaiser. Gabriel mengangguk kepala mengerti. Dia mahu siat kulit yang sudah menyentuh kesayangan nya.
"Kau dah makan?" Soal Qaiser. Gabriel hanya mendiam diri. Tidak menjawab soalan Qaiser. Qaiser mengeluh perlahan.
"Kau kena makan, kau kata nak jaga dia." Tegas Qaiser memberi nasihat. Gabriel hanya angguk sebagai jawapan. "Aku turun kejap, beli makanan," Ujar Qaiser dan berjalan pergi.
Gabriel duduk di kerusi menunggu. Kepala disandarkan kebelakang dan dipejam rapat matanya.
"Riel?" Tangan Walid Haydan menyentuh lembut bahu Gabriel. Jejaka itu terus membuka matanya. Wajah Walid Haydan memandangnya lembut menjadi pandangan pertama.
"Riel, okay?" Soal Walid Haydan memandang wajah lesu itu. Gabriel mengangguk perlahan. Gabriel pelik kenapa Walid tidak memarahi dirinya?
"Walid marah, Riel?" Soal Gabriel perlahan dan menundukkan kepalanya. Dia bersedia menadah telinga untuk dimarahi.
"Bohong kalau Walid tidak rasa marah, Riel.. Walid manusia biasa juga, tapi Walid kena terima takdir yang sudah tertulis dan berlaku," Balas Walid Haydan lembut. Punggungnya dihenyakkan disebelah Gabriel.
"Riel minta maaf, Walid.. Riel tak dapat nak lindungi, anak Walid," Pohon Gabriel. Walid Haydan memasukkan tubuh sasa itu ke dalam pelukkan. Tangisan Gabriel yang dipendam dari tadi akhirnya pecah juga.
"Bukan salah kamu, Riel.. Walid percaya kamu yang terbaik," Balas Walid Haydan memberi semangat buat jejaka itu.
Doktor keluar dari pintu wad yang menempatkan Leora. "Keluarga Cik Nova Leora," Seru Doktor Harraz.
"Saya ayahnya," Walid Haydan terus berdiri. Doktor Harraz menghadap Walid Haydan.
"Pihak kami dah cuba sedaya upaya, alhamdulillah peluru yang masuk di belakang badannya sudah kami keluarkan... mungkin pesakit tidak akan menyedarkan diri dan biarkan pesakit berehat dahulu buat sementara waktu ini," Terang Doktor Harraz. Walid Haydan mengganguk mengerti dan berterima kasih.
"Gabriel, kamu bersihkan diri kamu dulu ye," Ujar Walid Haydan memberikan arahan. Dipandang percikkan darah yang penuh di baju Gabriel. Jejaka itu menngangguk dan balik ke rumah sementara Walid Haydan yang menjaga Leora di hospital.
- T B C -

ANDA SEDANG MEMBACA
My Supernova [ C ]
Romance" Villain created by pain. " Nova Leora Bekerja sebagai pakar psikiatri. Dengan hasil kejayaannya, dia dinobatkan sebagai pakar psikiatri berjaya. Tugas terbaharunya pula, merawat kesihatan mental Tuan Muda Asher Gabriel kembali normal Tuan Muda As...