抖阴社区

SPECIAL CHAPTER

2.4K 102 13
                                    

Bryaan Benjamin hanya duduk diam di sofa ruang tamu. Kembarnya yang lain sudah sibuk melayan tetamu yang lain. Umur mereka kini mencecah 19 tahun. Dia lelah melayan tetamu yang hadir ke kendurinya hari ini.

"Yaan, okay?" Soal Leora memegang lembut bahu anaknya yang kelihatan sedikit pucat di bibir. Bryaan tersedar dari lamunannya. Wajah ibunya dipandang, anggukan sekali diberikan.

Leora seperti tidak percaya dengan anggukan itu, terus sahaja melekapkan tangannya di dahi, pipi dan leher anak lelakinya. "Badan Yaan panas sikit," Ujar Leora dengan suara yang gusar.

Bryaan terus mengeleng kecil. "Sikit je ma, kejap lagi kebah lah." Balasnya perlahan. Suara jejaka itu pun sedikit serak, lagi menambahkan gusaran di hati Leora.

Ibu mana yang tak risau tentang anaknya?

"Pergi naik bilik lah, rehat." Arah Leora kepada Bryaan. Jejaka itu hanya mengangguk lemah, patuh atas arahan ibunya. Perlahan-lahan dia bergerak naik ke biliknya.

Disisi lain, Asmira Aralyn bersembunyi dan melihat sedikit tubuh sasa Bryaan yang lesu naik ke bilik. Dia menghela nafas perlahan.

Hanya ini sahaja peluang yang dia ada. Tiada jalan lain lagi untuk memiliki jejaka itu. Ya, dia tekad.

Bryaan merebahkan badannya di atas katil empuk. Rasa selesa dan tenang mula bertandang. Telinganya menangkap samar-samar kedengaran pintu biliknya dibuka.

"Maafkan saya.." Itu ayat terakhir yang dia dengar sebelum semuanya senyap.

"Yaan- ASTAGHFIRULLAH!" Teriak Leora saat pintu bilik anaknya dibuka.

Alangkah terkejut dirinya melihat Bryaan dan Asmira berdua baring berpelukkan di atas katil. Terpisat-pisat Bryaan membuka matanya. Dirinya terbangun akibat mendengar teriakkan ibunya.

Lutut Leora bergetar rasa tidak boleh berdiri sekarang. Perlahan-lahan tubuh melorot jatuh. Bryaan berusaha mencelikkan matanya yang masih samar-samar kekaburan.

"Yaan.." Bergetar suara Leora menyeru nama anaknya. Bryaan benar-benar terkejut melihat tangan Asmira yang terletak elok di bidang dadanya.

"Mama.. Yaan tak tahu-"

"Bryaan Benjamin! Apa kau buat hah?!" Kini suara Asher Gabriel pula menggemakan seluruh pelusuk atmosfera di mansionnya. Bryaan merasa kerongkongnya kesat tika ini. Matanya dipejam saat tersedar tubuh Asmira yang masih terlekat dengan dirinya, pantas dia menjauhkan diri.

"Yaan tak buat apa-apa pun, Papa, Mama. Percaya lah pada Yaan," Rayu Bryaan dengan suara lirihnya. Gabriel rasa kecewa dengan tikah laku anak keduanya ini.

"Apa yang kau dah buat, Yaan?!" Soal Gabriel memetir. Bryaan menggeleng kepala lemah. Badannya sudahlah rasa panas sejak tadi.

"Yaan tak buat semua ni, Papa!" Balas Bryaan menegakkan lagi kebenaran. Membela dirinya yang sememangnya tidak bersalah.

"Aku tak pernah ajar kau macam ni, Bryaan Benjamin!" Tengking Gabriel dengan kemarahan yang membuak. Bryaan menggeleng kepala.

"Yaan tak buat! Yaan tahu hukum haram dan halal!" Bentak Bryaan pula. Gabriel mengertap rahangnya sehingga menghasilkan bunyi. Amarahnya makin membesar.

"Berambus! Berambus dari mata aku dan keluar dari rumah aku, Bryaan Benjamin!" Lantang suara Gabriel menghalau anak lelakinya. Keadaan sekarang semakin huru-hara. Leora sudah menangis teresak-esak.

"Sumpah, Papa! Yaan tak buat perkara terkutuk tu!" Rayu Bryaan mempertahankan dirinya. Gabriel masih memandang tajam ke arahnya. Asmira tidak jauh dari dirinya sudah menangis teresak-esak.

"Jangan sampai aku sumbat kau dalam penjara, Bryaan Benjamin! Berambus. Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Gertak Gabriel lebih tegas. Bryaan terdiam sendiri. Kepalanya rasa ditekan dan pening.

"Baik, Yaan keluar dari rumah ni.. Cuma Yaan nak Papa tahu yang Yaan takkan pernah buat perkara terkutuk tu." Dingin suara Bryaan. Mengalah atas situasi yang dimana dia tahu yang dia tidak akan pernah menang berlawan dengan Asher Gabriel.

Bryaan mengemas semua perkakasnya saat itu juga. Usai itu, dia berjalan keluar dari bilik itu meninggalkan semua mata-mata yang memandang pemergiannya.

"Abang! Abang! Anak kita, Abang!" Lirih suara Leora berteriak saat kaki Bryaan mula melangkah menjauhi mereka. Gabriel tetap dengan pendiriannya.

"Jangan pernah jejakkan kaki kau disini lagi, Bryaan Benjamin."

Bryaan hanya diam. Tipu jika dia kata dia tidak sakit hati mendengar ujaran sebegitu rupa oleh ayahnya sendiri. Beg pakaiannya digenggam erat.

Dia mula menapak pergi dari rumah agam Asher Gabriel. Meninggalkan rumah itu buat kali terakhir atau mungkin patut dia katakan, buat selamanya?

"Bersihkan diri kau, Asmira Aralyn." Pesan Gabriel dingin bertambah tegas. Gadis itu menggenggam erat cadar katil empuk itu. Rancangannya gagal! Kenapa dia tidak dikahwinkan dengan Bryaan?

Bryaan Benjamin menghentikan langkah saat dihadapan pagar rumah agam itu. Hanya selangkah lagi, dia sudah keluar dari kawasan itu. Tiada siapa menghalang dirinya pergi. Kaki dibuka, dan akhirnya dia pergi menghilangkan diri dari pandangan keluarga itu.

Special tak chapter kali ni?? Agak-agak Gabriel ikut tak perangai ayah dia, Tuan Noah? Siapa nak tahu selanjutnya, komen lahh hihii, any spoilers author akan up dekat tt!! stay tuned tauu

My Supernova [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang