抖阴社区

BAB 25

3.8K 180 2
                                    

Majlis nikah dan sanding Suria, merangkap sepupu kepada Leora berjalan dengan lancar. Sepanjang majlis berlangsung, Gabriel hanya mengikuti setiap langkah Leora bersama Yusuff di dalam dukungan.

"Awak dah makan?" Soal Leora memandang Gabriel. Gabriel menggeleng perlahan. Leora mengerut dahi. "Kenapa?" Soal gadis itu kembali. Gabriel menggosok belakag lehernya. Malu!

"Aku tak pandai nak amik, lagipun ini pertama kali aku dekat majlis kahwin," Balas Gabriel dengan nada malunya. Leora menahan geli hati. Yusuff juga turut sama.

"Marilah, saya tolong ambilkan," Balas Leora menghulurkan bantuan. Gabriel mengikuti langkah gadis itu bersama Yusuff di dalam dukungan.

"Awak nak lauk mana?" Soal Leora menunjukkan kesemua lauk-lauk di dalam tray makanan. Gabriel menunjukkan lauk yang dia mahukan, Leora menjadi tukang ambilkan sahaja.

"Duduk sini, makan," Arah Leora. Gabriel melabuhkan punggung di kerusi yang berjauhan sedikit dengan tetamu, khas untuk keluarga sahaja. Yusuff didudukkan di atas pehanya.

"Nak pergi mana? Duduklah dengan aku.. janganlah tinggalkan aku.." Pinta Gabriel lembut. Leora senyum nipis dan duduk bersama.

Suasana kampung tidak sah kalau tiada makcik bawang, lagikan pula di majlis kahwin.

"Kamu ni jeles ke dengan Suria? Tak boleh tengok dia kedepan sikit dari kamu?" Soal Makcik bawang tiada insurans. Leora mengerut dahi sebelum bertanya.

"Apa maksud makcik?" Soal Leora tidak faham. "Jangan nak buat tak tahulah, Suria kahwin, kamu pun beria-ria bawak lelaki balik," Sindir Makcik itu. Gabriel mengertap rahangnya sehingga berbunyi.

"Mulut tu boleh tutup rasanya kalau tak ada benda faedah nak cakap," Bidas Gabriel. Makcik itu terus menjeling dan beredar. Leora menggeleng kecil.

"Tak baik cakap macam tu," Tegur Leora lembut. Gabriel hanya diam menyuapkan nasi ke dalam mulut, sambil menyuap Yusuff juga.

"Kau tu yang terlampau baik sangat," Balas Gabriel kembali. Yusuff hanya diam menerima suapan dari bakal abang iparnya walaupun kakanya tidak terima lagi. Hihi!

"Kenyangnyaaa!!" Ujar Yusuff kegirangan. Mana tidak kenyang kalau Gabriel yang suapkan. Gabriel hanya senyum nipis melihat gelagat Yusuff.

"Kalau kenyang cakap apa Yusuff?" Soal Leora mengingatkan Yusuff kembali. Yusuff menutup mulut dan tertawa kecil.

"Alhamdulillah!" Ujar Yusuff dan memegang perutnya yang kembung sedikit. Gabriel mendukung anak kecil itu untuk basuh tangan.

●●●●●

"Tuan Muda, syarikat di Rusia ada masalah, kita kena bertolak ke sana segera," Ujar Megat menyampaikan maklumat tentang perniagaan mereka di luar negara. Gabriel mendiam diri. Telefon masih lekap ditelinga, mata melihat Leora yang sedang duduk berbual gembira dengan keluarganya.

"Aku usaha kan," Balas Gabriel ringkas dan menutup panggilan tersebut sebelum Megat sempat menbalas.

Kaki melangkah mendekati Leora yang sedang gelak tertawa. Walid Haydan memandang ke arah Gabriel.

"Riel? Ada masalah ke?" Soal Walid Haydan prihatin. Gabriel mengertap bibir. "Ada masalah sikit.. tentang syarikat," Balas Gabriel ringkas.

Walid Haydan mengangguk mengerti. Dia faham kalau tentang masalah di syarikat. "Jadi kamu kena balik bila?" Soal Walid Haydan kembali. Gabriel mengerling ke arah Leora yang memandangnya.

"Kemungkinan besar, esok Walid.." Balas Gabriel perlahan. Leora hanya diam mendengar. Rasa sedih juga kena balik esok. Walid Haydan sekali lagi mengganguk mengerti.

"Baliklah, selesaikan apa yang patut.." Balas Walid Haydan pula. Ditepuk bahu tegap Gabriel lembut memberi semangat. Gabriel hanya senyum tipis. Rasa aneh kerana dia tidak pernah dapat layanan sebegini dari ayahnya.. tetapi walid, Walid Haydan memahami dirinya. Walhal dia baru duduk di sini masuk 3 hari.

"Abang dah nak balik ke?" Soal Yusuff dengan cebikkan dibibir. Pagi lagi sudah sedih, dia menatap wajah Gabriel. Nampaknya malam ini dia tiada siapa yang teman. Bosanlah tidur seorang diri, kena cari bini ni!

"Ada masa abang balik dengan akak lagi, okey?" Pujuk Gabriel lembut. Yusuff mengangguk mengerti. Tumbukkan mereka berlaga bersama. Gabriel menggosok kepala Yusuff lembut.

"Walid, kami gerak dulu.." Pamit Gabriel menyalam tangan Walid Haydan. Tanpa amaran, Walid menarik Gabriel ke dalam pelukkan. "Walid restu kamu," Bisik Walid Haydan. Nampaknya mereka dah geng!

Giliran Leora pula mendapatkan Umi dan Walidnya. Tubuh ibubapanya dipeluk oleh Leora seperti tidak mahu lepas. Taknak balik boleh tak?

"Mari," Ajak Gabriel. Leora dan Gabriel memasuki ke dalam perut kereta. Sempat mereka melambaikan tangan sebelum kereta yang dipandu Gabriel dipecut laju.

"Abang bisik apa dekat Riel?" Soal Umi Laura dengan kerutan. Walid Haydan hanya tersenyum rahsia. Pasangan suami isteri itu pun kembali masuk ke dalam rumah mereka.

- T B C -

My Supernova [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang