抖阴社区

?FARNIYA☆ 08

2.3K 86 6
                                        

"Aku terima nikahnya Haniya Safiya binti Ahmad Abdullah dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit,tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Air mata jernih mengalir perlahan di pipi Haniya. Kini dia sudah sah bergelar isteri kepada Muhammad Farhan Haiqal. Haniya tersenyum bahagia dalam pelukan Haura.

Perlahan-lahan Farhan melangkah ke arah Haniya sebelum tangan gadis itu diraih lembut. Cincin disarungkan pada jari manis Haniya, lantas Haniya pula menyarungkan cincin pada jari Farhan.

"Han, cium dahi Hani tu," lembut Datin Maryam mengarah.

Lama anak mata mereka bertembung sebelum dahi licin Haniya dicium penuh kelembutan.

"Hani, salam suami," arah Datin Maryam lagi.

Tangan Farhan dicium lantas kepala didongakkan kepada suaminya. Terlihat Farhan yang tersenyum tawar, lelaki itu seolah-olah tidak gembira ketika ini, di hari perkahwinan mereka.

"Niya, jom." Farhan bersuara dingin dari arah belakang.

"Pergi mana?" Haniya sedang membasuh tangan di paip.

Dari tengah hari tadi lagi mereka berada di situ, sekarang sudah malam. Hanya tinggal keluarga mereka sahaja di dewan besar itu. Urusan solat pula tidak susah kerana Haniya sedang 'bendera merah'. Jadi tidak perlulah dia susah-susah hendak buka baju.

"Balik rumah mama. Aku dah melekit ni," sungguh, Farhan tidak selesa sekarang ini. Dengan baju melayu yang sama dari tengah hari tadi lagi.

"Tapi family Far ada lagi, nanti apa diorang cakap?" Perlahan sahaja suara Haniya.

"Tak ada apalah, diorang pun tahu kita penat," mata dijegilkan kepada isterinya itu.

"Tunggu lah, nak salam kejap!" Kelam kabut Haniya menutup pili air itu.

"Hmm, aku dah salam tadi. Aku tunggu kau dalam kereta," lantas mereka melangkah ke arah tujuan masing-masing.

Kelihatan mak cik-mak cik sedang rancak berborak bersama Datin Maryam. Senyuman manis dilemparkan kepada mereka semua.

"Niya dah nak balik," kata Haniya seraya tersenyum manis. Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan wanita yang sudah bergelar ibu mentuanya itu.

"Hmm, pergilah balik rehat. Kamu berdua dari tadi lagi dekat sini," tangan menantunya disambut.

Lantas Haniya tersenyum seraya bersalaman dengan yang lain pula. Apabila sudah selesai meminta diri, barulah langkah diatur ke arah suaminya yang berada di dalam kereta.
















KERETA diparkirkan di halaman rumah, lantas pintu dibuka perlahan. Haniya mengejar langkah laju Farhan yang sedang menapak ke dalam rumah itu.

Anak tangga didaki satu persatu sebelum pintu bilik mereka dibuka. Kelihatan beg pakaian Haniya yang sudah sedia ada di dalam bilik itu. Bila masa dia bawa ke rumah mentuanya ni?

"Aku yang ambilkan beg baju kau semalam. Masa kau keluar dengan Haura," Farhan menjelaskan setelah melihat wajah bingung Haniya.

Ooohh...

"Aku nak mandi kejap," lantas tualanya dicapai untuk ke bilik air yang terletak di dalam bilik mereka.

"Far..." Perlahan sahaja suara Haniya.

"Hmm?"

"Niya tak sangka kita boleh kahwin. I mean...dulu Far tak layan pun perasaan Niya. Niya memang still tak move-on tau. Niya..."

Tidak sempat Haniya habis berkata-kata, Farhan terlebih dulu memintas.

"Niya." Tegas nadanya.

"Aku...aku kahwin dengan kau sebab mama,sebab Allah. Mama ada cancer,doctor kata maybe mama ada tujuh bulan lagi. Aku...tak nak tengok mama sedih..." Farhan terus jujur. Sungguh,dia tidak ada perasaan kepada Haniya. Dia cuma mengikut kehendak mamanya.

Terdiam Haniya mendengarnya. Dia menyangka lelaki itu tulus mencintainya namun semuanya tidak seindah itu. Tubir matanya berair, lidah kelu untuk berkata-kata.

Tubuh isterinya yang berada di sisi katil itu dihampiri, lantas Farhan melutut di hadapan Haniya. Tangan gadis itu digenggam erat.

"Niya... Let's make a deal, lepas tujuh bulan kita akan cerai..." Lembut Farhan bersuara.

'Allah...' Haniya hanya mampu menyebut nama Yang Maha Esa itu di dalam hati. Lidah sudah kelu hendak berkata-kata.

Matanya dipejam erat, lantas air jernih mula mengalir di pipinya. Tidak pernah menyangka inilah kenyataannya.

"Niya..." Semakin menebal rasa bersalah di hati Farhan. Air mata isterinya diseka perlahan.

"Tujuh bulan. Lepastu kalau Far nak buang Niya, Niya redha," Haniya bersuara sebak tanpa memandang suaminya. Dia takut tangisannya bertambah teruk jika menatap wajah itu.

"Aku bukan nak buang kau, Niya...aku..." Dia tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan. Sungguh, niatnya hanya untuk membahagiakan mamanya.

"Far pergilah mandi. Nanti dah siap bagitahu, Niya nak mandi pulak," posisinya yang duduk di sisi katil itu terus berubah. Genggaman Farhan pada tangannya dileraikan sebelum tubuh dibawa ke atas katil sambil membelakangi suaminya.

Farhan hanya mampu mendiamkan diri, tidak tahu apa yang patut dikatakan. Serba salah pula rasanya apabila telah melukakan hati gadis itu.

Baju melayunya ditanggalkan sebelum langkah dibawa ke bilik air. Mandi ajelah dulu. Hatinya masih berasa bersalah.

Korang rasa si Far ni salah ke? MAAP CHAPTER NI PENDEK🙏🏻

MY FARHAN HAIQAL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang