MATANYA dipejamkan seraya pernafasannya cuba dikawal kembali. Dia baru sahaja selesai memuntahkan segala isi perutnya. Tangannya diletakkan di perutnya yang terasa senak dan memulas. Habis pucat muka gadis itu. Kepala dibenamkan pada bantal bulat yang ada di atas sofa ruang tamu itu.
Tidak pula dia menyedari suara seseorang memberi salam seusai pintu dibuka dari luar. Dia hanya berusaha menahan kesakitannya. Baju di bahagian perutnya digenggam erat.
Farhan cuba mencari kelibat isterinya di ruangan itu. Sunyi aje. Biasanya kalau dia pulang dari tempat kerja,gadis itu siap tunggu depan pintu lagi.
"Niya..." Panggilnya perlahan apabila matanya dapat menangkap figura tubuh isterinya yang sedang meringkuk di atas sofa.
"Kau tidur ke?" Bahu gadis itu disentuh lembut. Dahinya sedikit berkerut,mendengar sayup-sayup gadis itu meringis kesakitan.
"Niya?" Badan gadis itu dipusing menghadapnya. Rasa bimbang mula membelenggu hati apabila wajah pucat isterinya menyapa pandangannya.
"Hey,kenapa ni?" Laju sahaja punggungnya dilabuhkan di atas sofa itu. Peluh yang merenik di dahi isterinya dihapuskan menggunakan ibu jari.
"Sakit..." Semakin kuat genggamannya pada baju di kawasan perut. Rasa sakitnya dah semakin mencucuk-cucuk.
"Aku bawa kau pergi hospital,okey?" Pipi mulus isterinya diusap sekilas. Semakin bimbang pula dia melihat keadaan Haniya.
Haniya menggeleng lemah. Dia tak mahu ke hospital. Baru sahaja dua minggu lepas dia keluar dari hospital kerana demam tempoh hari.
"Tak boleh,Niya. Aku bawa kau pergi hospital sekarang," lembut Farhan bertutur. Pantas lelaki itu bangun dan menaiki tangga,menuju ke bilik tidur mereka. Tudung sarung gadis itu dicapai lantas ruang tamu dituju semula.
Tudung berwarna merah jambu itu disarungkan ke kepala gadis itu. Haniya sememangnya memakai dress muslimah,jadi dia hanya perlu menyarungkan tudung. Entah kenapa gadis itu masih tak mahu memakai baju lengan pendek walaupun di rumah.
Terus tubuh isterinya dicempung. Langkah diatur menuju ke luar rumah semula. Tubuh kecil isterinya dimasukkan ke dalam kereta pada tempat duduk bahagian penumpang sebelum dia pula yang masuk ke dalam perut kereta.
"FARHAN," Suara Ustaz Ahmad memecah kesunyian di dalam wad persendirian itu. Farhan yang sedang merenung Haniya dengan pandangan membunuh segera berpaling ke arah suara itu datang.
"Abi," senyuman nipis dicarikkan pada wajah.
"A...abi." Haniya segera berpaling. Dadanya sudah berdetak hebat tadi. Abinya datang pada waktu yang tepat!
"Kenapa ni,Han?" Soal lelaki tua itu. Hampir tecabut jantung dibuatnya apabila dia menerima panggilan telefon daripada Farhan,menyatakan Haniya dimasukkan ke wad tadi.
"Gastrik,abi." Farhan menjawab dengan tenang. Tangan bapa mertuanya dicium lembut.
"Macam mana boleh jadi sampai macam ni,Haniya Safiya? Haritu masuk wad sebab demam panas. Baru je keluar dua minggu lepas,dah masuk wad balik. Penyakit yang serang kakak ke,kakak yang cari penyakit?" Segala rasa geram dihamburkan di situ. Geram betul dengan anaknya seorang ni. Kalau tak buat masalah memang tak sah!
"Abi,kakak okey je ni. Hidup lagi ni haa,bernafas lagi. Abi janganlah risau sangat." Ujar Haniya dengan senyuman manis yang tersumbing di bibir pucatnya.
Senyuman yang membuat seorang Farhan menjadi angau. Terpukau. Tidak boleh dinafikan,gadis itu memang pemurah dengan senyuman. Tak kisahlah dengan sesiapa pun.
"Dulu pernah juga jadi macam ni,Han. Tapi tak lah sampai masuk wad," Ustaz Ahmad cuba memulakan bicara.
"Entahlah,abi. Degil sangat,tak dengar cakap. Tak tahu nak cakap macam mana dah," Farhan membalas bicara Ustaz Ahmad. Muka isterinya langsung tidak dipandang.
"Budak ni memang macam tu. Geram dengan perangai dia." Ustaz Ahmad ketawa di hujung ayatnya. Lucu pula dia mengingatkan karenah anaknya sejak dahulu sampailah sekarang.
Farhan tersenyum lucu. Memang tak lah dia nak ketawa. Dia senyum pun dah cukup baik. Kalau tidak memang muka beku saja yang ditayang.
"Farhan,abi dah kena pergi ni. Ada kerja sikit." Ustaz Ahmad mula berdiri. Ada hal yang perlu diselesaikan. Farhan juga ikut berdiri,mahu menghantar pemergian lelaki itu.
"Kakak betul-betul okey?" Pandangan dihalakan sepenuhnya pada anak gadis.
Haniya tersenyum nipis,seraya tangannya membentuk isyarat 'ok'. Senyuman di bibirnya dikekalkan,senyuman penuh duka yang menyimpan beribu rasa.
"Nak apa-apa,call abi." Kepala Haniya yang berlapikkan tudung itu diusap. Lantas kaki melangkah keluar diikuti dengan Farhan.
"Abi minta maaf kalau Haniya menyusahkan Farhan." Ucap lelaki itu perlahan. Dia cuma takut Farhan rimas dengan anaknya.
"Kenapa abi cakap macam tu? Dia isteri Han,memang tanggungjawab Han."
Ustaz Ahmad hanya tersenyum nipis mendengarkan jawapan menantunya. Lantas dia meminta diri sebelum bayangannya hilang dari situ. Nafas panjangnya ditarik sebelum langkah diatur ke dalam wad semula. Ingin selesaikan apa yang tergendala tadi.
Masuk sahaja wad,dah nampak Haniya yang duduk bersila di atas katil. Kepala ditundukkan,memandang jemarinya yang dimainkan sesama sendiri.
Mata tidak lepas merenung tajam isterinya. Kerusi di sisi katil terus ditarik untuk duduk. Gadis itu kekal menundukkan kepala,mungkin takut!
"Haniya Safiya binti Ahmad Abdullah." Dingin,nama penuh isterinya disebut membuatkan Haniya mengangkat pandangannya.
"Kenapa?" Sepatah sahaja soalan diajukan. Haniya cukup faham apa yang Farhan ingin tahu.
"Niya tunggu Far balik..."
"Berapa ribu kali aku perlu ulang yang tak perlu tunggu aku balik untuk makan sama-sama? Dah tak pandai makan sendiri ke? Nak kena aku suap ke sampai kena tunggu aku balik? Jangan degil sangat boleh tak? Baru je dua minggu lepas keluar wad,sekarang dah masuk wad balik. Dah tahu kau ada gastrik,makan awal-awal lah. Marah sikit nangis,marah sikit nangis. Dah tahu diri tu manja tak payah lah buat orang marah. Kerja asyik nak minta kena tengking je." Panjang lebar Farhan memarahi isterinya. Suara langsung tidak meninggi tetapi tegas. Melepaskan segala rasa geram di hati.
Terdiam Haniya dibuatnya apabila mendengar dua ayat terakhir suaminya tadi. Matanya sedikit berair,cengeng!
Tangisannya terhambur di situ. Membuatkan Farhan menggulingkan anak matanya. Argh,menangis lagi!
"Marah sikit nangis. Dia yang buat kita marah,dia yang nangis." Esakan isterinya semakin kencang. Penat sungguh lah...
"Stop crying." Arahan diberikan kepada gadis itu apabila tangisannya semakin menjadi-jadi. Bukan berhenti,malah esakan Haniya semakin kuat kedengaran.
"I said stop crying,Niya." Pelipis dahinya diurut perlahan apabila tiada sebarang perubahan. Terpaksa lah dia pujuk dengan cara baik juga!
"Cukup. Aku tak tengking kau pun kan? Senyap." Jari ditudingkan ke arah isterinya. Tak jalan juga!
"Kalau kau nangis lagi,aku cubit mulut itik kau." Langkah diatur ke arah isterinya. Air mata yang mengalir keluar dihapuskan menggunakan ibu jarinya. Haih,nak buat cara kasar nanti takut makin laju air mata budak ni.
"Cengeng betul lah Haniya Safiya ni. Rasa nak cubit-cubit je!" Mulut isterinya ditekup. Tak mahu mendengar esakan lagi.
'Comel...'

ANDA SEDANG MEMBACA
MY FARHAN HAIQAL [C]
RomanceBagi Farhan, Haniya terlampau menjengkelkan. Gadis itu sentiasa mengejar cintanya yang tidak pernah ada buat Haniya. Lelaki ini ingin...menjaga ikhtilat! Ya, dia ingin berusaha untuk tidak jatuh ke dalam lembah zina. Kata-kata yang dilemparkan kepad...