抖阴社区

☆FARNIYA? 28

2.1K 61 0
                                        

"Kak Sara!" Tertoleh kepala Maisara apabila suara nyaring gadis kecil itu menyapa gegendang telinganya.

"Macam mana awak semua boleh sampai sini?" Tubuh kecil itu diangkat,lantas diletakkan ke atas ribanya.

"Kita semua lari!" Darwish melompat gembira. Senyuman lebar menghiasi wajah comelnya.

Jawapan anak kecil itu walau bagaimanapun telah membuat ketawa seisi meja itu terletus.

"Kak Sara tanya,macam mana awak boleh sampai sini? Nenek-nenek dekat rumah tu tak cari awak ke?" Damia pula yang tolong menjelaskan. Budak-budak ni memang tak faham.

"Tak. Kami lari senyap-senyap,hebat tak?" Fariz mendabik dada. Mesti boleh lulus audition Mission Impossible ni!

Ketawa besar mereka pecah lagi. Habis berkerut dahi kanak-kanak itu. Apa yang kelakar sangat?

"Aduh,onti-onti gojes ni tak jalankan tugas lah!" Seloroh Nazmi membuatkan ketawa mereka semakin berdekah-dekah.

Pak!

Pak!

Pak!

"Aduh! Sakitlah!" Tangan Fatihi yang menepuk-nepuk belakangnya ditepis. Inilah salah satu sebab mengapa Hayla tak mahu duduk di tepi Fatihi.

Mereka masing-masing cuba mencari kembali nafas. Tawa masih tersisa.

"Dah,dah. Makanan dah sampai,jom makan. Sini Darwish,mama suap," Damia memaut lembut tangan anak bongsunya sebelum suaminya meriba Darwish.

"Fariz dengan Shasha pergi ambil kerusi,duduk sini." Lembut suara Hajar mengarah,Zafira yang ada di atas ribanya dilirik sekilas. Pantas sahaja kanak-kanak itu melakukan apa yang disuruh.

"Rara makan dengan akak,okey?" Maisara mengusap lembut pipi gebu Adzra. Andai saja Adzra masih ada ibu bapa untuk menagih kasih sayang...

"Kenapa tak makan?" Farhan menyoal isterinya. Asyik ditenung aje nasi goreng tu,bila boleh makan?

"Tak ada apa-apa. Far makanlah dulu," senyuman kecil diberikan kepada suaminya. Nak cakap,tapi takut dikata mengada pula.

"Cakaplah. Kenapa tak makan? Sakit kepala?"

"Bukan..."

"Habis,kenapa?"

"Niya...tak makan ikan bilis," wajah suaminya dipandang takut-takut. Bukan dia tak tahu perangai Farhan. Lelaki itu hanya boleh mengada dengan keluarga atau orang terdekatnya,kalau tidak memang dia tak akan layan.

"Bagi dekat aku,biar aku makan." Pinggannya dihulurkan kepada isterinya. Haniya sedikit terkedu dengan jawapan Farhan. Dia sangkakan Farhan tidak akan melayannya.

"Haih..." Keluhan kecil dilepaskan apabila isterinya masih tidak bergerak. Lantas satu-persatu ikan bilis dicedok dan dimasukkan ke dalam pinggannya.

"Nah,makan sekarang." Pinggan isterinya dihulurkan semula. Teragak-agak Haniya ingin mengambil pinggan itu.

"Terasa ke?" Suara kuat Aniq menarik perhatian mereka. Kelihatan lelaki itu menyuapkan bihun sup ke dalam mulut Damia sambil matanya melihat ke arah Zaquan,Nazmi,Aidhif,Maisara dan Fatihi.

"Kesian dia,tak ada siapa nak tolong suapkan!" Hajar pula yang memerli mereka. Mereka hanya menjeling,dah biasa.

"Kau tak nak suap bini kau ke,Farhan? Bagi diorang semua ni merasakan kekosongan hidup. Lagi-lagi Maisara tu," soalan daripada Nasr itu membuatkan semua mata memandang ke arah Farhan dan Haniya.

"Buat apa nak tunjuk dekat orang?"

"Biarlah,bagi diorang ni jealous sikit. Biar cepat-cepat kahwin!" Damia tersengih.

MY FARHAN HAIQAL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang