"FAR ni kenapa?" Haniya bersuara apabila suaminya tergesa-gesa masuk ke rumah. Farhan hanya diam, tangan isterinya ditarik.
Masuk sahaja ke dalam rumah, terus gadis itu ditarik untuk duduk di atas sofa.
"Assalamualaikum!" Kedengaran suara Fatihi di pintu utama rumah. Pasangan itu bermalam di rumah Datin Maryam memandangkan hari sudah lewat. Masuk-masuk sahaja dah nampak muka adiknya yang pucat.
"Yang kau ni dah kenapa, Far? Muka macam baru nampak hantu je," Fatihi menegur adiknya. Siap peluk bini lagi, dah kenapa?
"Mana kau tahu?" Pantas Farhan mendongak memandang Fatihi.
"Lah, betul ke?!" Membulat mata Fatihi apabila gurauannya ternyata benar.
"Entah si Niya ni. Bercakap seorang dekat hospital tadi," Farhan memukul perlahan bahu isterinya.
"Seorang?" Haniya menayangkan wajah bingungnya. Seorang?
"Iyalah! Entah nenek mana kau lambai tadi. Aku tak nampak sesiapa pun, Niya. Kau dengan aku je ada dekat situ tadi," pasrah sahaja nada suara Farhan.
"Arghh..." Haniya merengek kecil. Ha, sudah! Dia siap lambai lagi tadi. Tadi dia betul-betul tengah bercakap dengan nenek tu!
"Aku tak tahu kalau dia datang cari kau malam nanti," Fatihi menyakat adik iparnya. Dapat dia lihat dahi Haniya yang berkerut akibat takut.
"Far..." Lengan suaminya dipeluk kemas.
"Kalau kau dengar suara nenek tua panggil nama kau tu, dia lah kot," bersungguh Fatihi menyakat gadis itu.
"Tak nak!" Makin kuat lah gadis itu merengek. Semakin erat lengan suami dipeluk. Takut tau!
"Aku tak nak tolong kau kalau dia datang nak ambil kau malam ni. Aku bagi je," Farhan ikut menyakat isterinya.
"Niya, mari ikut nenek. Hihihi," Fatihi membuat suara nenek tua. Tapi bunyinya pelik sikitlah...
"Huaa!" Badan tegap suaminya dipeluk. Dah tahu aku ni penakut, yang nak sakat sangat dah kenapa?
Pecah ketawa besar Farhan dan Fatihi apabila melihat Haniya yang terlalu gelabah.
"Okey, okey! Tak, aku gurau je pun," kepala isterinya diusap. Nak usik lebih-lebih tak berani dah, mata Haniya dah berair.
"Nana dengan Lala mana?" Farhan bertanya sambil tangannya masih setia mengusap kepala isterinya.
"Dekat luar. Entah call siapa tadi. Kawan kot," Fatihi mengangkat bahunya. Lantas kakinya melangkah ke tingkat atas. Malas hendak melihat kemesraan pasangan suami isteri itu. Nanti dia juga yang sakit hati. Apalah nasib diri ini single...
"Kau naik mandi dulu. Nanti aku nak naik mandi pula," Farhan melepaskan pelukannya. Haniya hanya mengangguk.
Lantas dibawa kakinya melangkah ke bilik mereka yang terletak di tingkat atas. Setelah selesai mandi, Haniya turun semulanuntuk ke dapur. Nak masak sikit, mesti mereka semua sedang lapar sekarang.
"Kau nak masak ke?" Baru aje nak alihkan ayam masak merah ke dalam pinggan, kedengaran satu suara garau menyoal.
Kepala ditoleh ke belakang. Fatihi rupanya. Haniya memberikan senyuman kecil sebelum membalas.
"Dah siap dah pun. Tunggu yang lain je."
"Dik, aku nak tanya kau ni. Kau jangan marah eh?" Teragak-agak Fatihi bertanya.
"Kenapa?"
"Far layan kau baik tak?"
Hairan Haniya akan soalan yang baru dilemparkan sebentar tadi. Apa maksud Fatihi?

ANDA SEDANG MEMBACA
MY FARHAN HAIQAL [C]
RomanceBagi Farhan, Haniya terlampau menjengkelkan. Gadis itu sentiasa mengejar cintanya yang tidak pernah ada buat Haniya. Lelaki ini ingin...menjaga ikhtilat! Ya, dia ingin berusaha untuk tidak jatuh ke dalam lembah zina. Kata-kata yang dilemparkan kepad...