抖阴社区

Bab 1

14.5K 311 5
                                    

Jodoh, ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah SWT. Sudah tertulis bahawa jodoh diantara Tengku Ammar Dareeq dan bekas isterinya Sara Sofea berakhir apabila Sofea kantoi curang selepas setahun melahirkan anak kembar mereka iaitu Tengku Zayden Nufail dan Tengku Zayn Naufal. Lagi teruk bila Sara Sofea telah memindahkan duit sebanyak 900 ratus ribu ke dalam akaun banknya sendiri.

Biarpun Ammar bersikap dingin ketika kerja tetapi Ammar merupakan ayah yang baik kepada anak - anaknya. Dia selalu memberikan segala segalanya untuk mereka. Terkadang dirinya juga terasa sunyi selepas bercerai. Ibu dan ayahnya Puan Sri Medina dan Tengku Azryl Dareeq merasa risau dengan anaknya yang masih memegang status duda anak kembar.

"Bukan umi nak paksa tapi Am tak kesian ke dekat Zayden dengan Zayn?"

Ujar Puan Sri Medina. Dia memang merisaukan anaknya dan juga cucu - cucunya yang baru hendak masuk 3 tahun bulan September nanti.

"Tengok lah nanti umi. Am nak kena pergi sekolah lama Am nak bagi bantuan kat sana. Umi tolong tengokkan Zayden ngan Zayn ekh? Zayden, Zayn babah dah nak jalan dah ni. Dengar cakap tok mak dengan tok ayah. Nanti babah datang sini. Kite tidur sini esok baru balik"

Ujar Ammar sambil memakai kasutnya Zayden dan Zayn hanya menganguk dan menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman dengan babah mereka.

"Hati hati kat jalan tu"

Ujar Puan Sri Medina dan kemudiannya Ammar berlalu pergi.

"Abang tengok tu anak awak! Setiap kali kite cakap pasal kahwin lagi dia bagi alasan! Jangan sampai saya kahwin die dengan janda sebelah rumah tu."

Ujar Puan Sri Medina. Tengku Azryl hanya mengelengkan kepalanya dengan kelakuan isterinya.

"Awak ni jangan lah sampai nak jodohkan si Am dengan janda sebelah rumah. Die tu nak yang masih dara je."

Ujar Tengku Azryl sambil membelek surat khabar yang dipegangnya. Puan Sri Medina hanya menahan geram anak dengan bapa sama je.

"Dah lah susah nak cakap dengan awak dua kali lima je dengan Am. Abang tengokkan dorang dua. Saye nak pergi tolong mak Ram masak."

Ujar Puan Sri Medina lalu pergi ke dapur meninggalkan Tengku Azryl dengan Zayden dan Zayn.

To be continued.
(

Jangan lupa vote ye🥰. Supaya saya semangat nak up)

 

Mr. Duda & Cikgu? [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang