Riuh satu rumah Ammar Puan Sri Medina bertungkus lumus menyediakan barang untuk meminang Ayreen. Semua Saudara mara Ammar turut membantu. Manakala Ammar pula sedang menyiapkan Zayden dan Zayn.
"Babah Kira nak pergi mana. Kenapa pakai smart-smart? Selalunya kalau pakai macam ni nak pi tengok orang tunang."
Omel Zayden. Dia sendiri tidak tahu mengapa ayahnya menyiapkan mereka sebegitu. Belum sempat hendak membalas Tengku Azryl menyampuk.
"Babah kamu lah tu nak tunang. Korang akan dapat mommy baru."
Ujar Tengku Azryl. Zayden dan Zayn terkejut. Lalu memandang kearah Ammar. Heisy abah ni spoil betul. Bisik hati Ammar.
"Betul me babah?! Nanti Zayn dengan Zayden dapat mommy?!"
Tanya Zayn.
"Cantik tak bakal mommy?"
Ammar hanya ketawa mendegar pertanyaan mereka.
"Zayden dengan Zayn tengok lah sendiri nanti."
Kata Ammar. Selepas selesai saja semua persiapan mereka terus bergerak ke rumah Encik Irsyad. Aiman dan Encik Irsyad menyambut Ammar sekeluarga dan terus masuk kedalam.
Tak lama selepas itu Ayreen turun ditemani oleh Najiha dan cikgu Nurin. Ayreen memakai baju kurang putih bersama tudung bawal putih. Terlihat anggun. Ayreen bersalaman dengan Puan Sri Medina dan makcik-makcik Ammar yang lain. Lalu duduk di atas pelamin yang kecil yang disediakan. Puan Sri Medina duduk di sebelah Ayreen.
"Saya Tengku Azryl Dareeq ayah dan wakil kepada Tengku Ammar Dareeq. Ada hajat nak masuk meminang Ayreen Elina binti Irsyad Shah untuk dijadikan isteri kepada anak saya Tengku Ammar Dareeq."
Kata Tengku Azryl sambil memandang Encik Irsyad. Aiman mengambil cincin tunang dan diserahkan ke ayahnya.
"Saya Irsyad Shah menerima pinangan anak Tengku."
Ujar Encik Irsyad. Serentak semua menyebut Alhamdulilah. Encik Irsyad memberi cincin tersebut kepada Puan Maryam untuk disarungkan ke jari Ayreen. Cincin yang dihiasi permeate disarungkan ke jari Ayreen. Dia tersenyum lebar.
Selesai saja majlis tunang, semua orang dijemput makan bermacam hidangan yang disediakan.Ayreen bercerita dengan cikgu Nurin dan Najiha.
Puan Sri Medina berjalan kearah mereka bertiga. Diikuti oleh Zayden dan Zayn."Auntie dah makan?"
Tanya Ayreen sebaik saha melihat Puan Sri Medina berada dihadapannya.
"Takpayah nak panggil auntie. Panggil je umi."
Ujar Puan Sri Medina. Ayreen hanya menganguk.
"Tok mak ini ke tunang babah?"
Kata Zayn sambil menarik hujung baju Puan Sri Medina. Dia hanya menganguk.
"Cantiknya"
Kata Zayden dan Zayn serentak.
Ayreen ketawa kecil melihat kembar dihadapannya. Comel."Nama saya Zayden Nufail yang ini adik saya Zayn Naufal."
Kata Zayden.
"Nama Auntie ialah Ayreen."
Kata Ayreen nak je dia cubit pipi budak budak ni. Puan Sri Medina tersenyum. Dari kejauhan juga Ammar sedang memerhati interaksi diantara Ayreen dan anak anaknya. Alhamdulilah Ayreen nak terima anak - anaknya. Dia harap pisang tak berbuah dua kali.
Jangan lupa vote ye♡

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Duda & Cikgu? [Completed]
Romance[Completed] Bagi orang ramai Tengku Ammar Dareeq merupakan CEO dan juga duda hot Malaysia yang mempunyai 2 orang anak lelaki kembar yang berusia 3 tahun. Ayreen Elina pula merupakan cikgu di sekolah menengah Tanjung Kemboja tempat di mana ayahnya...