抖阴社区

Bab 44

2.2K 56 0
                                    

Keesokan harinya Ayreen bersiap hendak ke sekolah seperti biasa. Dia juga sudah menyiapkan pakaian untuk Ammar. Suaminya itu hari ini cuti. Tetapi dia akan bertemu dengan Raja Harraz di restoran bersama Zayden dan Zayn.

*outfit Ammar*

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

*outfit Ammar*

Selepas selesai sahaja bersiap Ayreen terus turun kebawah hendak mencari kelibat Ammar.

Ayreen dapat menghidu wangian masakan yang wangi. Mesti suaminya yang masak.

Ayreen terus ke dapur. Dia melihat kelibat Ammar sedang sibuk memasak mee goreng seafood untuk sarapan.

Ayreen terus bergerak kearah Ammar dan memeluk Ammar dari belakang. Ammar terkejut sedikit apabila dia merasa ada tangan yang memeluknya dari belakang.

"Eh sweetheart kesayangan abang dah siap?" Soal Ammar.

Laju Ayreen menganguk. "Sedapnya bau mee goreng. Tapi Ayreen dah lambat lah bang. Hari ni ada program awal pagi." Kata Ayreen. Wajahnya bertukar cemberut.

"Takpe tinggal sikit je lagi ni. Abang bawak kan bekal ye." Kata Ammar sambil mencium pipi Ayreen.

Ayreen hanya tersenyum dengan kelakuan Ammar dan kemudian meleraikan pelukannya. "Abang keluar dengan Harraz lama ke?" Tanya Ayreen.

"Tak lama pun. Mungkin lepas 1:30. Pastu abang terus ambil Ayreen kita pergi lunch sama sama." Balas Ammar. Lalu dia menyedok mee goreng seafood kedalam Tupperware dan menghulurkannya kepada Ayreen.

"Okay lah kalau macam tu. Pakaian abang, Zayden dan Zayn  sayang dah sediakan kat atas" kata Ayreen.

"Yelah. Samuel hantar sweetheart hari ni. Bye" kata Ammar lalu menghulurkan tangannya untuk disalam.

Ayreen menyambut tangan Ammar itu dan menciumnya. "Assalamualaikum." Kata Ayreen.

"Walaikumsalam." Balas Ammar.

       Setibanya Ayreen disekolah, Nurin adalah orang yang pertama menegurnya. "Ayreen kau free tak lepas sekolah? Jom lunch sama sama" tanya Nurin.

"Sorry Nurin but Am dah ajak aku dulu. Esok lah ye. Nanti aku belanja." Kata Ayreen.

"Yelah esok. Janji kau belanja aku onzz." Kata Nurin lalu berjalan beriringan dengan Ayreen kebilik guru.

Mereka berbual tentang isu semasa. Si Nurin ni tak sudah sudah dengan dia punya Lando Norris.

(Formula 1 / F1 driver

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(Formula 1 / F1 driver. McLaren team.)

"Lando tu hensem kau tahu tak. Idaman saya." Kata Nurin sambil memandang gambar lando Norris yang dijadikan sebagai phone wallpapernya.

"Kau tahu tak Lando tu dah ada girlfriend?" Kata Ayreen dengan selamba.

Nurin hanya memberikan jelingan tajam kepada Ayreen. Seperti nak menerjahaja si budak ni.

"Biarlah. Baru girlfriend. Belum tunang. Belum kahwin." Balas Nurin.

Ini lah dia typical kalau orang dah terlebih minat. Mesti bakal laki dia ni menangis sebab tak setanding dengan Lando Norris. Kesian kau Ilman.

     Sesampainya mereka berdua dibilik guru Nurin masih lagi dengan cerita Lando Norrisnya. Semoga tahun depan ada lah yang nak kat dia ni. Ayreen duduk sahaja dimejanya dan terus membuka Mee goreng yang dimasakkan oleh Ammar pagi tadi. Sedap bau.

Dia terus menjamah dengan lahapnya. Nurin yang berada disebelahnya yang baru berhenti bercerita mengenai lando Norris hanya memandang Ayreen. Bukan main lahap lagi. Mengandung ke? Dia hanya diam. Tidak berani hendak bersuara.

"Ayreen kau ada craving masam masam tak?" Tanya Nurin.

Ayreen menganguk laju. Sejak demenjak ni memang dia nak benda masam. Kalau boleh nak telan satu botol.

"Bak sini nombor Samuel." Kata Nurin.

"Apa kena mengena Samuel dengan asam?" Tanya Ayreen.

"Bagi jelah. Jangan banyak tanya." Kata Nurin.

Ayreen terus memberikan nombor Samuel kepada Nurin.

"Save je Samuel pondan." Kata Ayreen selamba. Nurin hanya mampu menahan gelaknya.

Dari paha sampai ke leher full tattoo. Badan pun bukan kemain tegap. Tapi entah kenapa si Ayreen panggil pondan. Mungkin faktor Samuel tu pondan time sekolah menengah.

 Mungkin faktor Samuel tu pondan time sekolah menengah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(Samuel versi manhwa. Cr: Lookism)

"Baiklah ayreen oii." Kata Nurin. Dia terus memusingkan kerusinya dan tersenyum seram. Masanya kita bukti kan Ayreen mengandung atau tidak. Dia mula ketawa seram dalam hati.

(Nurin dengan Tengku Ilman kalau bab bab macam ni. Nombor satu. Jodoh kuat sungguh.)

      Selesai sahaja semua kerja tepat jam 1:30, Ayreen terus keluar dari bilik guru dan menuju ke tempat parkir kereta. Ammar baru sahaja menelefonnya tadi. Tak sabar nak jumpa dengan cinta hatinya.

Sesampai sahaja dia di tempat parkir kereta dia terus cam kereta Ammar. Ammar yang menyandar di luar kereta melambai kearahnya.

Ayreen dengan penuh semangat terus berjalan kearah Ammar.
"Hi abang!!!" Kata Ayreen lalu memaut tangan suami kesayangannya.

"Hi sayang abang. Macam mana kerja hari ni? Ok?" Soal Ammar.

"Okay!!! Mana Zayden dan Zayn? Bukan abang keluar dengan dorang ke pagi tadi?" Soal Ayreen.

"Ha'ah. Tapi abang suruh Harraz jaga dorang. Biar lah dorang main dengan anak anak buah Harraz. Abang nak dating dengan sayang." Kata Ammar sambil mencubit pipi Ayreen.

Ayreen hanya tersenyum. Yes! Dapat dating dengan husband sendiri.

Mereka berdua pun masukkan kedalam kereta. Ayreen masih lagi memelukkan tangan kiri
Ammar sambil melentokkan kepalanya ke bahu kiri Ammar.

Ammar yang melihat kelakuan Ayreen hanya mampu ketawa kecil. Makin lama makin clingy pula bini dia ni.

"Kenapa sejak demenjak ni bini abang makin manja? Ada sesuatu ke?" Soal Ammar tangan kanannya sibuk mengawal stereng kereta.

"Biar lah Ayreen nak manja manja dengan abang!!!" Kata Ayreen sambil membuat mimik muka cemberut.

"Tapi abang hairanlah. Sayang selalu tak macam ni. Lebih lagi kalau dalam kereta. Takut abang hilang fokus lah. Itu lah. Ini lah." Kata Ammar.

"Yelah itu dulu. Sekarang Ayreen rasa nak bermanja dengan abang je. Kalau boleh setiap hari!!!" Kata Ayreen.

Ammar hanya mampu tersenyum melihat perangai isterinya. Terpaksalah dia melayan manja Ayreen hari ini. Nasib baik lah comel dan cantik.
Sepanjang perjalanan menuju ke mall Ammar hanya membiarkan Ayreen memeluk tangannya.









Itu sahaja untuk petang ini.
Jangan lupa vote♡♡♡

Mr. Duda & Cikgu? [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang