Aiman duduk di hadapan Ayreen. Ayreen hanya memandang Aiman dengan pandangan and serious. Aiman menelan air liur.
"Adik okay ke?"
Tanya Aiman. Dia dapat rasakan ada yang tidak kena dengan adiknya ini.
"Abang kenapa tak bagitau yang Samuel kerja dengan abang?"
Kata Ayreen. Aiman terkejut dengan apa yang dikatakan oleh adiknya. Adakah Ayreen tahu tentang Samuel?
"Baik abang jujur kalau tak adik bagitau mak."
Aiman mengeluh. Habislah dia kalau rasiah kantoi kena sabuk dia nanti.
"Samuel kerja dengan abang, Ammar, Harraz, Ilman, and Kasyaf. Dia tolong kitaorang lepas adik dengan dia habis SPM. Itu je. And sumpah Abang jujur."
Kata Aiman nak tak nak dia kena jujur semua perkara dekat Ayreen. Termasuk juga dia belajar seni bela diri masa masih belajar dekat London dulu.
"Abang tak nak bagitau kak Najiha ke?"
Kata Ayreen dia agak risau kalau kalau bakal kakak iparnya tak boleh menerima abangnya.
"Abang dah bagitau semua. Dia okay lagipun benda yang abang buat bukan nye bahaya. Sumbat orang masuk penjara je."
Ayreen hanya mengeluh dia tidak boleh buat apa. Kadang kadang Aiman tu boleh tahan degil nya juga.
Selesai sahaja Puan sri Medina solat isyak, dia terdengar ketukan di pintu. Ketika pintu itu terbuka ternyata ada Ammar.
"Umi dah habis solat?"
Tanya Ammar yang masih berdiri itu. Puan Srie Medina hanya menganguk menandakan dia selesai menunaikan solat.
"Am nak cakap dengan umi ni. Pasal something."
Ammar terus berjalan kearah Puan Sri Medina dan duduk di sebelahnya. Lalu dia membaringkan kepalanya ke paha Puan Sri Medina.
"Am kenapa ni? Nak cakap pasal apa?"
Kata Puan Sri Medina sambil mengusap-usap kepala anaknya.
"Kalau Am kata nak kahwin boleh ke Am kahwin?"
Kata Ammar. Pertanyaan itu amat mengejutkan Puan Sri Maryam. Selalunya anak dia ni kalau cakap pasal kahwin je mesti mengelak. Mungkin dia trauma kene curang kot.
"Tak salah. Am pun berhak nak bahagia. Umi nak tau siapa perempuan tu?"
Ammar hanya tersenyum kecil sebenarnya dia ingin Ayreen menjadi isterinya.
"Kalau Am bagitau ni mesti umi suka. Ayreen umi. Am nak Ayreen jadi isteri Am dan mak kepada Zayden dan Zayn."
Kata Ammar. Sekali lagi Puan Sri Medina terkejut. Seriously?! Kalau Ayreen jadi membantu dia memang lah dia happy. Sape je tak happy menantu idaman kot.
"Tapi kan Umi am tak tau macam mana nak tanya. Nanti umi dengan abah ikut Am jumpa uncle Irsyad dan auntie Maryam jumaat ni boleh? Kita tanya je dulu."
Kata Ammar. Dia memang sudah biasa memangil Encik Irsyad dengan gelaran uncle. Puan Sri Medina hanya menganguk. Gembira melihat anaknya hendak berkhawin lagi. Semoga berjaya lah misi si Ammar mengorat Ayreen
Ammar bingkas bangun lalu berlari keluar dari bilik. Dia harus menyiapkan skrip. Untuk mendapat persetujuan keluarga Ayreen dan diri Ayreen sendiri.
Jangan lupa vote♡

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Duda & Cikgu? [Completed]
Romance[Completed] Bagi orang ramai Tengku Ammar Dareeq merupakan CEO dan juga duda hot Malaysia yang mempunyai 2 orang anak lelaki kembar yang berusia 3 tahun. Ayreen Elina pula merupakan cikgu di sekolah menengah Tanjung Kemboja tempat di mana ayahnya...