Hari Jumaat. 8:30 malam
Encik Irsyad, Puan Maryam, Aiman dan Ayreen duduk di ruang tamu. Ayreen masih berfikir tentang apa yang terjadi siang tadi.
3:00 petang
Ammar, Puan Sri Medina dan Tengku Azryl datang ke rumah Encik Irsyad. Mereka disambut oleh Puan Maryam, Encik Irsyad dan Aiman. Sambil menunggu Ayreen pulang dari sekolahnya mereka semua sibuk bercerita. Masa pun berlalu Ayreeb mermakirkan kereta Alfa Romeo miliknya di hadapan rumah. Ketika dia memasuki rumah terlihat ibu bapanya dan juga abangnya ada di ruang tamu bersama dengan Puan Sri Medina, Tengku Azryl dan Ammar. Ayreen kalu duduk disebelah ibunya.
"Boleh lah kita mula kan ye. Sebenarnya kami datang sini ada hajat."
Kata Tengku Azryl sambil tersenyum.
"Hajat apa?"
Tanya Encik Irsyad dengan bingung.
"Sebenarnya anak saya si Ammar ni dia minat dekat Ayreen ni. Entah hantu mana yang sampuk dia nak kahwin. Sebelum ni asal tanya pasal kahwin dia mengelak."
Tambah tengku Azryl dengan jujur. Ammar hanya menahan malu. Aiman dan Ayreen terkejut.
Encik Irsyad memandang kearah Ayreen lalu memandang kearah Ammar."Uncle saya tau Ayreen masih muda and belum sedia. Lagipun kitaorang tak rapat sangat. Tapi saya memang ikhlas nakkan Ayreen untuk jadi isteri saya."
Kata Ammar dengan jujur. Encik Irsyad hanya mengeluh.
"Macam ni lah Ammar tunggu jawapan je dari Ayreen. Bagi dia masa. Kalau dia setuju and terima nanti meminang. Jadi nanti Ayreen bagitau Abang Aiman kalau dah ada jawapan ye."
Kata Encik Irsyad. Dia tidak mahu anaknya termasuk dalam melakukan maksiat kalau boleh dia nak Ayreen bercinta lepas kahwin. Ammar pun orangnya baik penyayang.
Puan Maryam hanya mengeluh melihat Ayreen yang seakan akan tidak tahu hendak membuat apa.
"Adik mak tau kamu bukannya tak sedia kamu cuma takut takde sape nak jaga mak dengan ayahkan?"
Kata Puan Maryam. Dia kenal anaknya Ayreen memang selalu memikirkan tentang dirinya dan Encik Irsyad.
"Adik jangan lah risau. Kita orang okay. Si Ammar baik budak. Mesti faham kalau adik nak balik sini. Jangan risau okay."
Kata Puan Maryam.
"Kalau adik setuju ingat terus tunang takpayah nak couple. Kalau nak bincang pasal kahwin bawak ayah sekali atau mak atau bibik atau kak Najiha atau abang Aiman."
Kata Encik Irsyad dengan tegas.
"Jadi adik setuju? Kalau setuju abang bagi tau Ammar sekarang."
Kata Aiman sedia dengan telefon bimbitnya. Ayreen hanya mengangukkan kepala tanda setuju. Aiman cepat cepat menelefon Ammar. Selesai saja panggilan itu Aiman kembali ke ruang tamu.
"Ayah Ammar kata Jumaat minggu depan dia masuk meminang lepas solat jumaat."
Kata Aiman. Encik Irsyad hanya menganguk.
"Ayah rasa Ammar benarkan tak kalau adik masih nak kerja jadi cikgu?"
Tanya Ayreen.
"Mestilah dia benarkan insyaallah."
Kata Encik Irsyad."Kalau dia tak terima ni ha siku ni makanan dia."
Kata Aiman yang membuat mereka semua tertawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Duda & Cikgu? [Completed]
Romance[Completed] Bagi orang ramai Tengku Ammar Dareeq merupakan CEO dan juga duda hot Malaysia yang mempunyai 2 orang anak lelaki kembar yang berusia 3 tahun. Ayreen Elina pula merupakan cikgu di sekolah menengah Tanjung Kemboja tempat di mana ayahnya...