Ammar baru saja pulang dari pejabatnya pada pukul 11:00 malam. Terasa sunyi rumah mungkin Zayden dan Zayn sudah pun masuk tidur. Ketika dia hendak masuk ke bilik dia ternampak kelibat kecil iaitu Zayn. Ammar pelik selalunya jam begini anak anaknya sudah tidur.
"Zayn kenapa tak tidur lagi?"
Tanya Ammar sambil mengusap rambut Zayn. Dia melihat Zayn memegang sampul surat berwarna putih di tangan Zayn.
"Tunggu babah. Nah surat owang tunang. Tok ayah suruh pergi dengan tok mak. Sebab tok ayah tak dapat pergi."
Ujar Zayn sambil menghulurkan sampul surat yang berisikan kad undangan itu. Ammar mengambil surat tersebut lalu membaca. Tunang salah satu kawan baiknya. Aiman Areez anak cikgunya dulu Encik Irsyad. Tarikh pertunangan esok.
Dia tersenyum sedikit sudah lama tidak bertemu dengan kawannya itu. Maklumlah Aiman pindah kat London sebaik dapat result SPM until sambung belajar. Biarpun Aiman muda 3 tahun darinya tapi mereka masih rapat. Dia juga teringatkan kawan kawannya yang lain. Dia ingat lagi semua benda buat sama-sama. Tapi semua sudah pergi mengejar cita-cita sendiri.
Ibu bapanya juga rapat dengan keluarga Encik Irsyad. Selalu datang ke rumah kalau ada open house raya. Tiba tiba suara Zayn memecahkan suasana.
"Babah... Dara tu apa?"
Ujar Zayn. Ammar agak terkejut dengan pertanyaan Zayn. Dia cuba untuk menahan ketawa.
"Mana zayn tau sebut dara ni? Siape ajar?"
Ujar Ammar
"Dekat rumah Tok ayah. Zayn terdengar. Tok ayah kate babah nak kahwin dengan perempuan dara je."
Ammar akhirnya melepaskan tawanya.
"Kenapa babah ketawa?! Tak lucu tau tak?!"
Semakin kuat tawanya.
"Dara tu orang yang belum kahwin atau ada anak."
Zayn hanya menganguk. Lalu dia terfikir.
"Jadi babah ni duda?"
Ammar berhenti ketawa dan terkejut.
"Mana awak tau semua ni? Awak ni dua tahun nak masuk tiga tahun tau."
Kata Ammar. Entah dari mana anaknya yang sorang je belajar. Ni mesti uminya yang selalu mempersoalkan status dudanya.
Zayn hanya ketawa."Dah pi masuk tidur. Esok nak pi rumah orang. Nanti bagitau abang Zayden."
Zayn berlari ke biliknya.
"Mr. Duda marah lah"
Ammar hanya menggeleng saja kepalanya. Nasib anak aku kalau tak dah lama keluar teknik praktak. Bisuk nya dalam hati.
Hi yall jangan lupa vote ye
Follow tiktok @ophalialennon
Dan Instagram @romantisme.bg
untuk update. ♡♡

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Duda & Cikgu? [Completed]
Romance[Completed] Bagi orang ramai Tengku Ammar Dareeq merupakan CEO dan juga duda hot Malaysia yang mempunyai 2 orang anak lelaki kembar yang berusia 3 tahun. Ayreen Elina pula merupakan cikgu di sekolah menengah Tanjung Kemboja tempat di mana ayahnya...