抖阴社区

? 047

9K 795 72
                                        

Baekhyun akan pergi ke Busan esok. Hari ini aku dah mula rasa bosan sebab dia sibuk dengan kerja dia dan aku sibuk dengan ujian-ujian. Kadang-kadang kami tak bertembung sebab sibuk. Baru sekarang aku rasa tenang sikit. Itupun assignment masih bertimbun atas meja. Entah bila nak siap, aku pun tak tahu. Rasa menyesal sebab tak masuk kelas sampai seminggu lebih disebabkan bercuti dekat Jeju. Nasib dua hari lepas dah balik sini.

“Sayang,”

Aku yang tengah sibuk buat kajian tentang beberapa perkara dalam iPad menoleh ke kanan. Baekhyun sedang memegang dua tali leher berlainan warna sebelum melabuhkan punggung di sebelah aku.

“Apa dia?”

“Tolong boleh?” Dia hulurkan kedua-dua tali leher itu kepada aku. Aku kerutkan dahi memandang dia.

“Tolong apa benda?”

“Ikatkan benda ni.”

Aku tenung Baekhyun dalam-dalam. Biar betul suami aku ni.

“Awak tak pandai ikat tali leher?”

Baekhyun terus geleng. Aku tahan ketawa. Muka kacak. Ikat tali leher tak reti rupanya. Aku capai satu daripada tali leher tu dan dekatkan badan dekat dia. Perlahan-lahan aku letakkan tali leher atas tengkuk dia dan ikat perlahan-lahan untuk tahu ukuran dan keselesaan yang dia nak.

“Habis tu selama ni siapa yang pakaikan?” Aku menanya. Kadang-kadang aku halakan mata memandang dia.

“Emm…” dia menggumam. Aku menanti jawapan dia dengan penuh sabar.

“Awak rasa?”

Aku kecilkan mata. Sengaja buat muka curiga. Selepas selesai tali leher pertama, aku buat pula untuk tali leher yang kedua.

“Minta tolong orang lainlah tu. Kawan perempuan awakkan ramai.” Aku tak pandang dia lepas nampak dia tersengih-sengih. Fikir comel sangat ke buat muka macam tu?! Langsung tak okey.

“Bukan kawan perempuanlah.”

“Tetap perempuan kan.”

“Takkan dengan omma pun awak nak cemburu?”

“Teruknya awak ni, Byun Baekhyun. Suka game saya,” aku lepaskan tali leher dari leher Baekhyun dan serahkan kepada dia semula. Aku kembali capai iPad dan mula membuat kajian semula.

“Seung Yeon.” Dia tarik dagu aku sampaikan aku tertoleh semula pada dia. Memaksa.

“Apa dia…”

“Saya malas nak kemas baju.” Dijatuhkan kepala dia atas bahu aku. Tersenget aku dibuatnya.

“Belum kemas lagi? Esok nak pergi kan…”

“Saya tak ada perasaan nak pergi.”

Aku mengeluh panjang. Pula dah dia. Aku pegang kepala dia dan arahkan anak mata aku pada anak mata dia.

“Kerja. Jangan malas.”

Baekhyun berdecit kecil sambil menolak tangan aku dari pipi dia. Diraup muka perlahan-lahan. Aku perasan, sejak dua menjak ni Baekhyun nampak selalu susah hati. Dia nampak macam kurang percaya dengan aku. Ke mana aku pergi, mesti dia akan tanya. Tapi bukan tanya biasa-biasa. Pertanyaan dia tu kadang-kadang buat aku rasa sakit hati. Macam aku ada buat salah dan curang.

[COMPLETED] Loyal Wife ?? ?? (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang