抖阴社区

1

71 7 0
                                    

Kem? Shit!

"weh weh.. cikgu datang cikgu datang" kata Nazrin termengah-mengah berlari sebaik saja melihat kelibat guru .

Suasana kelas menjadi sepi apabila cikgu Hafizah memasuki kelas 4 Dinamik . Dia meletakkan buku bukunya di atas meja .

"Okey kelas , Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ."

"Waalaikumsalam dan selamat sejahtera cikgu" laung murid-murid kelas 4Dinamik.

"Duduk"

"Okey sebelum cikgu mula mengajar ,cikgu nak beritahu yang sekarang dah pertengahan tahun , so akan diadakan kem motivasi . Saya harap kelas kamu dapat menyertai kem ini . kalau ada apa apa soalan , lepas kelas boleh jumpa cikgu Tarmimi di bilik guru." Ujar guru bahasa Melayu itu .

Oleh kerana susunan meja disusun mengikut pembelajaran abad 21 , maka setiap kumpulan akan disusun enam orang .

Tidakkah mereka tahu menyusun dalam susunan kumpulan itu lebih sukar ? pelajar akan berborak sesama rakan . Mereka tidak tumpu apa yang guru mengajar .

Jadi , Aqilah , dinie , asyira , Saadah , wawa dan rasyca ditempatkan satu kumpulan. Boleh dikatakan geng mereka ni selalu digosip oleh guru-guru . HAHAHA. Tanpa mereka , sekolah tak meriah . Perempuan , tapi perangai tidak seperti perempuan . Boleh dikatakan , diorang ni paling nakal di sekolah dan kelas .

"Weh , nak pergi ke? dengar cite tahun ni jauh gak kem nya. " Tanya wawa

"Entah lah , kita tanya cikgu dulu , kalau best kita pergi." Jawab dinie.

"Memang tak lah nak pergi kem.. sejak bila korang rajin gi kem nihh?" Kata Aqilah.

"Aduh..malas lah weh, nanti mesti kena rampas fon , aku dah lah nak tengok cite Korea" sampuk rasyca. Suara dia dah lah kuat. Habis cikgu dengar .

"Ha kat belakang tu bising apa? saya tengah mengajar kamu berborak. Saya tak kisah kalau tak mengajar pun , gaji saya jalan. Tapi kamu tu.. tahun depan nak SPM. Elok sangat geng kamu tu pergi kem ,biar insaf" bebel cikgu Hafizah .

See ? Aku dah kata siapa suruh susun meja berkumpulan? nak ikut sangat sistem pendidikan kan .. -author

Sesi pembelajaran diteruskan hingga lah tamat waktu .

Kring..(waktu rehat)

"Bangun.. terima kasih cikgu" bunyi kerusi yang berseret dengan lantai membisingkan suasana kelas .

"Nak jumpa cikgu tak?" Tanya Saadah . Boleh dikatakan adah je yang pandai dalam group diorang . Nasib dia lah dapat kawan macam diorang . HAHAHA .

"ha jomlah. Tapi makan luhh" kata wawa .

Usai menjamah selera di kantin , mereka terus pergi ke bilik guru berjumpa dengan guru yang handle kem ni iaitu CIKGU TARMIMI . cikgu tu diorang layan cam member je . Kan dah kata geng diorang geng paling nakal . Pedehal . HAHAHA.

Tuk tuk tuk

Dinie mengetuk pintu macam pintu tu nak pecah .

"Cikgu!!" Laung dinie dengan suara ala lelaki. Nasib lah masa tu takde cikgu lain . Cuma ada cikgu Hamzah je.

"Ni cikgu , kitorang nak tanya pasal kem. Kem tu kat mana ? Best tak ?" Tanya asyira .

"Itulah , masa Isnin haritu kamu semua tak datang , saya dah bagi tahu dah..

Selamber diorang je satu geng tak datang - author

"kem tu kat Pahang.. 5 hari 4 malam . kem tu kat kem tentera.."

Masing-masing saling berpandangan. What? Tentera ?

"Tapi.. cikgu sini je yang handle , bukan diorang , sekolah cuma pinjam tempat je. Oh ya ! Kamu semua diwajibkan pergi . No excuse." Sambung cikgu Tarmimi.

Aqilah awal-awal lagi sudah membantah tak nak pergi .

"Asal wajib pulak untuk kitorang ? Orang lain tak wajib pun .." ujar aqilah.

"Ye lah kamu kan nakal , tahun depan nak SPM , tapi masih main-main. Kamu perlu dibasuh otak tuh" terang cikgu tersebut .

masing-masing berfikir dulu.

"amik je lah surat tu dulu." kata asyira.

Semua ambil surat pemberitahuan dulu , esok baru mereka beri jawapan muktamad.

"Terima kasih cikgu!" Ujar Saadah . Kan dah kata dia sopan . Dia je ada budi bahasa. HAHAHA .

***

Sementara itu, di kelas 4dinamik , cikgu Raihan sedang mengajar matapelajaran matematik. Tapi susuk tubuh sekumpulan perempuan nakal tak muncul muncul .

"Nak cari hipotenus kena guna theorem ph.."

"Assalamualaikum.." ucap wawa dan terus duduk di kerusi .

"Eh eh kamu dah lah lambat masuk kelas , lepastu terus menonong je duduk. Tak reti mintak maaf ke?" Marah cikgu raihan. Tak sempat nak sambung ayat dia tadi .

Nyalak apa cikgu niii.. aduhh - kata rasyca dalam hati dengan membuat muka menyampah.

"berdiri kat depan semua sekali"

Masing-masing pergi ke depan. Semua tadah telinga je cikgu bebel sampai lah waktu kelas habis . Untung budak lain , tak payah belajar subjek matematik yang terlalu senang ni.

Mereka meminta maaf apabila disuruh guru itu.

Sesi pembelajaran habis dan mereka pulang .

***

Sampai di rumah , mereka semua minta izin mak ayah nak pergi kem . Tujuan utama diorang pergi sebab NAK BULI je. HAHAHA .

Beep..beep

Telefon Aqilah bergetar tanda mesej masuk . Aqilah yang tengah khusyuk tengok tv diganggu oleh bunyi henfon nya.

"siapa pulak lah yang chat ni.." rungut Aqilah apabila santainya diganggu.

Dia membuka application WhatsApp dan melihat mesej dari gengnya.

Dinie🐵
- woii , mak pak lu kasi tak pergi?

Rasyca🐵
- mak aku kasi gais ~ tapi tu arh , my oppa . Sob sob .

Adah🐵
- aku on !

Aqilah©
- aku boleh pergi . ✔️
- wa ? Asy ? ✔️

Wawa🐵
- sorry weh.. aku tak on :(

Dinie🐵
- asal?

Wawa🐵
- tipu je. HAHAHA. On !

Aqilah©
- boleh dah kot bantai ko . ✔️

Asy🐵
- k cun ! Semua pergi.

Dinie🐵
- kita gi sana buli budak arh , pe lagi. HAHAHA .

Maka , perbualan tersebut diakhiri dengan sadaqallahul aziiim. K tipu. Oh btw , Aqilah save nama diorang ngan emoji monyet sebab perangai diorang cam monyet . HAHAHA.

Huarghh! Excited gila weh nak pergi. Jumaat ni kot . Esok Khamis , dan Jumaat pergi ! Wuhuii . BULI , BULI , BULI .

?×KEM? SHIT!×? [C]Where stories live. Discover now