抖阴社区

6

31 6 1
                                    

Kem? Shit!

"Hg kat atas tu buat apa lagi? Orang lain dah beratur dah!"

'stop jerit boleh tak? Aku tak pekak lagi !' kata urma dalam hati .

Enam sekawan berlari memasuki barisan .

"Hampa enam orang ni asyik lah lambat , disebabkan hampa , semua sekali turun" kata cikgu Nazrin.

Pelajar lain semua salahkan kepada enam sekawan tersebut .

"Ha hg toksah nak salahkan depa , semalam masa ice breaking hg kata semangat bekerjasama lah , setia kawan lah . Mana ? Baru sikit dah berhempas" sambung cikgu Sobri pula .

"Satu.."

"Dua.."

"Tiga.."

"Aduh cepatlah! Kaki aku dah sakit ni.." rungut wawa .

Aqilah yang tiada mood hanya diam dan turuti sahaja hukumannya. Cikgu Nazrin memandang Aqilah kasihan. Ceh kesian lah sangat !

"Empat.." sambungnya lagi .

"Lima"

"Semua bangun dengan pantas" semua bangun tapi ada segelintir yang sudah kepenatan bangun lambat .

"Ha ada yang lambat , buat pt sebanyak 10 kali dalam kiraan satu dua tiga . Mula!" Arah cikgu Sobri.

"Satu dua tiga satu , satu dua tiga dua.." sebut semua dengan serentak .

***

Jam menunjukkan pukul 11 pagi . Aktiviti seterusnya ada lah sesi ceramah motivasi . Hoho dah nama pun kem motivasi kan ~

Ceramah ni disampaikan oleh cikgu Azwan. Pangkat paling tinggi , kadang sempoi kadang cam singa. Orang Sarawak tapi fasih utara. Dah satu kem banyak orang utara , orang Sarawak pun boleh tukar bahasa hg tau ?

"Okey Assalamualaikum dan selamat pagi semua sekali." Ujar cikgu Azwan .

Semua pelajar jawab salam.

"Sekarang ni sesi saya , jadi kalau hampa dengaq cakap saya , saya layan baik. Hg buat taik , saya lain hampa juga macam taik. Faham tak faham?" Katanya dengan nada mendatar .

"Faham."

"Dulu masa saya kat sekolah , saya bukan budak baik sangat pun.. kadang ponteng sekolah.."

Okey dia dah start cite pasal hidup dia dah ~

"Ouhh geng kita lah ni , budak nakal gak ni . Kalau dia boleh jadi askar , kita boleh berjaya gak lahh.." borak dinie di belakang .

"Hg kat belakang tu borak pa mak timah?" Kata cikgu Azwan . Siapa mak timah ? Dinie memandang kiri kanan mana tahu dia tuju kat orang lain ke .

"La hg lah , yang dok mandang kiri kanan pasaipa . Hg yang borak tadi kan.. nak ganti saya ka?"

Okey dinie kau dah dapat gelaran baru .

?×KEM? SHIT!×? [C]Where stories live. Discover now