抖阴社区

12

25 0 0
                                    

Kem?shit!

Selepas menunaikan solat maghrib dan Isyak , semua pelajar dikehendaki berkumpul di tapak A .

"Petang tadi , semua kumpulan dah dibagi tema untuk malam kebudayaan kan.. hgpa semua dah berlatih ka ?" Tanya cikgu Sobri .

"Dah.."

"Setiap ketua kumpulan mai depan cabut undi" semua ketua kumpulan pun bangun dan dinie dapat undian ke 3 .

***

Setelah selesai kumpulan 1 dan 2 , terus sahaja cikgu Sobri memanggil kumpulan 3 . Serentak itu , semua ahli kumpulan 3 bangun dan naik ke pentas .

Wawa mengambil mikrofon .

"Assalamualaikum , kami dari kumpulan 3 mendapat lagu warisan dan persembahan bertemakan pelajar."

Usai menyanyi , mereka terus membuat persembahan .

Setelah 10 minit membuat persembahan , mereka diberi minum malam sebelum masuk tidur .

"La ni dah pukul 1 , esok hampa semua siap kemas barang , aku tahu ada antara hampa dah seronok nak balik kan?" Ujar cikgu Sobri . Ada beberapa pelajar dah tunjuk muka happy dia dah.

Begitu juga dengan enam sekawan . walaupun mata sudah layu , dengar sahaja perkataan balik , terus segar mata mereka . mana tidaknya , lima hari disini cukup menyeksakan dan menginsafkan mereka .

Semua pelajar bangun dan terus berjalan menuju ke dorm .

"malam ni last day kat sini , tak rindu ke korang nanti?" tanya wawa .

"Hell no ! buat apa nak rindu ?" ujar Aqilah separa menjerit . ini kalau si gila dengar ni naya je .

"Idok ler teman nak rindu .. seksa woii" dinie pula sudah mengeluarkan loghat Perak dia .

Sedang mereka berborak , rasyca dari tadi menyepikan diri .

"kau pahal diam je rasyca ? sedih ke nak tinggalkan neraka ni ?" tanya adah apabila rasyca dari tadi membatu je .

"heh sedih la tu nak tinggalkan kenangan dia ngan Hadif kat sini . Hahaha" jawab asyira diiringi gelak ketawa mereka .

Ya lah, Hadif dari hari pertama dah tunjuk perangai caring dia kat rasyca . Cuma malas nak panjangkan cerita . Lepastu , diorang pulak makin rapat sejak kejadian masa jungle trekking .

"Pale hotak kau , aku cuma.. ngantuk ha.. tu penat nak borak" jawab rasyca.

"hm ye lah rasyca.. dah ar jom lah masuk , dari tadi dok depan tangga ni je buat apa?" kata adah . Mereka pun terus masuk ke dorm .

***

kedengaran suara bising bising mengejutkan adah yang lena . Adah membuka mata sedikit dan melihat jam ditangannya . Sudah jam 5.30 pagi .

Adah berura-ura hendak mengejutkan kawan-kawan nya lain . Namun niatnya terbantut apabila teringat akan kawannya yang liat bangun pagi . Dia memilih untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu kemudian baru mengejutkan kawan-kawan nya seperti sebelum ini .

Sedang adah berjalan ke bilik mandi , seorang lelaki menegur adah dari belakang . Terkejut adah dek teguran itu . Dia memusingkan badan melihat gerangan lelaki yang menegurnya itu .

Oh ustaz rupanya .

"ya ustaz , ada apa panggil panggil orang ? buat terkejut saya je tadi" kata adah dengan nada agak tegang . Namun ustaz hanya ketawa .

"Kenapa jalan sorang-sorang ?"

" tengah jalan atas pentas fashion show ni ustaz , tak nampak ke ? mesti lah kena jalan sorang-sorang" jawab adah dengan loyar buruknya itu .

?×KEM? SHIT!×? [C]Where stories live. Discover now