Kem? Shit!
keesokan nya , mereka bertemu dengan cikgu Mazlina yang merupakan setiausaha kem di bilik guru. Haa nasib baik ada .
"Ha nah cikgu borang " ujar wawa menghulurkan borang tersebut . Begitu juga dengan rakannya.
"Ha ni cikgu.. siapa je pergi? Meh sat list budak budak ." pinta rasyca.
Rasyca mengambil list tersebut dan masing-masing kerumun tengok senarai nama yang pergi . Oh rupanya pelajar lelaki kelas mereka pun pergi juga.
"Yes! Haters pergi! Mantul" ujar dinie.
Haters diorang tu budak tingkatan tiga ngan lima .
"Kamu nak buli budak ya ? Patutlah diorang tanya saya geng kamu pergi tak , takut dengan kamu rupanya" kata cikgu Mazlina sambil geleng kepala. Kemudian sambung checklist nama yang bayar .
"Eh mana ada cikgu nak buli. Kitorang nak bagi kasih sayang je" jawab dinie dengan nada sinis .
"Banyak lah ko nak berkasih sayang, ingat cikgu tak tahu ke kamu semua macam mana.."
Memanjang je gosip pasal kitorang .- kata Aqilah dalam hati.
Diorang pun dah lali dengan cikgu cikgu yang asyik membawang Pasal diorang . Memang dalam mata guru-guru yang budak lelaki kelas 4Dinamik semua baik-baik belaka , dengan geng perempuan lain semua baik-baik .
"rilek arh cikgu , kitorang tak buli pun budak.." kata wawa .
"apa apa je lah , ni jangan lupa pukul 9 nanti ada taklimat."
Mereka semua keluar dari bilik guru dan hendak masuk kelas . Dalam perjalanan ke kelas , oleh kerana blok jauh tingkat tiga , mereka ditegah oleh seorang guru di pertengahan jalan.
"Kamu tak reti masuk kelas ke? Merayap je tahu.." bebel cikgu Asiah .
"Kitorang nak masuk kelas la nii.. kalau tak kitorang duduk tandas." Kata rasyca dengan nada yang perlahan. Namun dapat didengari cikgu.
"Kamu jangan ingat saya tak dengar.."
"bagus arh kalau camtu.." kata asyira dan mereka semua terus melulu jalan masuk ke kelas . dah la tingkat 3 , boleh pulak nak bebel tengah jalan .
"ya Allah biadapnya .."
***
"kita bertolak dari sekolah jam 11 pagi , so datang sekolah macam biasa dan terus bawa beg pakaian kamu semua .. ni senarai barang barang yang perlu kamu bawa esok ya.." kata cikgu Tarmimi sambil menunjukkan kertas senarai barangan . Dia mengedarkan kertas tersebut kepada pelajar .
"Cikgu , kat sana dorm ke khemah ke apa?" tanya ayuni.
Ayuni merupakan pelajar tingkatan satu yang gedik . Ini kalau kata khemah ni , mesti tanak nih , takut kena nyamuk lah . Biasa lah orang acah ~
" Ha dorm panjang . So , perempuan satu dorm panjang , lelaki satu dorm panjang."
"aduh , asal kena share dengan semua? menyampah lah aku nanti tengah malam dok mekak mekak" rungut wawa .
Apabila pelajar nakal bergabung dengan haters , hengko rasa ?
Usai sahaja taklimat , semua pelajar dibenarkan rehat .
Waktu rehat mereka diisi dengan borak kosong , gelak tawa . Mungkin diorang cerita pasal kem kat sana nanti . Habis waktu rehat , mereka belajar seperti biasa hinggalah tamat waktu persekolahan.
Dinie's pov
"Penatnya" kata dinie sambil mengheret begnya masuk ke bilik.
Aku meregangkan otot-otot aku yang bersimpul dek duduk terlalu lama didalam kelas . Dah lah bosan .

YOU ARE READING
?×KEM? SHIT!×? [C]
Historical Fictionsinopsis dekat dalam . Enjoy reading ! ?Rekaan semata-mata