Kem?shit!
Saadah's pov
Aku membuka mata perlahan dan jam ditangan kulihat . Baru pukul 5.15 . Tapi disebabkan ini kem , aku bangun jua . Aku mengejut rakan-rakan ku yang lain supaya mandi dulu agar tidak kelam-kabut nanti apabila ramai pelajar sudah bangun . Dengan hanya berbekalkan 2 tandas sahaja, memang kena beratur lah cerita dia . Dan kalau dua dua tandas tu elok takpe jugak , ini satu pintu dia dah tercabut. Superb bukan?
"weh.. bangun lah . Mandi dulu , kang takde kelam-kabut nak share bilik mandi ngan beruk beruk lain" aku mengejutkan dari dinie sampailah ke wawa namun masing-masing tidur mati agaknya .
Tiada respon .
Aku bangun dan menyarung tudung. Segala peralatan mandi aku keluarkan dari bag dan bawa ke tandas.
Seram jugak lah sebab waktu tu tak ada orang mandi lagi. Kiranya aku paling awal lah ni? Aku ketepikan perasaan takut tu dan terus menapak ke tandas dan mandi.
Lepas mandi dan tukar baju semua.. Aku balik ke khemah. 5 orang rakan aku kejutkan semula . Ambil masa juga lah nak kejut 5 beruk ni. Payah ya amat.
"Wei Korang. Bangun ah. Kita nak solat subuh lagi ni. Kang beratur panjang nak mandi tu."
Dan ya.. Macam cakap dengan tunggul. Semua dok lena lagi.
"Woi Dinie.. Bangun lah. Hang nak bangun pukul berapa ni!"
"5 minit lagi aku bangun lah..".jawab Dinie.
Aku pun tunggu 5 minit dan dia masih begitu. Membuta lagi .
"Pi lantak lah korang. Aku pergi surau dulu. Jangan sampai cikgu2 tentera tu datang kejut hangpa eh".
Kan Loghat utara dah bercampur loghat KL tu. HAHAHA.
Aku betul kan tudung dan bergerak menuju ke surau dengan beberapa pelajar yang lain.
Sampai di surau aku tengok jam baru pukul 5:40.Ada dalam lagi 10 minit waktu subuh nak masuk.
Aku bersandar dekat dinding. Ikutkan mata masih ngantuk. Aku tengok ramai pelajar yang dok tidur dalam surau. Diorang ni memang tidur dari semalam ke dekat sini?
Hampir terlelap mata aku nasib baik tak. Jam sudah menunjukkan pukul 6:50 dan surau sudah mula dipenuhi pelajar.
Aku pandang pintu masuk surau yang digunakan oleh pelajar lelaki. Tiba2 Ustaz Solihin naik ke surau. Kami bertentang mata selama beberapa saat sebelum aku alihkan pandangan.
Aku pakai telekung dan duduk didalam saf.
Seorang pelajar lelaki mula melaungkan azan.
Terkejut aku bila Dinie tiba2 duduk belakang aku. Bangun pun.
"Mana yang lain?"
"Ada tengah ambil wudhuk."
Solat subuh kami diimamkan oleh Ustaz Solihin.
Selesai mengaminkan doa.. Masing2 lipat telekung dan keluar dari surau. Mereka bersiap untuk aktiviti senaman pagi ini.
"Weh Adah.. Kau tolong lipatkan telekung aku. Aku nak mandi lagi ni.Kau dah mandi tak apa la". Kata rasyca
"Ha.. Aku pun. Ni confirm ramai tengah beratur kat tandas". Aqilah pun begitu.
"Aku sekali weh." Kata asyira juga.
"Haah. Alang-alang telekung korang semua biar aku lipat sekali." Niat Saadah untuk perli menjadi betul betul . Dorang tinggalkan telekung masing2 pada Saadah dan pecut pergi dari surau.

YOU ARE READING
?×KEM? SHIT!×? [C]
Historical Fictionsinopsis dekat dalam . Enjoy reading ! ?Rekaan semata-mata