抖阴社区

3

30 6 0
                                    

" WELCOME TO THE HELL"

Itulah perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang Aqilah gelarkan dia 'abang mesin rumput'

Rasyca yang dengar dah seram sejuk. HAHAHA. Dia boleh bayangkan kot tempat ni macam neraka.

"Ingat aku takut ke?" kata Aqilah perlahan. Namun dapat didengari oleh lelaki itu.

"Oh ha ha , hg tunggu dah rasmi nanti , masak hampa semua"

Masing-masing nak terjatuh bila truck tersebut terlanggar batu besar . dah lah jalan tak betul , terhuyung-hayang truck dibawanya. Memang kerja Aqilah nak protes je tempat tu , dengan manusia di depannya itu.

"Okey dah sampai" kata lelaki itu dan terus buka pintu truck tu untuk peserta turun.

"Ha cepat cepat turun , amik beg hg semua . Aku nak dalam ni semua kosong!" Masing masing ambil beg mereka sendiri dan kemudian turun .

"Ha ni tudung sape terjatuh ni ? Terpijak pijak . Lohh anak dara apa macam nii" bebel lelaki tersebut .

Selesai sahaja semua pelajar turun , kelihatan guru-guru sedang menunggu mereka dia tapak A . Mereka semua berkumpul di situ sementara menunggu pelajar lelaki .

Dinie , Saadah dan asyira mencari rakannya yang lain . Ha jumpa ! Mereka letakkan beg di satu tempat.

"Cikgu ? Siapa laki tu? Menyalak je dari tadi" tanya asyira .

"Oh tu lah cikgu cikgu yang handle kamu nanti." Jawab cikgu Azmir dengan tersengih-sengih.

What?! Cikgu tu handle?

"Apa cikgu ? Cikgu kata cikgu sekolah ni je yang handle , asal diorang lak . cikgu tipu doh . " Rungut Saadah .

"Hala kalau saya cakap dari awal , memang tidak lah kamu semua nak pergi . Elok jugak kamu pergi kem ni , mana tahu balik nanti insaf . " Ujar cikgu Azmir .

"Bukan makin insaf cikgu , makin teruk nanti adalah" kata dinie perlahan .

Cikgu Azmir menggeleng geleng kepala. Faham benar perangai anak murid nya itu . Dia terus pergi ke pelajar lain .

"weh serius lah laki yang ramai ramai tu handle kita? Masak kita wehh , dah lah 5 hari . confirm pecah otak lagi lagi kalau laki gila tadi handle . "kata Aqilah.

"tu lah pasal , nak je aku carut kat Tarmimi nihh.. ha ni dia mana? dah tipu kita tak nak datang ." Marah wawa .

Sementara menunggu pelajar lelaki , pelajar perempuan ' selfie' dulu . Ya mungkin semua tahu lepas ni telefon akan dirampas . Ada yang upload di story instagram . Ada yang rakam suasana kem . Macam macam .

Kedengaran bunyi truck masuk ke perkarangan kem. Sudah tentu pelajar lelaki. Selesai sahaja pelajar lelaki turun dari truck tersebut , semua diarahkan beratur .

"Semua sekali beratur!" Jerit askar .

Masing-masing bergegas beratur mengikut lelaki dan perempuan .

"Duduk!" Arah askar itu . Semua duduk .

"Okey , aku adalah cikgu korang. Kat sini tak panggil tuan ke komander ke , panggil CIKGU . Faham ! "

"Faham cikgu"

' loh lelaki mesin rumput ni jadi fasi? ' kata aqilah dalam hati .

Oleh kerana dia tak memperkenalkan diri lagi , enam sekawan itu menggelarkan dia 'orang mesin rumput'

cikgu tu berjalan melihat name tag dan mmbaca satu satu nama .

"Zul , azam , Idham , ha Nazrin . Hg bangun sat "

?×KEM? SHIT!×? [C]Where stories live. Discover now