Aku merebahkan badan ku di atas katil yang empuk itu sambil memandang siling bilik ku. Aku menyilangkan tangan ku dan letak di belakang kepala .
Aku termenung jauh dan tak sedar aku terlelap. Aku tersedar apabila ibu aku memanggil nama ku dari ruangan dapur.
"Kakak.. bangun! Tak dengar ke azan maghrib tu ? Ini asar mesti tak solat nii.."laung ibu .
Aku membuka mata perlahan-lahan dan aku melihat jam 7.26 malam.
What?! Aku tertidur ?
"Dinie..jangan lupa petang ni . Kul 5 ada kat taman ha" kata asyira.
Baru dia teringat yang petang tadi diorang berjanji nak lepak pukul 5 kat taman.
Ya Allah , macam mana aku boleh terlajak nihh..
Aku mengambil telefon dan melihat beberapa chat dari rakanku. 'ini mesti nyalak kat aku nii'
Woii ! Mana tak sampai ii lagi ? - Aqilah
Mana kau bab* - rasyca
Aku me'reply' satu satu mesej rakanku.
Sorry doh..aku tertidur - sent
Selepas itu , aku keluar dari bilik dan mengambil wudhuk untuk menunaikan solat maghrib dan terus tunggu waktu Isyak.
senakal-nakal diorang pun , diorang tahu tuntutan agama ehh - author
Usai solat , aku terus pack baju. 'aduhaii malasnya lah nak gi kem. Lima hari kot' keluh aku.
Dalam pemikiran aku , aku sudah membayangkan suasana kat sana . Aku dah cop katil aku , aku nak hujung sekali dekat dengan plug . ~
"Done!"
***
Aqilah , dinie , Saadah , wawa , asyira dan rasyca datang sekolah seperti biasa . Mereka mengambil kehadiran dan kemudian masuk kelas belajar sementara menunggu jam 11.
Peserta kem semuanya memakai baju t-shirt biru agar seragam. Ada yang membawa beg luggage macam nak pergi luar negara . HAHAHA.
Sementara menunggu bas , setiap peserta dikehendaki memakai tag nama. Mungkin untuk memudahkan fasilitator untuk mengecam nama .
"Okey semua peserta beratur , lelaki satu barisan , perempuan satu barisan. Ingat dalam bas nanti jangan buat sepah , ada CCTV ye , so jaga tingkah laku . Jaga nama baik sekolah . Faham?" Kata cikgu Tarmimi yang merupakan guru yang menguruskan kem ni.
"Faham!"
"Sebelum naik bas , ha Idham baca doa "
Idham pun membaca doa semoga semuanya berjalan lancar.
Selepas itu , semua dibenarkan masuk bas . Oleh kerana bas pertama sudah penuh, enam sekawan perempuan itu pun masuk bas kedua iaitu bas lelaki .
Mereka meletakkan beg beg tersebut di ruangan bawah bas. kemudian mereka terus masuk bas.
Perjalanan mereka mengambil masa 3 jam setengah. mereka berhenti di masjid Bentong untuk solat Jumaat dan zohor. kemudian mereka berhenti makan di lemang Tokki sebelum meneruskan perjalanan.
"Okey kita dah sampai.. ingat jaga nama baik sekolah kita , jangan buat perangai." Kata ustaz syaif . Dia guru pengiring .
"Lahh..yang abang mesin rumput tu buat apa? Nak join kitorang gak ke? HAHAHA " kata Aqilah apabila melihat beberapa abang yang duduk bawah pokok. Masing-masing gelak bila membayangkan abang mesin rumput join kem .
Mereka semua turun bas dan mengambil beg mereka semua . Keadaan jadi riuh sebab beg yang dicari tak jumpa.
"Cepat cepat cari beg , beratur ." Kata ustazah khairani.
Semua peserta bergegas mencari beg dan beratur apabila terdengar suara lelaki yang menjerit.
'laki mana yang jerit tuh?' kata Saadah dalam hati.
"Hampa tunggu apa lagi? Beratur ! "
Semua terkejut dan beratur. Aqilah melihat lelaki mana yang jerit tu , dan tak sangka lelaki yang dia kata abang mesin rumput tu yang jerit. "dia sape?"
"Hampa nak duduk sini lama lama ka tengah panaih ni? Kalau tanak dengar arahan!" Tegas lelaki itu .
Aqilah pelik siapa lelaki ni. Tiba-tiba datang nak menjerit . Takkan fasi kitorang kot. Cikgu kata cikgu sekolah je handle .
"Orite" kata Zul budak lelaki tingkatan 5 .
"Siapa yang orite tu? Hg jangan nak besaq kepala ha , ini tempat aku , hg hormat aku" ujar lelaki itu dan kemudian starlight Zul.
"Takut doh " kata rasyca.
"Sekejap lagi kita naik truck , perempuan naik dulu. Faham?"
"Faham" jawab semua peserta
"Ha hg yang bawak beg putih dan kebelakang , naik truck ni!"
Dia tuju kat siapa? Aqilah melihat rupanya lelaki itu cakap kat dia rupanya. Aqilah pun jalan perlahan-lahan.
"Cepat sikit!"
' kau siapa nak arah arah aku? Ingat aku takut?'kata Aqilah dalam hati.
Aqilah , wawa dan rasyca naik satu truck . Dinie , Saadah dan asyira naik truck lain . Lepas semua dah naik truck , lelaki tersebut menjerit .
"Oh mak kau" melatah wawa . Duhai wa ! Kau nak melatah wrong timing wa !
"Okey dah dapat target aku" ujar lelaki itu dengan berlagak.
Lepas semua pelajar perempuan naik truck , akan ada seorang lelaki yang naik dalam truck jugak . Dan tak sangka lelaki itu berada dalam truck Aqilah, wawa dan rasyca.
"WELCOME TO THE HELL"

YOU ARE READING
?×KEM? SHIT!×? [C]
Historical Fictionsinopsis dekat dalam . Enjoy reading ! ?Rekaan semata-mata