抖阴社区

                                    

Cikgu-cikgu sekolah diorang pun gelak bila dia panggil dinie mak timah. HAHAHA.

Dinie memandang kedepan semula .

"..tapi masa zaman saya kalau ponteng sekolah ka , kena denda . Jadi masa tu saya kena libaih guna rotan hat nipis tu kat punggung . Sakit toksah nak kata lah , berbirat uihh. Kalau saya ngadu kat mak pak saya , lagi saya kena teruk . La ni budak manja sangat , baru kena pukul kat tangan , ngadu kat polis , betui dak mak timah ?"

' aku lagi .. kau nak cakap, cakap je lah. Tayah mention nama aku'

"Ha .. betul !" Kata dinie.

Aqilah yang tersengguk-sengguk mengantuk ditegah oleh adah .

"Woi bangun lah , kau nak kena turun ke?"

Aqilah pun bangun dan kembali fokus pada cikgu Azwan .

"sampai lah satu hari tu , cikgu saya mai kat saya , dia kata sampai bila saya nak jadi macam ni. Ponteng sekolah , buli budak .. lepaihtu.. amboi mak timah , nguap besaq "

Nampak aje si Azwan ni apa dinie buat . HAHAHA . Mata tak lekang dari dok mandang dinie .

"Hg menguap dah lah macam buaya.." semua pelajar gelak.

Aku rasa en , si Azwan ni berminat nak jadikan dinie anak angkat nih , asyik lah dinie..- author .

Aqilah dah lama tidur langsung tak dengar dah apa si Azwan tu kata . Tulah malam tadi tidur lambat siapa suruh . Nasib si Azwan tu tak nampak .

"hg lagi besaq dari buaya hg tau ? Kat kg saya pun takda laguni .."

Okey aku tahu kau cuba nak buat lawak kan ? Ha ha . mbar .

"wa , jam pukul berapa ? Ceramah ni habis pukul berapa ? " Tanya asyira.

"11.30 , kul 12.30 kot habis" agak wawa .

"Lepaihtu cikgu tu kata lagi 'siapa lagi yang nak ubah hidup hg kalau bukan hg sendiri' . Hangpa semua boleh berjaya , cuma macam mana cara hangpa nak berjaya ?! Tu sebelah mak timah yang tidur tu bangun !"

Ha sudah! Rasyca pun mengejutkan Aqilah .

"Amboi lena nya hg tidur , Turun 25 kali.." arah cikgu Azwan .

Jap. 25 kali ? Kepala hotak dia .

Aqilah pun bangun dan mula turun ketampi .

"Tulah kau , aku dah kata bangun . Nak tidur gak kan ? Ha amik ." Kata Saadah .

Selesai sahaja turun ketampi , ustazah khairani yang berada di belakang dia kata "bagus mental kamu kuat . Tak koyak ."

'Huh? dah tu selama ni saya koyak ke?'

"Masa saya tengah bercakap ni , dengaq . Bukannya tidoq , borak . Faham tak faham ?"

"Faham"

"Saya harap balik je sekolah nanti , hangpa ubahlah diri hg jadi lebih baik. Banggakan mak pak hg . Boleh tak boleh ?"

***

Di tapak A , kelihatan cikgu Sobri dan ustaz solihin sedang menyiapkan makan tengahari . Ustaz solihin memang tugas dia jaga air je .

"Ni lagi 5 minit , depa mai. Hg pi tuang ayaq dulu ." Kata cikgu Sobri .

Ustaz solihin hanya menuruti sahaja .

"Ha tu depa dah mai . Okey semua pelajar , beratur semua sekali ." Arah Sobri .

Semua pelajar beratur mengikut kumpulan .

"Aku suh beratur bukan bercakap!" Jerit Sobri.

'ye sob, kau boleh berhenti cakap tak? Aku dah lapar ni' kata dinie dengan menahan panas . Gila ko , pukul 12.30 matahari dok pacak atas kepala suh diri tengah panas .

"Hgpa ni aku nak bagi makan pun , hg susah nak dengaq kata . Suh beratur je pun , ha borak lah hgpa . Selagi tak diam ha diri lah hangpa tengah panaih ."

"Woi diam lah !"
"Dah kau bercakap mana nak diam!?"

"Oleh kerana hgpa ni tak dengaq kata lagi , semua sekali pumping !" Ujar cikgu Sobri .

Ustaz solihin yang tengah tuang air memandang adah. Simpati mungkin . Atau menahan gelak mungkin .

"Satu.."

"Kena pumping pun bercakap lagi!?"

"Dua.." semua turun .

"Okey semua bangun semua sekali!" Dengan pantas semua bangun .

Dinie , adah , rasyca , Aqilah , asyira dan Wawa memasing lemah lutut . Adah memandang ustaz solihin dengan geram bila dia hanya mentertawakan adah .

"Kumpulan 5 naik dulu amik air dengan makanan." Arah Sobri .

Dinie dan ahli-ahli nya mengambil air dan makanan dan terus duduk . Seterusnya diikuti kumpulan lain .

" Aku berharap si Nazrin tu muncul . " Kata Aqilah dengan keletihan .

"Lain macam bunyi" kata asyira .

" Otak ko . Takde lah kalau dia ada , dia tak bagi denda nak mati macam ni"

"Kan.." sokong wawa .

"Tu lah kau , masa dia ada , kau bukan main benci dia . Berharap dia tak muncul lagi lah , sekarang kau jugak cari dia " kata dinie .

" Dah tersyok kat dia ke?" Kata rasyca sambil gelak.

"Otak kau , kau tu yang syok kat Hadif tu" Aqilah masih mempertahankan dirinya .

Masing-masing gelak bila teringat kejadian semalam dimana dia back-up hadif bersungguh-sungguh. HAHAHA .

"Dah dah diam semua sekali , ha hg baca doa makan" ujar cikgu Sobri mengarahkan Idham membaca doa .

"Cikgu datang sini pun macam takde function je . Setakat tengok , rakam , balik . Lepastu tukar cikgu ." Kata dinie . Geram pulak rasanya .

"Tulah.." kata wawa dan menyambung makan .

Kedengaran bunyi motosikal memasuki perkarangan kem . Semua memandang siapa yang datang .

"Ha tu qila laki kau" kata asyira diiringi gelak ketawa 4 manusia yang lain.

"Sibi , dia datang waktu kita dah kena pumping baik tayah" marah Aqilah .

Cikgu Nazrin memandang Aqilah . Dan aqilah terus menyambung makan .



?×KEM? SHIT!×? [C]Where stories live. Discover now