ถถา๕ษ็ว๘

ใ€Cใ€‘SABAR SEORANG LELAKI

By HarrinAiris

19.7K 1.4K 171

| In Editing (80 Ch) | ใ€Ž๐“ข๐“ช๐“ซ๐“ช๐“ป ๐“ข๐“ฎ๐“ธ๐“ป๐“ช๐“ท๐“ฐ ๐“›๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ด๐“ฒใ€ โ— โ— โ— Adam Daniel Seorang pemilik hati yan... More

PROLOG
1 | ADAM DANIEL
2 | BULI
3 | LIBASAN
4 | RINDU
5 | TIADA BELAS
6 | PUKUL
7 | KAWAN
8 | HAPPY
9 | BIADAP
10 | TIARA
11 | TOLONG?
12 | CEMBURU
13 | FUNFAIR
14 | TEMPIAS
15 | TRUST ME!
16 | PENAT
17 | DENDA
18 | I WANT HIM
19 | NAYLI
20 | ROSAK
21 | SESAL
22 | TAK IKHLAS
23 | TUMBUK
24 | EX
25 | TARGET
26 | SAMBUT
27 | MENYESAL
28 | SALAH
29 | JATUH SUKA?
30 | SIAL
31 | BUKAN SALAH ADAM!
32 | PITAM
33 | AYAH HK
34 | SILENT 4 FLAT
35 | SAYANG FIQRI!
36 | SEDAR
37 | GIGOLO
38 | CANTIK
39 | MAKEUP QUEEN
40 | MULUT BUSUK
41 | BUSTED
42 | LUKMAN & NAYLI
43 | KENAPA...?
44 | EGO
45 | YUNA
46 | MANGSA
47 | DRUGS
48 | PENGAKUAN
49 | FUNFAIR 2.0
50 | ADAM DANIEL BIN ABDULLAH
51 | RAYYAN
52 | RAHSIA
53 | NENDA
54 | KASIH IBU
55 | LANGGAR
56 | GODAAN
57 | PERAHSIA
59 | KACAU BILAU
60 | HURU HARA
61 | REJECTION
62 | CONFESSION
63 | KECEWA
64 | UNREQUITED
65 | ANAK HARAM
66 | PERCAYA

58 | TAKUT

127 18 6
By HarrinAiris

"I nak minta maaf dengan you. I'm so sorry about that night."

Adam gelak sinis. Dia tiba di warung mamak saat Flora sudah memesan minumannya. Adam sengaja pilih warung ini kerana dia yakin tiada pelajar sekolahnya akan terserempak dengannya di sini.

"Kau rasa maaf kau tu boleh ubah apa yang kau dah buat tu ke? Dapat redakan sakit hati aku? Dapat hilangkan luka kat muka aku ni? Meh aku nak cakap sikit dekat kau. Hati aku ni banyak kali terluka. Aku dah biasa sangat kena tuduh macam tu."

"Tapi, kau tahu tak? Malam tu, kalau kau tak mengaku aku yang bersalah, semua tak jadi kacau bilau tau. Aku tak kisah kalau kau nak diam. Tak bagitahu apa-apa. Tapi, yang buat aku rasa sakit hati, kau tuduh aku yang bawa balik kau. Sedangkan Amdan yang angkut kau. Kau faham tak?"

Air mata Flora semakin bergenang. Dia tidak dapat tahan lagi. Satu persatu mutiara jernih menitis.

"Perasaan aku. Kau tahu aku rasa apa? Kau tak tahu. Jadi, lebih baik kau tak payahlah nak jumpa aku. Nak minta maaf bagai. Sebab kau tu hanya akan menyusahkan aku je."

"Adam, I minta maaf! I menyesal sangat sebab tuduh you! I dah cuba betulkan keadaan, tapi ayah you tak kisah."

Adam bersilang tangan sambil bersandar pada kerusi.

"Memang pun. Aku tahu. Aku dah kenal sangat dengan bapak aku tu. Aku betul ke, aku salah ke, dia tetap nampak aku yang salah. Tapi, at least, kalau malam tu kau tak mengaku yang kononnya aku tidur dengan kau, dia takkan hina aku macam-macam. Dia takkan sakitkan hati aku."

Adam memandang Flora tajam.

"Satu kau perlu tahu pasal bapak aku. Sekali kau dah tuduh aku, kau betulkan pun dah takde guna. Dia akan nampak aku yang salah. Sebab tu, sebelum nak bercakap, kau fikir pakai otak! Sebelum nak tuduh aku, kau kena kenal dulu siapa family aku."

Flora tunduk. "I faham apa yang you rasa."

"Faham? Apa yang kau faham sangat?" Adam berpaling tidak ingin memandang wanita berlagak mangsa ini. Faham konon.

"I pun senasib dengan you. I pun anak luar nikah."

Kali ini, Adam terdiam mendengar pernyataan itu. Matanya lantas tepat memandang wanita di hadapannya. Sedikit lingkaran hitam di bawah mata tanda dia tidak cukup tidur. Wajahnya juga tampak sembap seperti selalu menangis.

"I dihina, I dicaci. Sampai I cuba nak bunuh diri waktu sekolah dulu bila semua orang tahu pasal I." Air matanya sekali lagi jatuh menitis.

"Family I? Masa I dilahirkan, I dibuang dalam sungai oleh ibu kandung I sendiri. Pihak rumah anak yatim ambil I. Lepas tu, family angkat I pula ambil I. Diorang layan I baik. Tapi, bila diorang dapat tahu yang I ni anak pelacur, diorang buang I. Diorang halau I keluar rumah."

Flora semakin teresak mengenangkan nasibnya yang tidak pernah baik dari dulu. Hidupnya juga tidak pernah tenang. Dia terasa seperti ada sesuatu yang kosong dalam hatinya.

"Hidup I pun teruk, Adam. I jadi pelacur bertaraf tinggi. Hanya orang kenamaan je yang boleh langgan I. Termasuk Amdan. I terpaksa layan lelaki-lelaki tua atau muda sebab I nak cari duit. I tak tahu macam mana lagi nak buat untuk tampung hidup I seorang. Sebab tu, I buat keputusan untuk kerja macam ni."

Adam senyap. Tidak dapat tidak, terbit rasa kasihan dalam dirinya pada wanita ini. Kehidupannya ternyata lebih teruk darinya. Sehingga terpaksa menggadaikan harga diri.

"I minta maaf, Adam. I minta maaf sebab tuduh you. I tak nak Amdan marahkan I sebab pecahkan rahsia dia. I tak tahu macam tu sekali you dilayan dalam rumah tu. Kalau I tahu, I takkan buat macam tu. I'm so sorry." Flora menunduk tanda dia sungguh menyesal dengan apa yang dia buat.

Adam mengeluh. Wajah sembap Flora dipandang tepat. Mahu atau tidak, dia perlu maafkan juga. Dia tidak suka berdendam. Memaafkan akan tenangkan hati dia yang dua tiga hari ini tersangat kacau.

"I nak berhenti jadi pelacur." Flora menyeka air matanya.

"Hari tu, I ada jumpa Tan Sri. Sebab nak minta pembelaan untuk you. I nak jelaskan hal sebenar supaya I dapat tebus balik semua yang I dah buat. Tapi..." Flora menunduk. Dia rasa malu. Dia sudah tidak mahu ingat lagi peristiwa yang rasanya sama seperti waktu pertama kali dia menyerahkan segalanya kepada pelanggan pertamanya pada umur 18 tahun.

Adam berkerut. "Kau jangan cakap yang dia..."

Flora mengangguk mengiyakan. Seperti tahu apa yang ada dalam fikiran Adam. Melihat reaksi Flora, mata Adam terus meluas. Ditegakkan badan dari terus bersandar.

"Without protection," sambung Flora lagi bersama esakan kecil.

Adam terpempan dan terkaku. Muka dan rambutnya terus diraup kasar sambil bibir beristighfar perlahan.

"Asal kau tak lari?" Serius Adam memandang Flora. Apa yang perempuan ini buat ketika itu? Serahkan begitu sajakah? Dia tahu ayahnya itu bukan jenis merogol. Bukan seperti Amdan. Jika perempuan itu tidak mahu, ayahnya tidak akan teruskan. Jadi, apa yang Flora lakukan sebagai perisai?

"Sebab I rasa itu sebagai hukuman untuk I sebab buat you macam tu. I nak tebus balik salah I pada you."

Adam bagaikan tak percaya dengan jawapan Flora.

"Kau tak perlu buat macam tu... Ya Allah." Rambutnya sudah kusut. Sama seperti fikirannya sekarang.

"Sekarang, macam mana? Aku pun tak tahu apa nak buat sekarang ni." Adam mengeluh. Menyusahkan sungguh! Sekarang otaknya pula perlu bekerja untuk fikirkan masalah yang baru muncul ini. Secara tak langsung dia rasa bersalah atas tindakan Flora ini.

"I dah fikir masak-masak. Lepas apa yang jadi, I don't want to be prostitute anymore. I akan lari dari sini, mulakan hidup baru. Kalau I mengandung pun..." Flora menahan air mata.

"I akan jaga anak ni. I takkan biarkan hidup dia jadi macam I."

"Aku tak tahu. Aku nak tolong kau pun, aku budak sekolah lagi. Nak suruh bapak aku tu bertanggungjawab, aku syorkan tak payah. Kalau kau mengandung, aku tak nak anak kau jadi macam aku. Apa yang kau tengok yang jadi pada aku malam tu, cuma sikit je."

Flora mengangguk. Dia pun tak mahu anaknya nanti didera dan diseksa di rumah itu. Lebih baik dia jaga sendiri.

"Tapi, I nak anak I jadi macam you. Baik dan mampu lindungi orang yang dia sayang. I kagum dengan you." Bukan dia tidak nampak bagaimana Adam masih mahu lindungi emaknya dari dihina biarpun keadaannya ketika itu teruk dibelasah. Dia mahu anaknya jadi seperti itu.

Adam menggeleng. "Aku rasa kau boleh makan apa-apa untuk elak dari mengandung. Entah, aku tak reti hal-hal macam ni. Kau tanyalah doktor ke sesiapa."

Flora menahan tawa melihat Adam. Macam dia pula yang mengandung.

"Okey, I akan cuba buat sedaya upaya I untuk elak dari pregnant. You doakan I."

Adam mengangguk. Dia berharap apa yang mereka fikirkan ini tidak akan berlaku. Susah kalau dah jadi. Memang sudah tak boleh diundur.

"I menyesal apa yang I dah buat, Adam," ujarnya perlahan. Entah kenapa dia mahu Adam tahu bahawa dia sudah lama mahu keluar dari ruang hitam yang menggelutnya selama ini.

"Baguslah kalau kau menyesal. Kau cuba berubah pelan-pelan. Aku akan doakan kau dari jauh."

Flora mengangguk. "Thank you, Adam. Thanks for everything. You maafkan I kan?"

Adam mengangguk. "Aku dah lama maafkan kau. Sejak malam tu lagi. Cuma, kau tahulah kan. Memaafkan tak sama dengan melupakan."

Flora tersenyum. Lelaki ini sungguh baik. Tidak padan dengan umurnya yang masih muda. Malu bila teringat kembali dia cuba menggoda budak lelaki yang masih di bawah umur. Betapa hinanya dia.

"I harap kita boleh jumpa lagi satu hari nanti."

Adam mengangguk. "Insya-Allah."

"I pergi dulu."

Adam hanya menghantar pemergian Flora yang berjalan ke keretanya dengan pandangan mata. Adam menghela nafas berat.

Harapnya benih ayahnya itu tak bercambah dalam rahim Flora. Tidak sanggup lagi dia mahu tengok nasib seorang kanak-kanak jadi seperti dia. Cukup dia seorang yang laluinya.

.

.

LENGAN budak lelaki itu dicengkam lalu badannya dihempas kuat ke dinding. Budak itu menjadi semakin takut. Berpeluh-peluh dia cuba memandang lelaki tinggi dan tegap berwajah bengis di hadapannya.

"Bak sini fon kau."

"Ta- tapi..."

"Aku cakap bak sini!" Jerkah Harum Kasturi lagi. Lebih kuat.

Budak itu pantas mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar lalu terketar-ketar dihulur pada lelaki bengis itu.

Sambil memegang beg sekolah budak itu, Harum Kasturi membelek telefonnya. Beberapa gambar Adam bersama Flora menyapa ruang mata. Terus dia gelak sinis.

"Kau nak jaja satu sekolah lah ni, kan?" Harum Kasturi terus memadam semua gambar-gambar itu sehingga langsung tak meninggalkan walau satu habuk.

"Nah." Telefon diselit masuk ke dalam poket baju sekolah budak itu.

Tiba-tiba, dia terdengar satu bunyi dari arah berdekatan. Segera dia menoleh. Kelihatan seorang perempuan bertubuh kecil sedang memandang ke arahnya. Lebih tepat, menjadi saksi antara dia dengan pelajar sekolah ini.

Perempuan itu terus berlari sambil mengeluarkan telefonnya dari dalam beg tangan. Nombor 999 didail. Namun, Harum Kasturi yang cekap dalam segala hal sempat mengejar langkah kecil perempuan itu.

Tudung perempuan itu ditarik dari belakang lalu telefon di tangan perempuan itu dirampas.

"Omg, awning I! How dare you!" Perempuan itu menunduk membetulkan awning tudung yang terkebelakang kerana ditarik kasar oleh lelaki ini.

Harum Kasturi tidak mengendahkan perempuan yang membetulkan tudungnya. Nombor yang sempat didail tadi, dimatikan.

Selesai membetulkan tudung yang sudah selekeh, perempuan itu angkat kepala dan merenung lelaki itu tajam setajam mata bilah pisau. Namun, hanya riak kosong dipamer di muka lelaki itu seperti tiada apa-apa.

Perempuan itu kemudiannya kembali tegak. Mata Harum Kasturi turun membaca nama pada tag nama guru di tudung wanita ini.

Miss Lisa.

Patutlah macam kenal. Guru yang mengajar Adam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Maklumlah, kerjanya hanya menjadi pemerhati Adam. Mestilah dia kenal dengan sesiapa yang berbual dengan anak majikannya itu.

"You're so rude! Bagi balik phone I."

"Kau nak buat apa dengan phone kau ni tadi?" Tanya Harum Kasturi kasar. Dia cuma berlembut dan masuk air dengan Adam. Dengan orang lain, jangan harap!

"I nak call police. So what? You nak pukul I pula ke? Hm?" Balas Miss Lisa berani.

"Apahal kau nak call police?"

"You tanya I kenapa? What kind a stupid question. You dah peras ugut student I, okay? He's my student! Remaja! Budak! And you..." Matanya turun naik memerhati badan sasa Harum Kasturi.

Elok. Pantas Miss Lisa menggeleng kepala laju. Fokus!

"You orang dewasa! Mana boleh you peras ugut dia macam tu. Tengok, dia dah macam nak terkencing kat situ!" Tangan dihala ke arah pelajar lelaki yang masih terduduk di tepi dinding.

"Aku bukan belasah dia pun. Kau kecoh sangat dah kenapa?"

"Kecohlah! Kan I cakap dia student I?"

Harum Kasturi mendengus. Menyampah dia dengan perempuan ini.

"Nah, ambil balik phone kau." Selepas menghulurkan telefon milik Miss Lisa dengan kasar, dia terus berlalu pergi meninggalkan guru bertubuh kecil itu. Sekali tengok dah macam budak 15 tahun!

Miss Lisa menjeling benci. He's so mean.

.

.

KEESOKAN harinya, selepas loceng pulang berbunyi, Adam ke bilik sakit kerana mahu mengambil plaster. Nak dijadikan cerita, dia terlanggar kaca botol sehingga luka lengannya kembali berdarah.

Selepas mendapat plaster dan merawat lukanya, Adam duduk di atas katil bermain dengan telefonnya. Malas lagi dia nak balik. Dia nak tenangkan fikiran sekejap.

"Nah."

Adam yang sedang membelek telefonnya, angkat kepala. Berkerut dia melihat Tiara yang sedang elok berdiri di depannya bersama senyuman.

"Kau buat apa kat sini?" Sempat mata turun melihat botol air mineral di tangan Tiara. Namun tangan tetap menyambut.

Tiara duduk di sebelah Adam di atas katil pesakit.

"Saya ada benda nak tanya awak. Tu pun kalau awak sudi jawablah. Sebab ni kan hal peribadi awak."

Perbuatan Adam membelek telefon terhenti. Dia menoleh dengan sebelah kening terangkat.

"Kau nak tanya apa?"

Tiara bermain dengan jarinya. Takut pula dia nak tanya. Risau kalau tak mendapat jawapan yang dia inginkan.

"Saya sebenarnya tak nak sibuk hal awak pun. Tapi, semalam saya tak boleh tidur selagi tak dengar jawapan awak," ujarnya dengan nada suara perlahan.

Adam semakin hairan. Kenapa tiba-tiba saja perempuan ni?

"Kau ni buat aku takutlah. Apa yang kau nak tahu?" Adam menekan butang tutup telefonnya sebelum meletakkannya di sebelah. Perhatian diberikan sepenuhnya pada Tiara.

Tiara diam seketika. Bibir digigit kecil. Dia perlu tanya! Kalau tak, sampai ke sudah dia tidak akan tenang.

"Semalam tu kan... Dia siapa?" Tanpa memandang Adam dan wajah yang menunduk, dia bertanya.

"Siapa, siapa?" Tanya Adam kembali.

"Perempuan semalam tulah. Yang nak jumpa awak tu. Lepas dah jumpa dia sekejap, awak terus nak cepat-cepat pergi. Awak keluar dengan dia semalam kan?" Tiara menoleh sedikit membalas pandangan Adam sebelum dia kembali tunduk.

Adam terdiam. Sekarang dia tahu siapa. Pasti perempuan semalam yang Tiara mahu tahu itu Flora.

"Oh, takde siapalah," jawab Adam cuba bernada biasa. Memang taklah dia mahu beritahu Tiara siapa perempuan itu sebenarnya.

"Takde siapa? Ye ke takde siapa? Mana boleh takde siapa." Tiara memandang Adam dengan pandangan ragu.

"Ye, memang takde siapalah."

"Tipu. Semua orang cakap tu girlfriend awak."

"Dah kenapa pula aku nak tipu kau? Dia bukan girlfriend aku. Kawan aku pun tak," jawab Adam. Tidak lagi memandang Tiara. Tidak mahu gadis itu kesan pembohongan yang nyata pada air mukanya.

Tiara mencebik. Jari runcingnya ditilik lama. "Selalu je berahsia," gumamnya perlahan saja.

"Dahlah, saya nak balik dulu." Tiara berdiri. Beg diambil.

Adam mengangkat wajah sedikit melihat Tiara yang langsung tak mahu memandangnya. Wajahnya juga tampak kelat. Belum sempat Tiara pergi, Adam laju memaut lengannya yang berbalut baju sekolah berwarna putih membuat langkah Tiara terhenti.

"Hey, Tiara. Aku cakap betul. Takde siapa pun. Dia cuma sedara jauh aku yang datang melawat. Dah lama kami tak jumpa. Tu je," jelas Adam lebih lembut. Tak mahulah dia Tiara merajuk atau marah dengannya.

Cukuplah sekali dia buat Tiara marah. Gadis ini langsung tidak mahu bersua muka dengannya. Hanya kerana tak mahu bertemu Adam, Tiara sanggup menipu cikgu mereka beritahu dia tak sihat dan perlu ke bilik sakit. Apabila Adam mahu masuk untuk memujuk, dia mengunci pula pintu sehingga doktor sendiri tak boleh masuk. Merajuk dengan Adam punya pasal.

Terpaksalah Adam menunggu lama di luar sehingga Tiara keluar. Nak pujuk gadis ini bukannya mudah. Perlu kesabaran yang tinggi. Untung Adam punya sabar. Lima kali pujuk, barulah Tiara terpujuk.

"Betul?"

"Ye."

"Tipu dosa tau?"

Adam sedikit sentap tetapi dia terpaksa. Lagipun dia sudah terlebih biasa tipu sunat. Tiaralah yang sentiasa menjadi mangsa penipuan dia.

"Ye, jangan merajuk," balas Adam dengan nada malas.

"Saya percaya ni. Awak ada masa nak tarik balik." Tiara menghala jari telunjuk ke wajah Adam tanda dia beri amaran.

"Buat apa aku nak tarik balik? Betullah."

Tiara mengangguk. Walaupun dia sedikit ragu-ragu, dia mahu percayakan Adam.

"Okey. Kalau saya tahu awak tipu saya, saya tak nak kawan dengan awak lagi."

Adam mengangguk saja mendengar ugutan dari Tiara itu.

"Bagus. Bye, saya balik dulu." Sambil melambai kecil, Tiara berjalan keluar dari bilik sakit itu meninggalkan Adam sendirian.

Hilang saja kelibat Tiara, Adam terus rebahkan badan ke atas katil. Lengan ditindih di belakang kepala sambil mata merenung siling.

Tiara.

Nama itu sering berputar-putar dalam kepalanya. Kenapa makin hari, makin jatuh suka dia pada gadis itu?

Adam memejam mata. Dia tidak mahu terus hanyut. Dia tidak mahu terlalu berharap. Dia belum tahu apa reaksi Tiara padanya saat gadis itu tahu tentangnya. Tapi, dia juga takut mahu beritahunya.

"Berangan apa tu?"

Mata Adam tercelik. Dia menoleh ke arah tingkap yang terbuka di sebelah katilnya. Seperti yang dia agak, Harum Kasturi. Lelaki itu sedang duduk di atas bingkai tingkap.

Maklumlah, bilik sakit ini satu bangunan berdekatan tasik dan taman. Tenang dan damai.

Adam bangun dan duduk di sisi katil. "Uncle?"

"Aii? Macam tak happy je jumpa uncle?"

Adam tergelak kecil.

"Takdelah. Saya okey. Tapi, kenapa uncle muncul tiba-tiba ni? Nanti orang ayah nampak, kantoi pula."

"Nak takut apa? Orang ayah tu uncle juga. Takde orang lain."

Adam hanya tersenyum. Baguslah jika begitu. Dia tak mahulah Encik Azmi menyentuh orang yang dia sayang. Harum Kasturi manusia kedua yang baik dengannya. Mana mungkin dia tak sayang.

Harum Kasturi tersandar pada bingkai tingkap sambil memerhati riak wajah Adam yang sikit-sikit termenung.

"Ni Adam kenapa ni? Lain macam je. Bad mood?"

"Bukan bad mood. Takde mood. Beza tu."

"Yalah, apa-apa jelah. Kenapa? Pasal Tiara tu?" Dia sempat nampak Adam dan Tiara berbual tadi dari atas pokok berdekatan tingkap bilik sakit ini.

"Pasal semua. Tadi Tiara je. Mana tahu lepas ni, Fiqri, Nayli, Lukman?"

Harum Kasturi diam sebentar memandang Adam lama. Dia faham perasaan Adam yang ketika ini semakin bercelaru.

"Takut?"

Adam hela nafas lelah. Perlahan kepalanya turun, mengangguk.

"Kata tak percayakan diorang?" Kenapa Adam perlu takut jika lelaki ini tidak percayakan mereka?

"Memanglah. Tapi, saya tetap ikhlas kawan dengan diorang. Saya tahu diorang budak baik. Tapi, saya tak yakin diorang boleh terima saya seadanya. Diorang akan sama macam orang lain. Pandang saya dengan pandangan pelik."

"Cuba dulu, Adam. Bagitahu pelan-pelan. Diorang baik. Uncle tengok diorang pun macam betul sayangkan Adam. Mesti diorang boleh terima. Cuba dulu."

"Cuba dulu, menyesal kemudian?" Anak mata naik menghala ke arah Harum Kasturi.

"Tak cuba belum tahu."

"Kalau bila dah cuba nanti, diorang tak terima?"

Harum Kasturi diam, tiada jawapan. Adam kemudian menggeleng kepala. Dia menunduk menekur lutut.

"Saya tak nak ambil risiko. Kalau nak bagitahu pun, mungkin lepas SPM nanti."

"Masa tu, Adam dah nak pergi kan? Adam nak pergi tanpa bagitahu diorang? Tanpa dengar dulu yang diorang terima Adam atau tak? Hilang tanpa jejak?"

Kali ini, Adam pula senyap. Memang itu yang sering difikirkan setiap masa dan saat.

"Itu tak adil untuk diorang, Adam."

"Saya tahu." Perlahan saja Adam menjawab. Sungguh dia keliru. Dia terlalu takut dengan penerimaan mereka. Dia tak sanggup lagi mahu melalui fasa yang sama.

"Tiara tu. Adam suka dia kan?"

Mendengar soalan Harum Kasturi, Adam kembali senyap, enggan menjawab. Biarkan soalan itu sepi tanpa jawapan.

"Tengok, tak nak mengaku lagi. Uncle rasa bukan uncle je nampak. Kalau makcik tepi jalan tengok pun dah tahu Adam ada hati dengan budak tu."

Tangan Adam naik meraup wajah. Sebelah lutut dinaikkan lalu dipeluk di atas katil. Dagu diletak ke atas lutut sambil mata merenung ke depan.

"Cinta monyet je kut."

"Banyak je cinta monyet berubah jadi cinta sejati. Ramai yang kahwin dengan cinta monyet dia. Lagipun, Adam dah besar. Dah matang."

"Belum masa lagi."

"Belum masa? Maksudnya, Adam memang nak bagitahu dia?"

Adam terus memandang Harum Kasturi. "Memang taklah, uncle. Saya memang takkan bagitahu."

"Dah tu? Nak pendam je macam ni? Adam, kalau suka bagitahu. Jangan ego. Nanti menyesal tak sudah bila dia dah ada orang lain. Tak cepat nanti kena kebas."

"Cubalah bagitahu dia. Tak bercinta takpe. At least bila Adam dan Tiara dah suka sama suka, Tiara akan jaga hati dia untuk Adam. Mungkin dia takkan berubah hati," nasihat lelaki itu lagi.

"Uncle, kan saya dah cakap. Saya ni takde masa nak bercinta atau confess pada mana-mana perempuan. Saya ada banyak sangat masalah hidup yang masih tak jumpa jalan penyelesaian. Saya tak nak tambah masalah baru lagi." Kedua tangan ditahan di belakang badan di atas katil. Mata masih tetap ke hadapan, termenung lama.

"Saya tetap dengan rancangan asal saya. Saya nak keluar dari rumah tu lepas SPM, cari kerja, jaga mak. Itu je, uncle. Saya tak minta banyak. Saya tak minta nak duduk tempat mewah. Saya tak minta semua tu. Saya cuma nak satu je. Saya nak hidup saya tenang. Saya nak juga rasa bahagia. Saya nak bahagia dengan mak." Adam pandang Harum Kasturi dengan sisi mata.

"Saya nak lari dari semua ni. Itu je. Tapi, takde siapa yang faham," ujarnya, cukup perlahan.

Harum Kasturi terdiam. Terbit rasa kasihan dalam hatinya saat melihat mata sayu Adam. Wajah hibanya. Dia faham perasaan Adam. Adam terlalu takut dengan penerimaan orang tentangnya. Apalagi sahabatnya semua.

"Bila saya dah dapat rasa semua tu, barulah saya boleh fikirkan benda-benda macam ni. Itupun kalau ada yang nak terima saya."

Harum Kasturi terdiam sebentar. Adam terlalu rasa rendah diri. Dia terasa yang dia tak layak untuk sesiapa pun. Dia pun tiada apa yang mahu katakan lagi. Perasaan ini hanya Adam yang rasa dan dia sudah cuba pelbagai cara untuk menidakkan tetapi Adam masih dengan perasaanya.

Mungkin itu yang terjadi apabila hati perasaan sudah terlalu terluka.

Tiba-tiba, pintu bilik sakit dibuka dari luar sekaligus menggamit perhatian Adam dan Harum Kasturi. Mereka toleh melihat gerangan seorang wanita berjalan masuk. Langkah wanita itu terhenti seketika saat terpandang Adam di katil.

"Adam?"

Mata kemudian teralih pula melihat Harum Kasturi di atas tingkap. Terus anak matanya membulat. Lelaki itu! Dia terus mendekati Adam.

"Dia peras ugut you ke?" Bisiknya perlahan.

Adam terangkat kening tanda tak faham. Siapa? Harum Kasturi? Dia mengerling Harum Kasturi yang hanya beriak biasa tanpa senyuman.

"Er, taklah."

"Tak? Oh, baguslah. Kalau dia ada peras ugut you, nak phone you ke, duit you ke, bagitahu I okey? I buat report," katanya lagi.

Adam mengangguk saja walaupun dia masih tidak faham. Kenapa Harum Kasturi mahu memeras ugutnya pula?

"By the way, why're you here? " Matanya turun melihat lengan yang disinsing atas siku. Luka di lengan Adam menjadi tatapannya.

Lantas dia mengeluh. "You luka lagi?"

Adam kelu lidah mendapat soalan itu. Bagaimana Miss Lisa boleh tahu? Tak pasal-pasal dia perlu fikir jawapan pula untuk soalan mengejut begini.

"Adam, kalau you ada masalah, bagitahulah I. Mana tahu I boleh tolong?"

"Jangan ingat I tak perasan tau? I nampak luka you dari mula-mula I masuk kelas hari tu lagi. I sayang semua student I. Kalau dah luka you teruk macam tu, mesti dipukul," ujar guru kecil itu lagi apabila tidak mendapat balasan dari Adam.

Mata turun menilik pula luka yang masih ada kesan di kulit wajah Adam walaupun semakin baik. Setiap kali dia tengok luka ini, tidak dapat tolak rasa runsing dalam hatinya. Paling dia tidak suka jika sesuatu berlaku pada pelajarnya tanpa dia ketahui puncanya.

Adam diam sebelum dia lepaskan deheman kecil. Senyuman kecil dihadiahkan kepada gurunya itu.

"Terima kasih, miss. Tapi, saya okey je. Maaf kalau saya dah risaukan miss," jawab Adam.

Miss Lisa mengangguk. Walaupun dia tidak berpuas hati dengan jawapan Adam, dia faham jika pelajarnya ini memilih untuk menyembunyikan masalah peribadinya. Dia hanya seorang guru bagi Adam. Bukan sesiapa untuk mendengar ceritanya. Tetapi dia berharap dia boleh ada untuk Adam.

"Okey... Up to you, handsome. Tapi, kalau you rasa terbeban, I boleh tolong dengar masalah you." Miss Lisa menunduk sedikit.

"Jangan risau. I tak macam cikgu kaunseling. Lepas dengar masalah student, dia jaja cerita. I zip mulut I. Okey?" Bisik Miss Lisa perlahan tidak mahu sesiapa mendengarnya. Sengihan ditarik lebar.

Adam mengangguk. "Terima kasih, miss."

"Good boy." Tangannya naik mahu mengusap rambut Adam.

Adam sudah mengeras. Belum sempat dia mengusap, dia tersedar. Mulut ditekup dengan tangan.

"Oh my god, sorry." Lupa pula dia tidak boleh bersentuhan dengan pelajar lelakinya walau serapat manapun mereka.

"I memang macam ni. Kalau dengan student I, I rasa macam diorang budak-budak lagi. Comel sangat. Rasa macam budak lima tahun. Bukan Form 5." Miss Lisa ketawa terkekeh-kekeh.

"Okeylah, sayang. I pergi dulu, ya? Take care. Jangan luka lagi. Bye!"

Mata terpandang Harum Kasturi yang dari tadi memerhatikannya. Terus masam! Miss Lisa mendengus kasar sebelum dia angkat kaki, terus pergi. Sempat dia mengambil ubat di atas meja sebelum berjalan keluar.

"Sayang, huh? " Tegur Harum Kasturi.

"Dia memang macam tu. Dah biasa. Baby boy, baby girl semua ada," jawab Adam. Mujur saja tak panggil dia baby boy di hadapan Harum Kasturi. Kalau tidak, malu segunung dia.

"Dia yang macam budak-budak, acah-acah dah tua konon," gumam Harum Kasturi perlahan.

Adam berkerut. Terus dipandangnya Harum Kasturi. "Uncle kenal dia ke? Pernah jumpa?"

"Dia ternampak uncle rampas phone budak yang ambil gambar Adam dengan Flora hari tu. Tu yang dia ingat uncle peras ugut student dia," ceritanya ringkas dan padat.

Adam sedikit terkejut apabila mendapat tahu ada yang mengambil gambarnya. Dia fikir warung itu sudah cukup jauh dengan sekolah mereka. Nasib baik Harum Kasturi seperti biasa tangkas bertindak. Kalau tidak, memang habis gosip tersebar satu sekolah hanya kerana dia keluar makan dengan Flora.

Adam kemudian tersenyum nakal memandang pakcik itu.

"Uncle tak nak try ke Miss Lisa tu? Ramai cakap dia comel tau. Cikgu paling ramai peminat sebab dia macam budak-budak. Mengajar pun best. Senang faham. Single pula tu."

Harum Kasturi membalikkan mata. "Tak minat."

Adam mencebik. Jual mahal. Padahal macam dia tak perasan unclenya ini dari tadi tak lepas pandang cikgu dia tu.

"Ala, uncle pun muda lagi apa. Saya tahu uncle tipu je yang umur uncle lagi tua dari mak. Nampak kut kedut pun takde."

Harum Kasturi mendengus. Dia memang tak dibenarkan memberitahu nama sebenar, umur dan hal-hal peribadinya. Itu prinsip setiap pengawal yang diambil orang kenamaan.

"Ah, tak kisah. Ni, Adam. Uncle datang ni sebenarnya nak bagi something." Harum Kasturi menyeluk poketnya lalu mengeluarkan sehelai sampul surat.

"Tuan Azmi kasi. Dia nak Adam bagi warden."

Adam berkerut memandang Harum Kasturi sekilas sebelum tangan menyambut. Sampul surat dibuka lalu sehelai kertas yang berisi tulisan rasmi dibaca satu persatu. Lantas, mata Adam terus terbuntang.

"Ha? Asal pula kena duduk rumah sebulan?" Adam bagaikan tidak percaya. Mereka baru saja bergaduh kut hari tu!

"Sebab Tuan Azmi nak buat majlis untuk raikan pembukaan syarikat baru dia. Dua minggu dari sekarang. Adam faham-fahamlah tugas Adam apa dalam rumah tu."

Melihat Adam hanya senyap menekur surat tersebut, Harum Kasturi lepaskan keluhan. Dia tahu apa yang jadi dalam rumah itu malam itu. Punca Adam lebam sana sini. Dia jujur marah. Marah dengan semua orang! Termasuk dia kerana tidak mampu menolong. Dia hanya mampu melihat dan kasihani nasib Adam.

Betullah Adam selalu cakap. Tiada siapa yang boleh menolongnya. Yang mereka mampu berikan, hanyalah pandangan kasihan. Pandangan simpati yang Adam langsung tidak perlukan!

"Uncle tahu Adam tak nak jumpa ayah Adam lepas kes malam tu. Tapi, yang jadi tukang masak untuk majlis ni, mak Adam. Takde upah catering atau tukang masak. Apa salahnya Adam tolong mak?"

"Tolong mak tu takde masalah, uncle. Yang jadi masalah, saya tak nak balik! Saya tak nak hadap muka dia. Dahlah sebulan. Apa je yang saya tak dapat habuan lepas ni. Kut-kut tak sempat balik asrama nanti, dah mati."

"Adam. Janganlah cakap macam tu." Harum Kasturi berkerut. Dia tak suka Adam berbicara hal sebegitu. Dia tak mahu kehilangan anak yang membesar penuh derita depan matanya. Sungguh dia sayangkan Adam walaupun umur mereka taklah jauh mana.

"Betullah. Kalau saya mati, diorang happy. Diorang melompat. Diorang buat majlis besar-besaran. Entah-entah lagi besar dari majlis ni."

"Uncle tahu Adam kecewa. Tapi, Adam kena fikirkan mak. Bayangkan apa jadi pada mak kalau Adam takde?"

Adam senyap. Ya, dia tidak mahu apa-apa jadi pada mak kalau dia sudah tiada nanti. Dia tidak mahu emak hidup susah atau diseksa mereka.

Adam mendengus. Wajahnya diraup kasar. Untuk kali ini, sekali lagi dia buat semua ini untuk emak.

"Cheer up lah sikit. Uncle ada hadiah untuk Adam."

"Hadiah apa pula?" Adam masih meraup muka.

"Amdan cosplay jadi mumia."

"Ha?" Adam angkat kepala. Memandang Harum Kasturi dengan pandangan terkejut dan pelik.

Melihat Harum Kasturi yang tersenyum-senyum buat dia tak sedap hati.

"Uncle buat apa?"

"Adalah... gurau-gurau manja sikit. Dia belasah Adam sampai lumat hari tu kan? Siap tuduh macam-macam lagi. Kita bagi sikitlah." Harum Kasturi ketawa. Apalagi melihat reaksi Adam yang seperti tidak percaya padanya.

"Uncle memang tak dapat nak tolong Adam selesaikan masalah Adam. Tapi, uncle boleh tolong balas dendam untuk Adam." Harum Kasturi kenyit sebelah mata.

Adam terdiam. Apa yang lelaki ini sudah lakukan pada Amdan? Dia tahu kalau dia bertanya, haram lelaki ini mahu menjawab.

Continue Reading

You'll Also Like

6.8K 723 52
Dia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti or...
24.5K 1K 18
Kau curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini bersaksikan mama aku... aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan k...
46 1 41
Persahabatan di antara lima orang kawan yang sejak di bangku sekolah menengah sehingga mereka menjejakkan kaki di alam universiti. Banyak perkara yan...
10.9K 150 70
Mengisahkan tentang Alisa Erina yang mengawini Adam kerana niat yang salah. Mahligai yang dibina atas penipuan akhirnya membuihkan bibit cinta dalam...